Thursday, June 20, 2013

Hebat Sungguh Khalid Gagap Boleh Lantik Nik Nazmi Jadi Penyelaras Suruhanjaya Siasatan Penipuan Dan Pelanggaran Peraturan Pilihanraya

Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membentuk satu Suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan Pilihanraya yang didakwa berlaku di negeri berkenaan dalam PRU ke 13.

Syarat dan terma rujukan Suruhanjaya berkenaan serta senarai anggotanya akan diumumkan tidak lama lagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Penubuhan Suruhanjaya  ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan,” kata Khalid.

Katanya, Suruhanjaya itu antara lainnya akan diurus oleh Timbalan Speaker DUN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah jawatan berkenaan esok.

Timbalan Speaker DUN berkenaan akan bertindak sebagai Penyelaras Suruhanjaya berkenaan

"Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem  demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi," kata Khalid lagi.

6 comments:

Anonymous said...

Guna duit rakyat selangor lagi ke nak bayar gaji anggota suruhanjaya tu?

Anonymous said...

Kes penyalahgunaan kuasa ADUN dalam kerajaan tak nak siasat sama ke?

Anonymous said...

A real joke!!! Investigate or to cover-up PR cheating, manipulation, manhandling and bullying tactics ????

Anonymous said...

Bingung bingai tak abih abih dgn isu PRU lepas.Patutnya si Tang Siri Kalid ini kena cari jalan atasi masalah air yg semakin meruncing di Selangor,tunaikan janji janji PR yg lalu,masalah asas perparitan,sampah dan jalan jalan berlubang di kws terpencil.

Anonymous said...

Pemilihan dlm pkr tu elok diperbetulkan dulu....

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan pemimpin sebenar! Bersih, dan kelihatan bersih! Tidak membuat perkara yang keji!... Tidak menyeleweng!... Tidak pernah buat salah!... Dan tak akan buat salah!................. Dan.... yangn paling penting............. dia maksummmmmm.......ahli syurga.......