Tuesday, June 11, 2013

NAH...! Ini Dia Jawapan Terbaik SPR Untuk 3 Tuntutan Bangang Perhimpunan Haram "BLACK505"



Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
(b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c)  menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya  sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1.  Perletakan jawatan serta merta anggota SPR

Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:

(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau

(b)  melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut  cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).

Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.

Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti  itu.

Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.

3.  Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.

Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.

3 comments:

Anonymous said...

Si DAPigs/PKR sering menggunakan falsafah Barat-Zionis termasuk dari UN, nak menghentam apa saja dari K'jaan tercinta kita, BN/UMNO! UMNO/PM kita tak payah peduli dengan birokrasi UN yang rata-rata diterajui sekutu kuat Barat-Zionis, si dalang dua muka amat merbahaya Ban ki-Moon, bekas Menteri Luar Korea Selatan, dll (kebanyakan pegawai atasan UN dikuasai Barat-Zionis) – mana UN bila umat dan negara-negara Islam makin dibunuh dalam Genocide (pembunuhan beramai-ramai)dan dijajah Barat-Zionis? Dan jika ada segelintir pegawai-pegawai UN yang berani kutuk Israel untuk bela rakyat Palestin, habis dijatuhkan!

Penjajah Barat-Zionis yang hipokrit dan kejam, yang diketuai CIA-Mossad-MI5/NATO sering menggunakan falsafah Barat yang amat mengasyikkan dan menipu seperti “democracy, equality, freedom dan human rights” dengan objektif utama untuk terus menghapuskan hak, identiti, warisan dan tanah Bumiputera (juga bermakna "Pribumi/Orang Asal/Native/Indigenous/Tribal/Aboriginal") dan agama Islam. Sedangkan negara Barat sendiri tidak mengamalkan falsafah ini dengan sepenuhnya, termasuklah di Eropah dan Amerika Utara, yang membenarkan polis menyerang dengan ganas ahli demonstrasi yang aman. Mahupun sekutu kuatnya, Israel yang terus menyerang,membunuh, menyiksa dan mendiskriminasi penduduk Bumiputera Islam Palestin.

Dan negara-negara Barat dengan sekutu kuat Zionisnya yang amat hipokrit dan ganas, tidak akan teragak-agak menghapuskan hak, identiti, warisan dan tanah Bumiputera di dunia Islam dan seluruh ``Dunia Ketiga´´ , seperti yang diperlakukan dengan amat ganas dan kejam seperti di Palestin, Syria, Libya, Mali, Afghanistan, Somalia, Iraq, dll terutamanya yang kaya dengan minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur. Ini termasuklah dengan merekrut penganas-pengganas Kristian Zionis yang menyamar sebagai orang Islam atau pejuang jihad, yang asyik membunuh atau melagakan orang Islam, yang kononnya berlainan mazhab atau doktrin, contohnya antara puak Shia dan Sunni, termasuklah mahu menghapuskan tentera Nasionalis-Shia dari Hezbollah, yang telah berjaya menghalau rejim Israel laknat dari Lebanon dahulu. Malangnya Imam Qardawi dari Muslim Brotherhood, penyokong kuat Anwar, ditaja rejim boneka Barat-Zionis,iaitu Qatar (macam PKR/PAS yang sanggup mengkhianati bangsa dan agama), sekarang menghasut dengan agresiv di negara-negara Islam termasuk di Malaysia ini, agar puak Sunni berperang dengan puak Shia, di Iran, kemudian dengan tentera Hezbollah di Lebanon dan Iran, yang bertimbun penuh minyak-gas. Yang hancurnya umat Islam dan negara-negara Islam – sedangkan Penjajah Barat-Zionis terus ketawa macam SYAITAN!

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN paling penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

PEMBETULAN paras 3: Malangnya Imam Qardawi dari Muslim Brotherhood, penyokong kuat Anwar, ditaja rejim boneka Barat-Zionis,iaitu Qatar (macam PKR/PAS yang sanggup mengkhianati bangsa dan agama), sekarang menghasut dengan agresiv di negara-negara Islam termasuk di Malaysia ini, agar puak Sunni berperang dengan puak Shia, di SYRIA, kemudian dengan tentera Hezbollah di Lebanon dan kemudian dengan Iran, yang semuanya bertimbun penuh minyak-gas. Yang hancurnya umat Islam dan negara-negara Islam – sedangkan Penjajah Barat-Zionis terus ketawa macam SYAITAN!

MAKCIK Tempurung.

Anonymous said...

Syabas. Pandangan anda diatas semua adalah bernas dan boleh di terima pakai. Jangan jadi macam pencacai, yang hanya tahu nak menjatuhkan kerajaan tak kira dengan ape cara sekali pun. Tak gunakan akal dan fikiran.