Thursday, June 20, 2013

Kisah Benar Di Jakarta..... Penjelasan Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin beliau menjadi perantara pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Anwar Ibrahim yang didakwa berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Katanya, beliau mengiringi Perdana Menteri ke negara jiran itu Isnin lalu bagi menghadiri beberapa program yang diaturkan tetapi bukan untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Khabar angin ialah khabar angin, saya ada program sendiri dan Anwar juga begitu. Perdana Menteri tidak bertemu Anwar setakat yang saya tahu.

"Saya ingin nafikan pertemuan Anwar dan Najib serta saya dalam pertemuan itu walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta tetapi mempunyai program yang berbeza," katanya selepas menghadiri Majlis Pertemuan

Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahseh al-Quran di Hotel The Everly di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penafian Perdana Menteri yang didakwa bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider baru-baru ini.

Laporan portal propembangkang itu yang dipetik berkata, pertemuan yang diatur oleh Ahmad Zahid itu bagi membantu Perdana Menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Biasaklah sesetengah media nak mengaut untung sebarkan khabar bohong..lebih baik Datuk Najib,Datuk Ahmad Zahid dan Atuk Nuar bertemu buku ruas di Dewan Rakyat,mencadang,berbahas,bertekak dsbnya.Di situlah tempat pertemuan paling afdal bg wakil kerajaan dan pembangang dari PR.

Anonymous said...

Anuwat dalam kemaluan amat sangat, masuk dewan angkat sumpah bermakna iktiraf pru 13. Tak angkat. Sumpah tak merasa jadi ketua



..... KETUA PEMBANGKANG LEEEER

Anonymous said...

do re mi..c bujang lapuk..thy nvr run out of ideas..tdk skali ketandusan dgn ide2 utk dspinkan..mmg udah kerja mereka begitu pak.
JEREBU - sdg&msh menunggu ide2 do re mi..hahahahahahaaaaaa..