Sunday, June 2, 2013

Nurul Izzah TAK Laku Di Singapura.... Dah Lemau



Pemimpin Pakatan Pembangkang benar-benar terkedu apabila ditempelak oleh Singapura agar jangan masuk campur dalam hal-ehwal negara itu…!

Singapura bertindak demikian apabila pemimpin Pembangkang, antaranya Nurul Izzah dan Teo Ni Ching, menghantar petisyen meminta kerajaan negara itu ‘berlembut’ terhadap 21 penyokong PR dari kaum Cina yang berdemonstrasi menentang keputusan PRU-13. 

Nampaknya Pembangkang telah tersalah congak akan hubungan parti itu dengan Singapura. 
Hakikatnya, Singapura hanya berminat untuk ‘menguasai’ Malaysia, bukannya berkawan dengan pemimpin parti politik Malaysia termasuk pembangkang, walaupun negara itu begitu ‘mesra’ Pembangkang sebelum ini. 

Singapura terkenal dengan sikap ‘keras’ dan tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang melanggar undang-undang.  Jika tidak takkanlah negara itu dirujuk sebagai ‘Negara Denda’ (Fine City). 

Kerajaan Singapura sentiasa memastikan bahawa mereka tidak dipermainkan oleh rakyat, apatah lagi rakyat negara lain. 

Maka jelaslah bahawa penyokong Pembangkang sememangnya terdiri dari manusia yang ‘kurang cerdik’ dengan sengaja mencari fasal di negara itu.   Mungkinkah mereka menyangka, Singapura yang dikuasai Cina akan berlembut terhadap kaum Cina juga…? 

Sewajarnya, 21 penyokong Pembangkang yang terkinja-kinja berdemo di Singapura sambil menjerit-jerit sehingga kehabisan suara itu sedar apakah yang dipanggil ‘tiada kebebasan bersuara’ atau ‘tiada hak untuk ekspresi diri’ dengan sebenar-benarnya.  

Ketika berada Malaysia mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja, termasuk menghamun Perdana Menteri secara konsisten dan giat sekali.  Mereka diberi hak berhimpun dan menghina kerajaan semahu-mahunya.

Malah, mereka juga boleh menyebar penipuan, menabur fitnah dan kebencian terhadap kerajaan tanpa diambil apa-apa tindakan.  Di Malaysia jugalah mereka memperoleh kekayaan sehingga mampu mendabik dada sebagai pembayar cukai terbanyak.  

Tetapi kini, mulut mereka ditutup oleh negara yang mereka jadikan idola sebagai terbuka dan lebih baik, iaitu Singapura.  Semuanya hanyalah kerana mereka ‘berhimpun secara aman’. 
Ironi sekali kerana Singapura sebelum ini telah didapati ‘menghantar wakil’ dalam Himpunan BERSIH dan Lynas di negara ini. 

Nampaknya, inilah yang pemimpin Pembangkang  tidak faham, iaitu Singapura menyokong dan memberi bantuan kepada mereka untuk membuat huru-hara di Malaysia sahaja, bukannya di negaranya..... 

Tentu sekali, sokongan dan bantuan Singapura kepada Pembangkang itu ada sebabnya.  Sebabnya itu pula bukanlah kerana ingin memastikan rakyat negara ini ada hak kebebasan bersuara ataupun sekadar ‘suka-suka ingin melihat jiran huru-hara’ .  

Dari kesungguhan Singapura membantu Lim Kit Siang di Johor malah memberi berbagai bantuan kepada DAP termasuk dari segi kewangan, maka pastinya negara itu mempunyai sebab yang jauh lebih besar dari itu.  

Oleh itu, sebagai parti yang ingin sangat menjadi pemerintah di Malaysia, Pembangkang wajib mengetahui bahawa negara jiran itu tidak pernah melupakan cita-cita untuk menguasai negara ini.  

Jika Pembangkang gagal memahami perkara ini maka jelaslah bahawa mereka tidak layak untuk menjadi pemerintah kerana mana mungkin negara dibiarkan diperintah oleh parti yang tidak dapat membaca niat musuh yang ingin menjajah…? 

20 comments:

Anonymous said...

Ini hanya WAYANG.
BN harus berhati hati.

Mat13 said...

BN dah menang pru , Singapura terpaksa buat baik lah....esok bila dah dekat pru14 pulak mula buat taik dengan sokong pembangkang....biasalah bangsa kisah macam tulah

Anonymous said...

Lee Kuan Yu (Jerung) ada berkata pada awal tahun 90an " I would like to see the head (S'pore) meets the body (Malaysia) ... org Malaysia berhati-hatilah dgn apa saja tindakan S'pore

Anonymous said...

Head ( kepala ) sepatutnya di Atas....( perhati betul-betul lokasi peta Malaysia dan Peta Singapore )

Kalau kedudukan berada di bawah..dan terpisah pulak tu...

Macam ...xxxxx.... lah pulak...

Anonymous said...

Rakyat Malaysia seharusnya sudah boleh mengerti bahawa fahaman pemimpin politik ini bukan disebabkan olih bangsa shj. Ia memang satu bentuk "perniagaan" jika kamu suka. Walhal perniagaan adalah satu bentuk peperangan juga kata orang barat. Singapura yg begitu pro pembangkang sebekum ini memberi mesej yg jelas Kalah perang kamu bolih berambus pergi.

Itulah yg penyokong pembangkang rasa sekarang dan itulah yg pemimpin BN pernah rasa dulu selepas PRU13 apabila orang Cina seperti tiada perasaan berterima kasih langsung. KesimpulanNya sedang orang Islam yg satu bangsa pun bolih ada kes cantas mencantas sementelah lagi kalau pemimpin politik itu orang yang bukan Islam.

Fikir-fikirkan lah

Anonymous said...

Dah 'bekas' pensyarah, barang second atau mungkin third hand...

Sapalah yg nak...

Anonymous said...

Singapork sedang mencuci taik yg dia buat tu, nanti bila nak PR dia buat taik lain lak.

Anonymous said...

berhati2lah anak2 adam malaysia jangan pandang belakang itu semua ada lah drama singapore

#A.S.G# said...

Aku orang JB. Hari2 tengok tv CNA. Kadang2 dia orang bincang2 kutuk kerajaan BN. Yang bagusnya ada sekor Melayu Malaysia (with his impeccable English), mengangguk2 setuju. Apalagi, waris walak Melissa Goh (wartawan CNA) tu pun kembanglah jubur mereka! Just because they converse in English, they think that they are a superior lot. PERASAAN!

#A.S.G# said...

Aku orang JB. Hari2 tengok tv CNA. Kadang2 dia orang bincang2 kutuk kerajaan BN. Yang bagusnya ada sekor Melayu Malaysia (with his impeccable English), mengangguk2 setuju. Apalagi, waris walak Melissa Goh (wartawan CNA) tu pun kembanglah jubur mereka! Just because they converse in English, they think that they are a superior lot. PERASAAN!

Anonymous said...

Aku baru balik dari Jakarta dua minggu yg lepas. Sempatlah aku tengok TV Asia terbitan dari Singapura tapi tak disiarkan diMalaysia. Aku tengok berita pasal PRU13, asyik2 tunjuk Anwar je dgn demo gulingkan kerajaannya, mcm dia tu PM atau melebihi PM. Najib punya berita kdg2 tak ada.

Anonymous said...

Rakan saya dari kaum Bumiputera Melayu di Singapura baru-baru ini, ada memberitahu dengan murung bahawa, hak dan identiti orang Melayu di Singapura makin dipinggirkan, termasuk dengan memberikan kewarganegaraan besaran kepada pendatang asing bukan Islam/bukan Melayu. Mereka juga disyaki diberi subsidi perumahan dan pendidikan. Sampai 17 juta nak jadikan jumlah rakyatnya. Yang ganjilnya, kawan Melayu Singapura saya itu sebut lagi, Singapura itukan kecil, jadi mana nak letak sampai ramai itu? Sebab itulah Johor, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kucing, Miri, Melaka dan Selangor saya syaki akan menjadi tumpuan mereka. Maka kawasan-kawasan strategik ini hilang bangsa bumiputera Malaysia, apabila harga rumah dan tanah meningkat - yang juga murah apabila dibeli oleh rakyat Singapura atau program "Rumah keduaku" untuk bangsa asing lain. Selain dimonopoli oleh penyokong DAP/PKR yang tamak, bongkak dan pengkhianat!

Saya juga mengesyaki yang rejim Singapura, kerana dia fikir DAP akan menang (bahkan saya mengesyaki ini telah lama dirancang dengan DAP), mungkin berjuta rakyatnya termasuk yang baru, terutamanya yang bukan Bumiputera, boleh dapat kerakyatan Malaysia apalagi bila dah beli rumah atau tanah di Malaysia – maka UMNO dan Melayu/Bumiputera tidak akan dapat berkuasa lagi di masa hadapan!
Tolonglah yang dihormati KDN!

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

Pelanduk selalu terlupa jerat..tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk..

Anonymous said...

Nurul Izzah tak mau ke Mohon kerakyatan Singapore...dan....Beli Rumah ( apartment ) sebagai koleksi rumah di Luar Negara.....
Dengar kata PKR dan DAP adalah anak angkat kepada Singapore... Betul Ke ? Pasti ada Special Perhatian/Kelebihan/Diskaun...

Anonymous said...

Kalau tak laku dangan Air Liur....
Cubalah Pulak dengan cara lain....

Macam yang DIA dah buat kat UNITEN tu....

Anonymous said...

Bahagian Pertama: Berapa ramai Melayu dan Bumiputera lain yang miskin dan sederhana dapat menikmati kediaman di kawasan yang nampaknya hanya diGADAIKAN untuk orang kaya dan rakyat asing! Bahkan, kawasan mereka dapat menikmati kemudahan-kemudahan MRT – dilayan macam raja sedangkan rakyat Melayu dan Bumiputera miskin terutamanya makin TERHALAU dari bumi sendiri! Kemudian kawasan ini terus jadi kubu kuat DAP/PKR SELAMANYA sebab saya syak ini juga cara politik nak menguasai kawasan-kawasan strategic ini oleh DAP/PKR dengan sekutu kuat penjajah Barat-Zionisnya serta pelabur dari yang pro Barat-Zionis, Singapura/Jepun/Korea Selatan! Sila lihat di:

1. http://www.starproperty.my/index.php/property-news/malaysians-and-foreigners-can-still-find-good-bargains-for-properties-in-johor/?, Malaysians and foreigners can still find good bargains for properties in Johor, By MOHD FARHAAN SHAH, May 29, 2013:
JOHOR BARU: Malaysia Property Expo (Mapex) committee chairman K.K. Wong said …“The price of new housing projects in the state is quite affordable, with prices ranging from RM400,000 downwards, while an apartment is sold for between RM400 and RM1,200 psf depending on the location….The good ties between Singapore and Malaysia had also enabled Johor to experience a booming economy as well as attract more foreign investors to set up their businesses here, said Wong.
“Besides investors from Singapore, there has been an increase of buyers from Japan, South Korea and Europe. Many of them prefer to buy properties in Nusajaya, Johor Baru and Tebrau, which have lots of commercial activities,” he said....

MAKCIK Tempurung.

Anonymous said...

Najib akan beri muka pada meka ini, vaya lah..Dulu Pak Lah dgn Suruhanjayanya, Kini Najib dgn MAKMAL dia..sama aja. Paklah Ada KJ, Bungkus, Najib ada Rosmah, Hancus, hangus, terlentang Najib..Najib kuat keja, tp tak Smart, Dia tak baca Twitter dia..sebab dia sibuk,, yg baca macai dia, punah sihat, yg bagus bagus dia beritau DS wow kita akan memang 145 kerusi, wow Dyok Najib dia tak tau kerusi kedai Kopi, Cuba kita baca byk maki hamun dari pujian, kalau pujian kita boleh faham itu yg da terbayar d bayar,pembodek, NKRA kau gagal, KPI hanya atas kertas, realitinya zero..Jenayah kian byk..yg buat t muka yg sama, meka tak takut undang undang sebab undang uandang itu ada byk hak meka, wow Najib kena buat blow job lagi,

Anonymous said...

Bahagian kedua: Lagi kawasan-kawasan yang nampaknya hanya diGADAIKAN untuk orang kaya dan rakyat asing! Sedangkan rakyat Melayu dan Bumiputera lain yang miskin terutamanya makin TERHALAU dari bumi sendiri! Sila lihat di:

2. http://www.nst.com.my/red/cover-story-reviving-rawang-1.290514 , COVER STORY: Reviving Rawang, By Khairul Khalid ; 31 May 2013:

…..property prices are picking up with quality link houses pushing RM400,000 – RM500,000…. Another big boost to Rawang’s property market is the new MRT which is slated for completion in 2017….What types of home buyers are fuelling Rawang’s growth in the property market? Leong admits that currently Rawang’s main investors are locals, with growing numbers of foreign buyers who have increased awareness and knowledge of the location…..

Tan Lee Koon, Managing Director of Guocoland (Malaysia) Berhad…. that GuocoLand has developed close to 2,000 guarded homes and to date has completed over 30 per cent of its 1,000-acre township…..Rawang’s property market will be given another huge boost with the completion of the MRT in 2017….

3. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/31/business/20130531144706&sec=business, Tropicana Corp launches RM6.3b Tropicana Metropark in Subang Jaya, Published: Friday May 31, 2013:

KUALA LUMPUR: Property developer Tropicana Corp Bhd is developing 35.6ha of land in Subang Jaya into a mixed development project called Tropicana Metropark, with a gross development value of RM6.3bil spanning 12 years.

Group CEO Datuk Yau Kok Seng said on Friday the project, with a net floor area of about 743,000 sq m, will be offering a fusion of residential, office space, retail, shopping mall, a four to five-star hotel, entertainment hub and learning and medical centres…..Meanwhile, Asmawi said MPSJ was talking to Keretapi Tanah Melayu Bhd to relocate the nearby Batu Tiga commuter station into the Metropark area to improve connectivity of the development….The two residential towers offered 627 apartment units with three designs studio, two and three-bedroom, with built-up areas from 600 to 1,200 sq ft, priced at RM840 per sq ft.

"Since the preview two months ago, over 70% of the total units were snapped up, signifying high demand and buyers' confidence for the development," Yau added.

MAKCIK Tempurung.


Anonymous said...

Hey lu Anonymous yang hina PM dan siteri begitu keji, baik lu pergi balik lubang DAP-si KIT-SIAL/PKR yang tak habis JILAT kaki kudis-bernanah Barat-Zionis tu!

MAKCIK Tempurung.

Anonymous said...

patut tukar sikit topik tu...

bukan "lemau", lebih tepat kalau "lunyai"..