Sunday, June 16, 2013

Kisah Politik Benci Membenci Sesama Melayu...., Sesama Islam....! Allah Selamatkan UMNO

Permusuhan selalunya dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan mengetepikan sifat kemanusiaannya.

Golongan ini sebenar telah dirasuk syaitan dan Allah SWT telah berfirman tentang syaitan maksudnya: 

"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syaitan itu tidak menjanji kepada mereka selain tipuan belaka." (Surah an-Nisa ayat 120)

Bermula dengan sikap benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk, termasuk melibatkan pembunuhan dan pelbagai kezaliman.



Rasa benci yang mula berakar menyebabkan manusia sanggup memutuskan perhubungan sebagai rakan atau saudara. Memutuskan ikatan persaudaraan seagama menjadi petanda berlakunya kekeruhan iman.
Perasaan memusuhi apa sahaja yang datangnya daripada pihak lawan meskipun perkara itu perkara baik semakin merebak dalam kalangan masyarakat kita.

Orang tidak lagi dapat berfikir dengan jernih dan boleh membezakan mana yang baik dan benar, kerana perasaan terlampau benci mengalahkan segalanya.

Inilah sifat tamak manusia dan Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan adalah manusia itu bersifat tergesa-gesa." (Al-Isra ayat 11).

Begitu juga apa yang berlaku dalam konteks apa yang dilakukan kerajaan hari ini. Pihak yang membenci akan sentiasa menyalahkan dan menganggap tidak betul meskipun kerajaan sudah sedaya upaya melakukan proses transformasi menyeluruh bagi membaiki keadaan.

Perasaan dendam dan benci yang membuak-buak menjadikan seseorang itu buta mata dan buta hati mengakui kebaikan yang dilakukan orang lain.

Perhimpunan Blackout 505 yang kononnya dikatakan berjuang menentang penipuan pilihan raya antara contoh konkrit bagaimana sebahagian masyarakat kita terperangkap dengan politik benci-membenci.

Tiada lagi perasaan bertolak ansur dan kasih sayang tersemai pada peserta perhimpunan itu sebagaimana yang menjadi ciri-ciri dan amalan masyarakat kita semenjak zaman dahulu hingga kini.

Tiada lagi perasaan menerima atau bersikap qana‘ah terhadap takdir yang sudah ditentukan Tuhan.

Tidak ada lagi keharmonian dan perpaduan yang terpancar dalam perhimpunan itu bagi memupuk dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi bagi memastikan agenda negara maju yang diimpi-impikan rakyat dapat direalisasikan menjelang 2020 nanti.

Walhal, hakikatnya perhimpunan itu lebih menonjolkan kepentingan dan perjuangan individu berbanding memperjuangkan perubahan sistem politik yang lebih baik. Perkara ini nampak ketara dengan menonjolnya seorang pemimpin sahaja berbanding penonjolan kepimpinan secara kolektif.

Malah, berlaku perpecahan di antara golongan ini dalam merespons pendekatan yang sebegini.

Majoritinya juga tidak menyedari bahawa pengorbanan mereka akan sia-sia belaka kerana mereka hanya dimanfaatkan golongan elit mereka sendiri. 

Adakah ada jaminan sekiranya perjuangan mereka mencapai matlamatnya mereka akan diberi pampasan baik secara moral mahupun material...?

Adakah juga pihak pimpinan mereka akan bertanggungjawab sekiranya perjuangan mereka gagal, lantas mereka mendapat ganti rugi sewajarnya sepanjang mereka berjuang...?

Adakah golongan elit mereka memikirkan keperluan perut para penyokongnya meskipun ada antara mereka sanggup dibuang kerja dan terbengkalai kerja-kerja harian mereka, demi memenuhi kehendak pimpinan sedangkan para pemimpin itu berada dalam zon selesa...?

Pada masa sama, para peserta dan kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan perhimpunan itu disogok dengan pemikiran-pemikiran yang melampau dan di luar batas-batas akhlak Islam. Lihatlah apa yang terjadi dalam media sosial.

Tiada lagi kaedah berselindung dan sembunyi-sembunyi bagi meluahkan kebencian mereka.

Secara terang-terangan mereka menghina semua institusi negara, institusi raja bahkan menghina Islam. Ini semua adalah buah dari ketaksuban dan kefanatikan terhadap pimpinan mereka sehingga etika dan prinsip-prinsip asas dilanggar sendiri.

Lebih mendukacitakan, ramai dalam kalangan Melayu yang berbuat sedemikian dan mengikut rentak golongan bukan Islam.



Kita jangan jadi seperti golongan Khawarij yang sangat patuh menjalankan ibadah ritual tetapi sangat kaku dalam hubungan sosial, terutama sesama kaum Muslim.

Sejarah Islam mengajar kita bahawa dalam kalangan mereka ada yang sanggup membunuh saudara seIslam kerana berbeza pendapat dalam masalah agama. Terutama ketika masalah kepimpinan Ali bin Abi Talib.

Malah lebih malang lagi apabila mereka lebih menghormati Nasrani (kerana kaum dzimmi menurut al-Quran harus dilindungi) daripada orang Islam sendiri. 

Mereka menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang memutuskan perkara tidak berdasarkan al-Quran.

Mereka membunuh Abdullah bin Habab dan isterinya kerana memuji Ali selepas peristiwa Tahkim. Golongan Khawarij dikatakan sangat taat mengerjakan sembahyang dan tidak menyentuh makanan haram, ternyata sanggup membunuh saudara sesama Islam hanya kerana perbezaan pendapat.

Adakah di antara kita begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan hadis hanya dalam kerangka pemikiran kelompok kita dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang lain?

Apakah kita lebih menghargai umat lain daripada sesama Islam? Atau kita halalkan segala perkara seperti fitnah, penyalahgunaan kuasa untuk menjatuhkan orang yang tidak sehaluan dengan kita....?

Khawarij masih berada di sekitar kita. Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi kepentingan politik. Kuasa apabila jatuh ke tangan golongan seperti ini akan menghancurkan masyarakat seluruhnya.

Mengabaikan masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja menimbulkan kerosakan dalam masyarakat itu sendiri, malah akan mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai.

Islam yang ditegakkan melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu menggantikan keimanan.

Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

Dalam hal ini nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidaklah mengutusku sebagai seorang pemberi beban dan juga seorang yang keras. Sesungguhnya aku ini diutus hanyalah sebagai seorang pengajar dan seorang yang memberikan kemudahan"

Apabila berlakunya sesuatu perselisihan, orang Islam diwajibkan untuk melupakan perbezaan dan kembali kepada dasar keimanan dengan jelas. Sebarang perbezaan pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika.

Sehubungan ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa ayat 59).

Perpecahan sesama umat Islam berlaku di mana-mana sahaja sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri hanya kerana perbezaan pendapat atau aliran. Kononnya perpecahan tidak dapat dielakkan kerana sepanjang sejarah kita selalu berpecah.

Di samping menggunakan hujah dan menunjukkan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk mempertahankan perpecahan yang terjadi, apakah boleh kita katakan bahawa perpecahan yang berlaku sesama umat Islam itu sebagai satu takdir?

Perpecahan bukan harus diterima begitu sahaja tetapi harus diselesaikan dengan melakukan muhasabah perilaku kita sendiri.

Ketika Nabi menyebut bahawa di antara umatnya ada yang taat dan ada yang melakukan maksiat. Ini bererti Nabi sedang menunjukkan masih ada jalan penyelesaian terbaik bagi dua kumpulan yang bersengketa.

Terpulanglah kepada sikap kita sendiri sama ada ingin meneruskan sengketa ataupun mencari jalan damai. 

Jika jalan damai yang kita pilih, hubungan persaudaraan akan bertaut kembali dengan lebih kukuh. Pilihan itu selalu ada dan kita selalu diberikan peluang untuk membuat pilihan.

Mungkin kita boleh mengambil sikap membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan.......

Pengurus Besar
Analisa & Penyelidikan Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

7 comments:

Anonymous said...

satu kata Taksub...ada yg mengambil kesempatan diatas taksub penyokong. Yg Islam gunakan dalil utk.menghalalkan semua perbuatannya dan parti.

Yg kafir menunggang yg Islam tanpa disedari kerana taksub ke pemimpin. Telah dikunci akal dan pemikiran waras.

Yg sedih melihat..kafir semakin byk menang. Allah masih menyayangi kita..Malaysia ditadbir oleh Islam sama ada negara dan negeri kecuali pulau pinang.

Jane Duncan said...

Pasti di antara yang mengaku hahawa mereka memperjuangkan Islam lebih dari segala-segalanya,sebenarnya gagal melihat bahawa mereka gagal memperjuang perkara paling asas dahulu ; perjuangan diri! Bagaimana mereka kata mereka memperjuang agama Islam sedangkan diri sendiri daif dalam semangat ukhwah dan persaudaraan? Miskin adab, miskin ilmu, miskin jiwa dan miskin akal? Bagaimanakah mereka kata mereka memperjuang Islam sedangkan, kejayaan jasmani juga yang mereka kejar, berkiblatkan emosi, maki hamun dan tuduh menuduh. Perjuangan utama setiap insan ialah perjuangan nafsu. Jangan
menafikan bahawa setiap orang mempunyai nafsu dan nafsu diri sendirilah lebih dahulu perlu dikawal sebelum menuding dan mencari salah nafsu orang lain! Tiada manusia mana pun yang sempurna! Tetapi percaya pada Hukum Allah dan yakin yang jahat dapat jahat dan yang baik dapat baik, Biarlah Allah lakukan tugasNya!

Anonymous said...

Kita kena sungguh2 berusaha untuk bersatu. Sungguh2 ertinya fokus, konsentrasi sepenuh jiwa, berfikiran positif dan sentiasa berprasangka baik.
Sebarang usaha penyatuan tidak boleh dimulai jika ada di antara kita berfikir dan menganggap perpecahan memang langsung tidak boleh dielakkan.
Selagi wujudnya kelompok yang tidak percaya dan tidak serius dalam penyatuan maka selagi itulah perpecahan wujud.

Anonymous said...

Bahagian pertama:

Pemimipin-pemimipin dan pertubuhan-pertubuhan mulia dan tulen Islam seharusnya dibantu UMNO/JAKIM/YADIM/K'jaan BN, untuk memperkasakan dan menjaga kedaulatan Islam, di bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam. Apalagi, di saat genting di mana Islam dan umatnya sering mendapat serangan ganas, di Malaysia dan seluruh dunia - dan yang ganjilnya, masjid-masjid dan pusat-pusat agama asyik terbakar kat Malaysia ini.

Ancaman juga semakin meningkat ke tahap amat merbahaya dari pertubuhan PENGGANAS Kristian Zionis, yang ditaja penjajah barat-Zionis, yang sekarang disyaki mengetuai DAP/Bukan Islam PKR, yang menyamar sebagai gereja asing/tempatan biasa, NGO-NGO asing/tempatan alam sekitar ataupun kononnya nak menolong orang miskin dan nak perjuang hak asasi, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar, makin MENGKRISTIANKAN Bumiputera/Bukan Bumiputera yang Islam dan bukan Islam, seramai mungkin – ini sebab utama undi bukan sahaja dari orang Cina, tetapi bukan Islam kepada DAP/PKR!

Maka sedih sekali bila pertubuhan-pertubuhan Islam, termasuk rumah anak yatim, kena meminta belas kasihan dari orang awam, sedangkan Malaysia ini NEGARA ISLAM! Sila lihat di:

1. http://www.ustaznoramin.com/2013/06/bantuan-prihatin-untuk-rumah-amal-nur.html, Bantuan Prihatin Untuk Rumah Amal Nur MuhammadFriday, June 7, 2013;

2. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130608/je_06/Pelajar-tinggal-sehelai-sepinggang, Pelajar tinggal sehelai sepinggang, Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR;

3. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jeritanmaut/Article, Jeritan maut, 2013/06/16 (Maahad Tahfiz Al- Baraqah yang terbakar di Sungai Petani) ; dan

4. http://www.nst.com.my/streets/northern/help-sought-for-flooded-cemetery-1.300441, Help sought for flooded cemetery, By LOGHUN KUMARAN, 5 June 2013 (Perkuburan Islam di Kampung Sengat di Ipoh yang sering banjir akibat pembangunan - yang saya syaki mahu mengambil tanah orang Islam/Melayu)


Di Jerman/Barat pertubuhan-pertubuhan Kristian, termasuk yang menjaga anak-anak yang terpinggir, begitu dibela oleh kerajaan Jerman/Barat. Pertubuhan-pertubuhan Kristian ini begitu mewah, contohnya bantuan kewangan besar berdasarkan jumlah anak-anak yang diterima masuk di situ di peringkat awal sebagai ganjaran menerima anak-anak, ini tidak lagi termasuk untuk perbelanjaan sekolah dan segalanya mengikut perbelanjaan harian. Institusi-institusi untuk anak yatim mereka juga berlambak – bahkan anak-anak muda Islam yang dari keluarga porak peranda, pun dimasukkan ke institusi-institusi Kristian ini (sedang dalam siasatan hanya baru-baru ini)!

Walaupun ada ramai orang Islam di Barat, majoriti mereka mendapat kerakyatan disebabkan menjadi buruh murahan berdekad lamanya, maka terus boleh membawa keluarga mereka, jadi bukan sebab belas kasihan K'jaan Jerman/Barat ini, yang amat anti-Islam, kebanyakan di bawah selimut. Apalagi pertubuhan Yahudi Zionis sangat kuat di seluruh Barat. Dan di Israel dan Palestin, jangan haraplah Bumiputera Islam Palestin mendapat layanan yang sama seperti PENJAJAH Yahudi, bahkan dibunuh dan dipenjara sesuka hati!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang setia pada K’jaan BN dan hormat Islam dan hak Bumiputera!

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai "Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca - mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

Bahagian Kedua:

Dan lagi dulu saya tersilap, risau kalau Malaysia di banjiri pelarian! Tapi, memang wajib Malaysia sebagai NEGARA ISLAM ambil mana-mana pelarian Islam (pastikan mereka betul-betul Islam), apalagi masyarakat Rohingya memang makin dibunuh dengan kejam, oleh PENGGANAS yang disyaki di taja oleh CIA-Mossad-MI5; yang sebagai biasa menggunakan agama sebagi senjata untuk membunuh orang Islam dan menawan tanah mereka. Sebabnya negeri yang majoriti kaum Rohingya, Rakhine penuh minyak-gas.

Dan di Barat-Israel, termasuk di Eropah dan Amerika Utara terutamanya di Jerman, mereka, mereka terang-terangan mengamalkan polisi mengambil hanya pelarian Kristian sekarang, contohnya dari Syria. Dan di Israel, dibawa puak Yahudi, dari seluruh dunia. Yang Islam, terutamanya, yang Shiah, yang dibunuh pengganas-pengganas buas yang ditaja sendiri Barat-Zionis sendiri sebagai pemberontak PENGGANAS kepada K'jaan Syria (ramai yang ketua pemberontak ini sebenarnya bukan Islam tetapi penganut Kristian Zionis, untuk menghasut anak muda Islam menyertai mereka menjatuhkan kerajaan Islam, dan membenci serta membunuh umatnya yang orang Shiah, seperti di Syria, Libya, Iraq, Mali dan banyak lagi), dan yang makin ramai jadi pelarian (Sunni dan Syiah bersama), tidak lansung di pedulikan oleh si HIPOKRIT ganas dari negeri-negeri Barat-Zionis ini! Mereka ini tahu nak paksa negara Islam amalkan ala barat, demokrasi, hak asasilah, persamaan hak semua bangsa dan agamalah, hak asasi homoseksuallah dan segala mcam lagi sampah PENIPUAN mereka - tapi jangan haraplah mereka buat sendiri di Barat-Israel, kecuali kalau jaga yang homoseksual belebih-lebih sampai rakyat dia pun ramai dah marah! Dan mereka juga terus membunuh umat Islam sesuka hati, seperti yang disebutkan di atas!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain, dan orang miskin dari semua bangsa yang setia pada K’jaan BN!

Anonymous said...

PEMBETULAN BAH. PERTAMA:

Dan di Israel dan Palestin (yang masih diJAJAH Israel), jangan haraplah Bumiputera Islam Palestin mendapat layanan yang sama seperti PENJAJAH Yahudi, bahkan dibunuh dan dipenjara sesuka hati!
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang setia pada K’jaan BN dan hormat Islam, dan bangsa serta hak Bumiputera!

Xpas said...

Mula sikap bermusuh Iblis terhdp Adam a.s. krn irihati dan dengki serta rasa diri lbh baik, lbh mulia dan lbh utama. Demikian juga permusuhan Yahudi Madinah terhdp umatIslam awal. Sifat mazmumah ini menyebabkan fasik dan kufurnya Iblis dan Yahudi Madinah yg menolak dakwah Nabi saw. Mengatasinya dgn rasa tawaduk rendah diri, bersyukur qanaah, menerima takdir ketentuan dan pemberian Allah swt, yg tanpanya akan tersesatlah seseorg ke dlm lembah kefasikan dan ditakuti terjerumus ke lembah kekufuran menolak ketentuan dan takdir Allah swt.