Tuesday, June 4, 2013

PRU 13 BN Tak Dapat 2/3 Parlimen, Gagal Rampas Selangor... Apakah Ini Semua Salah Rosmah Mansor...?



USAI PRU13 tidak pula timbul ataupun dikaitkan nama Rosmah Mansor menjadi punca kegagalan Barisan Nasional memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen ataupun isteri Perdana Menteri itu dituding sebagai orang yang bertanggungjawab hingga Selangor gagal dirampas kembali dan rata-rata kritikan tidak pula meletakkan Rosmah sebagai punca segalanya.

Baik daripada kenyataan Tun Daim, tulisan ZAM maupun Kadir Jasin serta rata-rata penganalisa politik tidak ada seorang pun yang menyebut bahawa Rsomah Mansor menjadi punca kepada semua itu…..

Hampir empat tahun dan mungkin lebih dari itu lagi sejak YAB Datuk Sri Najib menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri nama Rosmah Manosr menjadi begitu busuk hasil hinaan serta kejian kawan maupun lawan dan ketika itu nama Rosmah begitu hina sekali dipandangan mata ramai.

Bila membaca analisa yang dibuat kononnya oleh orang-orang yang hebat dalam bidang poltiik tempatan ataupun antarabangsa,tidak ada sebaris pun nama Rosmah telah dikaitkan tetapi sebelum PRU13 nama isteri PM inilah meniti dari bibi ke bibir.

Rosmah disebut-sebut sebagai orang yang boleh menghancurkan politik Najib dan juga kegagalan Barisan Nasional hingga ada yang berani mengatakan kerajaan BN bakal tumbang kerana isteri Najib adalah Rosmah…. Apa sahaja Rosmah lakukan semua tidak kena dimata mereka..!

Betul, kita setuju mulut manusia tidak boleh ditutup tapi bayangkanlah bertahun-tahun nama Rosmah Mansor dicerca dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik dan juga penyokong Barisan Nasional.

Berbagai peristiwa Rosmah dijadikan isu politik dan berbagai-bagai kejadian dikaitkan dengan Rosmah dengan bertujuan bukan sahaja memalukan beliau tetapi memberikan tekanan kepada perjalanan politik YAB Perdana Menteri menyusun parti serta mengurus negara.

Setiap perbuatan Rosmah dikritik hebat kononnya boleh menjadi liabiliti kepada Najib dan kerajaan. Malah,setiap  tindakan maupun langkah Rosmah sentiasa dijejaki bagi mencari peluang menyerang Najib dan kerajaan.

Tetapi sebaik sahaja keluar sahaja keputusan PRU13 ternyata semua pihak mengakui bahawa bukan Rosmah yang salah, Isteri Perdana Menteri ini bukan isu tetapi isunya adalah YAB Datuk Sri Najib telah menerima nasihat yang salah daripada Penasihat-Penasihat yang mengelilingi beliau,baik di peringkat agensi, War Room ataupun diperingkat R&D beliau.

Sekian lama para pengkritik berdosa mengaitkan Rosmah, menuduh beliau, malah memperlekehkan usaha isteri Perdana Menteri itu melalui program PERMATA.

Apakah dengan keputusan PRU13 ini tidak timbul keinsafan di hati sesiapa pun yang pernah mencerca baik secara berdepan atapun di belakang Rosmah untuk memohon maaf kerana menjangkakan BN akan kehilangan kerajaan kerana beliau isteri Perdana Menteri….?

Terlalu ramai yang berdosa memburuk serta mengeji Rosmah Mansor dan kita harap di sudut hati wanita ini, beliau telah memaafkan orang-orang tersebut ataupun menyerahkan kepada Tuhan untuk membalasnya.

Ternyata Rosmah hanya dijadikan kambing hitam oleh….. [baca seterusnya, klik SINI]

12 comments:

Anonymous said...

Sedikit sebanyak jenama rosmah ni mengurangkan undi kakitangan krajaann (dorang tawlah bila ada event yg rosmah jd vvip) dan org melayu...byk isu antaranya impian nak jd 1stlady trbukti bila najib jd pm...trbukti bila 1st lady summit tetiba ada...
mati2 isu cincin aku ingat isu sengaja diada2kan...bila rosmah ngaku cincin tu masuk ..walaupun bukan dia yg beli atau pakai....tohmahan pembangkang ada betulnya...
...aku pecaya rosmah juga salah satu libility kat umno...pembangkang akan gunakan apa saja utk kaitkan rosmah ngan apa saja...walaupun ada yg berupaa fitnah!

Anonymous said...

Yg jadi liabilty bukan Rosmah,tapi Najib sendiri.Najib yg terlalu lemah,sama ada dalam rumah tangga mahu pun negara.Dalam rumah tangga dia ikut DS Rosmah,dalam urusan negara dia terlalu ikut punahsihatnya dan arahan ANwar .

Anonymous said...

Pergi baca ulasan orang kenamaan je tidak membantu keadaan. Tanyalah orang kat jalanan, apakah betul atau tidak - amat yakin 3/4 akan kata betul..

Anonymous said...

hahahaha....sampaikan citer rumahtangga Najib pun lu tau, bhai..? Tah habis2 lagi citer pasal bini orang. Apa pun, aku setuju Najib berpotensi untuk menjadi liabiliti. Begitu juga dengan Rosmah terlebih expose akibatnya mengundang kebencian orang. Bukannya diorang tak tau Rosmah dah jadi target pakatan setan untuk sekian lama.

Anonymous said...

BETUL! ORANG DISEKELILING DATUK NAJIB HANYA CUBA MEMPENGARUHI BELIAU, NAMUN, SEMUA KEPUTUSAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PENDIRIAN DATUK NAJIB SENDIRI. SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA, WALAU PUN SEBUAH NEGARA KECIL, APA LAGI MENDAPAT GANGUAN DARI DAJJAL ALJUBORI, BEGITU BANYAK MASALAH YANG MENIMPA NEGARA INI. OLEH ITU SEBAGAI PEMIMPIN YANG WARAS, BELIAU SEHARUSNYA BOLEH MENILAI DAN MENAPIS, KERANA EXPECTATION SEBAGAI PEMIMPIN MALAYSIA ADALAH SEORANG YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG MATANG, ADIL, BERTINDAK ADIL, RASIONAL, MEMPUNYAI JATI DIRI, MENYANYANGI ISLAM DAN MELAYU. KALAU KUALITI INI TIDAK ADA PADA DATUK NAJIB, BERMAKNA TIDAK ADA BEZANYA DI ANTARA DATUK NAJIB DENGAN PAK LAH. KALAU KEDUA-DUA PIHAK YANG BEGITU RAPAT DENGAN DATUK NAJIB DATIN ROSMAH DALAM URUSAN RUMAH TANGGA DAN URUSAN NEGARA DAN DIPEJABAT MENEMUI PENASIHAT-PENASIHAT YANG TIDAK BERPENGALAMAN, TIDAK MATANG, TIDAK MEMPUNYAI JATI DIRI DAN APALAGI LAKAU MEMPUNYAI KEPENTINGAN PERIBADI. KESEMUA INI DATUK NAJIB KENA TEMPOHI DENGAN TENANG, TELITI, TEGAS, SABAR DAN CUKUP FOKUS. DENGAN CARA INI SAHAJA DATUK NAJIB DAPAT MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG WARAS, MENGIKUT SYIAR ISLAMIAH, BERSEMANGAT MELAYU, INSYAALLAH KEPUTUSAN ITU DATANGNYA DARI BERKAT, RAHMAT DAN KEIZINAN ALLAH SUBHANAHUTAALA. MEREKA CUMA BOLEH MEMBERI ANSIHAT, TETAPI DATUK NAJIB SENDIRI MESTI MEMPUNYAI KEKUATAN DIRI UNTUK MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG TEPAT. INSYAALAH ALLAH AKAN MELINDUNGI NEGARA TERCINTA INI.

azman hangjebat said...

kepada rosmah sendiri mau ingatlaa..kali ini kalu campur urusan kerajaan kirim salam laa najib jadi pm..balik kampong laa kamu..jgn jadi queen control pada najip..biarkan dia tadbir negara dgn baik..

Anonymous said...

terimalah hakikat memang ROSMAH mansur membuatkan org benci dng UMNO apalah yang kau dapat bila bela orng macam ini. STUPIDlah kau nie

Anonymous said...

DS Najib

Sila ambil maklum. Sebelum PRU13 para blogger pro kerajaan banyak membantu kempen untuk memenangkan Umno. Malah para pelawat blog juga sama2 memainkan peranan membela Umno. Selapas keputusan PRU13 diumumkan, mereka ini lah juga yang tak putus2 memuji anda dan mengucap tahniah kepada anda. Bilangan mereka ramai.

Saya yakin dan teramat yakin, para2 blogger dan pelawat2 blog berkenaan telah memberikan undi kepada Umno pada PRU13 yang lalu. Saya dan mereka tidak undi Umno kerana nak selamatkan BN atau kerana nak angkat anda jadi PM. Kami undi Umno kerana nak selamatkan kuasa politik melayu. Kami tak rela melayu hilang kuasa memerintah negara ini. Kami tak mahu Malaysia menjadi Singapore. Kami tak mahu DAP menguasai kerajaan secara halus. Ya, memang kami teramat yakin, andai kata PR berjaya membentuk kerajaan, pasti DAP lah yang akan menentukan halatuju kerajaan PR. Kami buka mata dan buka minda, kami kaji apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU12 (Perak berjaya diselamatkan oleh Umno).

Di Selangor, memang MBnya melayu, memang wakil rakyat PR melayu ada dari PKR dan ada dari Pas. Mereka itu semua betul2 jadi kupang tembaga atau tunggul. Yang control kerajaan negeri Selangor adalah DAP. Kes Datok Hassan Ali, contoh yang dirujuk.

Di Pulau Pinang, tak usah cakap lah. Wakil2 melayu dalam DUN, bukan tunggul lagi tapi tak ubah macam alas kaki saja. Melayu ditekan, melayu dihimpit .. berani kah wakil melayu dalam DUN melawan arahan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng menjadi Maharaja Cina di Pulau Pinang

Tetapi selepas anda membentuk barisan kabinet baru, kenapa orang2 yang sama yang telah mengundi Umno pada PRU13, kini tidak lagi senang dengan anda, tapi tidak dengan Umno. Pasti ada yang tak kena dengan anda wahai DS Najib. Mahasabah lah diri anda. Zaman wakil rakyat atau YB nak berlagak sombong dah berlalu.

Wahai DS Najib

Tolong lah tolong. Jaga kemuliaan institusi raja2 melayu. KDYMM Yang Dipertuan Agong dihina, apa tindakan anda ? Institusi2 yang sedia ada di naungi oleh raja2 melayu dan Yang Dipertuan Agong, jangan sekali2 diusik. Perbuatan anda meletakkan SPR dibawah kawalan parlimen, ini tindakan menghina mertabat serta maruah Yang Dipertuan Agong, kami tidak undi Umno untuk membolehkan anda memijak2 kedaulatan raja2 melayu. Bangsa melayu dihina oleh guru bangsa cina komunis, apa tindakan anda ? Tapi bila satu orang cikgu melayu dalam perhimpunan di sekolah beliau mengajar telah mengeluarkan nasihat yang mengingatkan kaum pendatang tentang untung nasib mereka dinegara ini, beliau dituduh rasis dan tindakan serta merta diambil.

DS Najib

Anda jangan hanya berani merotan bangsa sendiri, sedangkan bangsa lain (cina dan india) nak menjentik pun anda tak berani.

DS Najib

Jangan ingat melayu2 yang telah mengundi Umno pada PRU13 tidak tergamak mengkafankan Umno pada PRU14 sekiranya, Umno gagal menjaga hal2 berkenaan melayu dan raja2 melayu. Melayu hari ini dah banyak belajar daripada pengundi cina. Kalau pengundi cina boleh berpakat secara diam2 untuk memenangkan DAP, bukan mustahil pengundi melayu boleh memenangkan Pas asalkan Pas bersedia berpisah daripada DAP.

DS Najib

Anda jangan buat keputusan sorang2. Minta pendapat serta pandangan ahli MKT Umno sebelum buat sesuatu keputusan. Ahli2 MKT Umno pula, jika cadangan Najib tidak menguntungkan melayu, jangan takut untuk mengatakan " TIDAAAKKKK ". Parti Tunggal sebagai contoh, terbela kah nasib dan masa depan bangsa melayu jika ianya dilaksanakan ???????

DS Najib

Janji kami kepada anda hanya satu. " Anda Jaga Melayu, Melayu Pasti Akan Jaga Anda ".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Kawan kita tu cium tangan Rosnah bukan kerana hormat. Tapi ....(dia saja yang tahu). Dalam islam tak ada di suruh bukan mahram bersalam apa lagi lah sampai cium tangan. Daripada nak cium tangan baik cium tempat lain, ada juga faedahnya.

Anonymous said...

Apa saja isu yg berlegar di sekeliling pemimpin akan dijadi mainan modal bahan cerita fitnah semuanya. Sama saja sama ada di BN maupun pembangkang. Hanya kita harus guna akal dan membezakan yg mana bersifat peribadi atau melibatkan langsung pentadbiran.

Adakah modal cerita yg diungkit melibatkan kerosan besar atau setakat mainan mulut seseorg utk mencari bahan cerita dan diperbesarkan.

Cepat melatah tanpa berfikir akhirnya keputusan yg diambil mungkin tidak menggunakan akal waras. Terserah kpd anda utk menilaikannya.

Payah sulit sukar..mungkin mustahil utk kita mencari pemimpin seperti rasulullah 4 khalifah utama. Tapi kita pilihlah yg risikonya kecil yg boleh menghancurkan Islam Bangsa Negara.

Saya tak akan memilih hanya dimulut pandai berkata kata...bukan LGBT..tidak memudah
murtad dan tidak akan menjual kalimah Allah.

Anonymous said...

Ini semua angkara durjana si laknat DAP kit-SIAL/PKR yang tak habis JILAT kaki kudis-bernanah Barat-Zionis! Mereka benci benar isteri tercinta PM kita, kerana dia seorang Islam/Melayu, yang sentiasa kuat di belakang suami sebagai PM kita. Kita tak pernah pula menghina isteri-isteri pemimpin-pemimpin bukan Melayu/bukan Islam dengan hina - betullah, si DAP kit-SIAL/PKR ini yang makin ganas baik berambus!

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

tuan haji, buat surat terbuka kerana apa yg tuan katakan tu sememang benar!!! moga2 ds najib ambil perhatian.
wslm