Saturday, June 29, 2013

Raja Lawak Musim Ke 7 - Isma Alif TAK Layak Jadi Juri Profesional...! Buat Lawak Bodoh OUT OF DATE

Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir malam tadi...

Siapa jadi Juara..? Ramai tak tahu, lebih tepat kalau diungkapkan seperti ini "ramai tak mahu ambil tahu sebab Raja Lawak musim ke 7 tak ada kualiti..!".

Berbeza dengan dengan musim musim yang lepas, penampilan peserta peserta yang bersaing menarik minat penonton untuk mengikuti persembahan mereka. Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka...

Paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional...!

Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu....

Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya!

Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat. Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif....

Berbeza pula dengan cara Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri...

AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.

Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah...!

Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.

Apa ASTRO dah buat...?


12 comments:

Anonymous said...

Sokong statement anda..dia tahu menyanyi ntah merepek apa ntah, lps baru komen..komen dh la sikit je nyanyi saja yg lebih..tp dia still ada bakat cuma tk kena utk jd juri..

usin said...

raja lawak musim ke 7 ada ke? kan ke musim ke 6 adalah yg terakhir? bodo la astro, selalu tipu penonton. konon lepas ni dh xde raja lawak. dgr kata, akademi fantasia pun ada lg selepas dah ditamatkan musim sebelumnya. jom kita pakat2 ban astro nak. langgan x-trow lagi bagus. hahahahaha

Man Sapu said...

Patut letak Mat Sabu jadi juri jemputan, lagi lawak!!!

Anonymous said...

Dah alang2 letak mat sabun, letak la skali mahpos omar. Baru real raja lawak.

Anonymous said...

Ostat Mekdi pun bole jadi juri.

Anonymous said...

sokong azhar idrus sami tokkong patut jadi ketua juri raja lawak musin ke 8 ha ha hah

Anonymous said...

Ostat bejentat queenguling jam 0300 is beter then the best untuk musim akan datang.

bl0gger :) said...

raja lawak musim 7 memang hampeh..
aku tengok sekali je.. lepas tu terus tak tengok sebab tak minat dengan persembahan lawak mereka.

Anonymous said...

Cadang Mahpus Omar jadi juri.

Anonymous said...

mana aci org melayu jer jd juri...ajak sekali ler talibarut negara lim guang nu ink dan kapal sink....baru 1 malaysia hahaha....podeuser pun tukar laganti ngan aljuburi taik hahaha...

Anonymous said...

Apa pun aku tak ambil kisah siaran ASTRO sebab aku dah humban jauh-jauh ASTRO ke dalam longkang.

Anonymous said...

Idea yg bagus daripada komen-komen di atas. Apa kata raja lawak musim berikutnya ditampilkan pelawak-pelawak PRU-13.....lagi baeeeek....