Thursday, June 13, 2013

Kesian Anwar....! Tan Sri Aziz Bersama Pimpinan SPR TAK Akan Layan Kehendak Pembangkang Mahukan Mereka Letak Jawatan....

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan barisan kepemimpinan Suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, barisan kepemimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen Radio Nasional FM di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepemimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah... buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat," katanya.

Abdul Aziz berkata, barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses Pilihanraya Umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang... jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Agaknya ... pemimpin-pemimpin PR tu nak kuasa YDPA ... aka lantik diri sendiri.

Jika begitu ... semua pengikut PR pula nak jadi PM dan anggota kabinet !!!

Alah ... macam kutu rayau tepi jalan ... pula kata semua didunia ini milik dia ... org gila lah tu.

Anonymous said...

Kenapa Melayu Takut Jika Pakatan Rakyat Menang.

1. Kerana orang melayu tahu, Pas sukar untuk menjadi dominan dalam kabinet PR. Maka peluang pemimpin Pas jadi PM atau menguasai kabinet, tiada langsung.

2. Kerana orang melayu tahu, Anwar memang akan jadi PM tetapi penguasaan kabinet oleh DAP akan menjadikan Anwar tak ubah seperti " tunggul mati " sahaja. Anwar akan bertindak mengikut apa yang dipersetujui oleh DAP.

3. Kerana orang melayu tahu, sungguh pun Anwar adalah PM tetapi kedudukan Anwar ibarat " telor di hujung tanduk ". Ikut mahunya DAP, selamat. Tak ikut mahunya DAP, Anwar akan disisihkan melalui undi tidak percaya oleh ahli2 kabinet. Gabungan ahli2 kabinet PR daripada DAP dengan ahli2 kabinet PKR bukan melayu mampu menyisihkan PM yang tidak mahu ikut cakap bukan melayu.

4. Kerana orang melayu tahu, sekali kerajaan pusat jatuh kepada bukan melayu maka untuk mengambil balik bukan lah satu perkara yang mudah. Ianya tak semudah Umno merampas balik Kedah daripada Pas atau tak semudah Umno merampas balik Trengganu daripada Pas. Jika melalui proses demokrasi, saya rasa MUSTAHIL melayu akan dapat balik menjadi kerajaan.

Nota : Adakah siapa2 orang melayu fikir Pulau Pinang boleh dapat Ketua Menteri melayu satu hari nanti ? Sila lah berhujah jika anda yakin.

Terima kasih kepada melayu yang memberi undi kepada Umno pada PRU13. Kita2 yang mengundi Umno sebenarnya telah menyelamatkan melayu Umno, melayu Pas dan melayu PKR.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Cara Anuwar. Kalau rosak buang. Itu kalau rosak..

Memecat dan melantik tidak menyelesaikan masalaah. Kacau bilau dan pemberontakan cuma satu satu jalan yang Anuawar ada untuk buat undang undang sendiri secukup rasa.

Anonymous said...

Sangat-sangat setuju dengan kenyataan dan hujah Hj.Arffin.

Anonymous said...

Pakatan setan mana pernah ada bukti kalau buat tuduhan. Yang penting macai pakatan percaya yang SPR tidak telus. Sedangkan institusi raja pun diorang hina, inikan SPR..?

Anonymous said...

mungkin PR mahu SPR menipu[ikut kehendak mereka].tapi SPR tak akan mahu ikut.SPR bertindak ikut PROSIDER[undang2 dan peraturan negara].jadi mereka[PR]marah dan menyuruh anggota SPR meletak jawatan dan mereka nak meletak orang2 mereka[pr]dalam SPR supaya mereka[pr]dapat menipu undi[dalam pilihanraya].

Anonymous said...

jawatan pengerusi spr macam tukang layan restorankah?...suka bagi terus kerja...tak suka suruh letak jawatan...takkanlah anwar dan org2 pakatan lain yg lulus tinggi2 tak tahu prosedur....mustahil org yg lulus jadi loyer pun tak tahu...anih sangat2lah kalau mereka tak tahu...