Wednesday, June 12, 2013

Kisah Benar Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) - Tiada Wang Nyawa Boleh Melayang

Blog MIK menyiarkan kiriman e-mail daripada seorang penyokong blog ini....



Saya adalah rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana berasal dari Kelantan. Rata-rata ahli keluarga serta sanak saudara saya berpendapatan rendah dan sederhana.

Kami tergolong dalam golongan masyarakat luar bandar. Rata-rata ahli keluarga kami dan sanak saudara kami adalah pengundi BN. Keterujaan dan kesetiaan kami kepada BN tidak perlu dipertikaikan lagi. Kami menghargai dan kami menyanjungi kerajaan yang ada kerana ianya banyak membantu kami golongan luar bandar.

Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk menyalahkan Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri berkenaan atau BN. Saya hanya ingin memberitahu dan meminta kerajaan memperbetulkan masalah yang berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Pada tanggal 4.Jun.2013, pakcik saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM). Beliau dimasukkan kerana melalui satu surat rujukan daripada sebuah klinik swasta kerana sakit dalam bahagian perut.

Pakcik saya ditempatkan di Wad 2 Intan. Doktor telah melakukan X Ray keatas beliau. Setelah ditanya oleh ahli keluarga doktor menjelaskan bahawa terdapat bubble di bahagian usus pakcik saya.

Semasa di dalam wad ada masanya pakcik saya sakit dengan kuat, ada masa sakit sederhana dan ada masa sakitnya hilang. Tetapi tiap-tiap hari beliau akan sakit.

Selepas dua hari di hospital ahli keluarga masih belum mengetahui apa penyakit pakcik saya. Adakah ianya kanser, ada ketumbuhan  atau penyakit lain....?

Doktor hanya berkata tidak dapat dipastikan lagi, melainkan jika dilakukan CT Scan. Kami memohon kepada doktor agar dilakukan CT Scan. Doktor menjawab tidak boleh kerana mereka perlu mengutamakan pesakit lain. Tak mengapalah, kami menunggu.

Hari demi hari berlalu tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Setiap hari pakcik saya sakit. Perutnya makin membuncit. Akhirnya pada tanggal 10 Jun 2013 kami ahli keluarga sepakat untuk discaj pakcik saya dari HUSM dengan risiko sendiri.


Dari HUSM kami membawa pakcik saya ke sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Tujuannya untuk melakukan ujian CT Scan supaya kami dapat tahu apa penyakitnya. Setelah dibawa ke hospital swasta dalam masa 2 jam sahaja kami telah mengetahui penyakitnya.

Doktor mengatakan ada satu benda seolah-olah ketumbuhan yang wujud berhampiran ususnya. Jika mahu dilakukan pembedahan ianya boleh dilakukan keesokkan harinya iaitu pada 11.Jun.2013. Kosnya lebih kurang RM 20,000.00. Kami tiada pilihan melainkan setuju. Soal kos kami sanak saudara sumbang sedikit seorang.

Hasil pembedahan yang dilakukan pada pagi 11.Jun.2013 doktor berjaya mengeluarkan hampir 1 liter nanah dibahagian usus pakcik saya. Dalam masa beberapa jam sahaja pakcik saya stabil dan kini telah ditempatkan di wad biasa.

Enam hari di HUSM tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Dalam masa 24 jam dipindahkan ke hospital swasta segalanya berubah.

Apakah nasib yang akan menimpa pakcik saya jika beliau terus berada di HUSM ? Tidak mustahil beliau akan kehilangan nyawa....

Kami bernasib baik kerana kami dapat kumpulkan wang sumbangan dari sanak saudara untuk membiayai rawatan pakcik saya. Bagaimana pula dengan nasib orang-orang yang tidak berkemampuan....?

Adakah mereka terpaksa menggadaikan nyawa di hospital kerajaan kerana mereka tidak punyai wang....?

Saya pun buntu dalam hal ini. Untuk salahkan kerajaan tidak boleh kerana kerajaan telah berusaha sedaya mungkin menolong rakyat dalam urusan kesihatan.

Nak salahkan pihak hospital juga tidak boleh kerana mereka juga menghadapi banyak masalah, seperti kekurangan doktor, kekurangan peralatan, bilangan pesakit yang terlalu ramai  dan sebagainya.

Akhirnya nyawa rakyat yang menjadi mangsa.

Perkara ini bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan sejak zaman berzaman. Satu kaedah atau satu jalan penyelesaian baru harus dicari untuk menyelesaikan masalah ini...

11 comments:

Anonymous said...

setuju sangat-sangat,HUSM kurang perihatin pada rakyat biasa....

Anonymous said...

Najib kata dia mendengar, betul kah?

Anonymous said...

HUSM ni kalau swasta ok lah gamaknya, lagi satu boleh selidik tak doktor pakar kat swasta tu, penuh masa ke atau separuh masa, kalau separuh masa, boleh selidik kat hospital manalah dia kerja sepenuh masa !.

Anonymous said...

tanya sama najib mana pergi duit, nanti jawab najib mah ambil sikit,

tanya sama rakyat apa sebab miskin,
nanti jawab rakyat kami undi BN..

Anonymous said...

Tak baik menuduh rosmah. Itu berdosa. Sedap mulut aje..sebab rakyat miskin kerajaan pas yang tidak melakukan kebajikan mencukupi utk rakyatnya..semua beban tolak kat BN. Dan orang kelantan sinun bodoh piang gak..kalu Pilih BN tentu lebih terjamin .

Anonymous said...

Alhamdulillah. Syukur usaha saudari telah dimakbulkan Allah. Memang hasart murni saudara untuk menolong semua pihak, apatahlagi sedarah sedaging. Banyak bersabar, untuklah dipihak saudara mempunyai keluarga bukan sahaja bersemangat besar bahkan berjiwa besar. Wallahualam bisawob....

Anonymous said...

Yupp..cerita yang hampir 99% menimpa ibu mertua saya 1 tahun yg lalu. Akhirnya ibu mertua saya meningal dunia setelah 2 hari di masukkan ke wad hospital alor setar. Doktor yang merawat cuma tambah air dan bg ubat tahan sakit, kerana doktor tidak dapat mengesan punca penyakit dan pada masa itu tidak ada dr pakar untuk merawat ibu mertua saya. Saya agak kesal namun akur degan takdir.

Anonymous said...

Terjamin kepala hotak. Kalau kerajaan BN adil, royalti bagi macam mana dalam perjanjian, rakyat kelantan senang lenang.

Anonymous said...

sy pun ingin berkongsi ttg kisah puteri sulung sy yg berumur 5 thn...puteri sy seorang yg aktif n ceria walaupun telah disahkan mengidap kanser di tulang hidung...stlh membuat rawatan dan kimoterapi yg ke9..akhirnya puteri sy telah pergi utk selama-lamanya...di atas kedegilan sesetgh doktor pakar. Pihak hospital telah mnjadikn puteri sy sbg bahan ujikaji mereka krn penyakit ini mmg jrg ditemui tmbahan pd kanak2...smpi ke hari terakhir puteri sy doktor tidak blh mgesahkan kanser puteri sy thp berapa ttp hati naluri sy mengatakn bhw nyawa puteri sy masih pnjg...pada 1/8/13 doktor mneruskn rawatn kimo trhdp puteri sy padahal pada ms itu puteri sy x spatutnye bt rwtn tsbt krn kputusan darah yg tidak elok dan keadaan nya hanya krg selera mkn akibt kimo trdahulu selama 5 hari...ttp atas keiginan doktr mneruskn ubt kimo trsbt....hari ke hari kesihatan puteri sy smkn mrosot n lemah..pelbagai ubat antibiotik n lain2 ubat tlh dimasukkan myebabkn 1 hari doktr trpaksa memberitahu sy n suami ttg kerosakan semua organ dalaman puteri sy...sy mrasa sedih n kesal di atas apa yg tjadi dn ingin berbncg dgn doktr pakar tsbt...ttp mndukacitakn kerana sikap ego bodoh doktr pakar tsbt...perkataan n kt2 yg tidak spatutnya didgri sewaktu sy n keluarga mghdapi masalah n dugaan ini...ttp stlh hmpir 2 mggu puteri sy bertarung nyawa akhirnya dia tlh pergi jua kpd penciptaNya...kini hmpir 40 hr pemergiaannyer...sy redha akan pemergian puteri sy ttp amat dukacita kerana tindakan dr pihak hospital dan semasa urusan pengebumian tiada seorang doktor @mn2 pihak dr hospitl tsbt dtg berkunjung ke rumah sy padahal puteri sy tlh membt rwtan di husm slm 7 bln. Kesal dan sedih di atas apa yg trjadi...

Anonymous said...

sedih baca kisah puteri anda. tambahan lagi dialami oleh kanak- kanak yang masih kecil. yang tidak tahu untuk berkata tidak. penderitaan dan kesakitan yang dialami hanya Allah yang maha mengetahui. semoga allahyarham di tempatkan di syurga kelak. saya sendiri hairan ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan pada manusia zaman sekarang. hanya segelintir sahaja yang masih mempunyai sifat belas ihsan. yang lain hanya tinggal topeng menghiasi wajah.

Anonymous said...

mne2 hospital kerajaan mmg mcm ni.. bkn di usm saje.. apa laa.. kelantan dh 20 tahun d bwh pas.. ok je.. aman je.. org slangor pun dh xnak bn.. org2 hulu je nk bn sbb trpngaruh dgn tv.. haha..