Sunday, June 2, 2013

Sekarang Baru Wan Azizah Faham Kenapa Menteri KDN Dan Ketua Polis Negara WAJIB Bertegas....

Perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang bertujuan menghasut kepada keganasan merupakan cerminan terhadap penolakan keputusan Pilihanraya.

Apa yang pasti, setiap yang dilakukan oleh pakatan pembangkang jelas melanggar undang-undang dan mencabar ketegasan kepimpinan keselamatan dalam negara.

Namun, satu tindakan tegas yang diambil dan amaran yang diberi tidak memberikan kesedaran untuk mereka berhenti melakukan kekecohan ini. 

Budaya melanggar undang-undang dan mereka fahaman mereka sendiri mengundang satu kesan yang buruk buat negara yang sedang pesat membangun.

Walaupun mereka cuba mengatakan perhimpunan yang dilakukan adalah merupakan perhimpunan yang aman, namun secara rational ia bukanlah satu jaminan tidak akan berlaku sebarang huru-hara.

Ini kerana kehadiran yang ramai akan menyebabkan pihak penganjur GAGAL mengawal suasana.

Lihat sahaja apa yang berlaku ketika seisi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA 2013 antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.



Kegagalan pihak penganjur mengawal keadaan telah menyebabkan berlaku insiden kekecohan sehingga menyebabkan perlawanan yang diadakan itu terpaksa ditunda. Ia berpunca dari kehadiran penonton yang melebihi had yang dibenarkan serta tindakan segelintir yang bertindak agresif sehingga mencetuskan suasana tegang.

Sedangkan mereka yang hadir sepatutnya patuh dan hormat kepada undang-undang dengan tidak bertindak mengikut nafsu dan hati sendiri. Kesannya, ia akan menjejaskan keharmonian negara dan mengundang kepada rusuhan besar-besar jika berlakunya sedikit pertempuran yang tidak dijangka.

Budaya begini jika menular akan mewujudkan satu suasana yang tidak terkawal dan secara jelasnya akan memberikan kerugian besar kepada negara. 

Sebagai pakatan Pembangkang yang terdiri daripada ramai golongan bijak pandai dan berilmu, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sekarang.

Demonstrasi jalanan dan himpunan haram tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya akan menambahkan lagi kekacauan dan kesusahan kepada rakyat khususnya.

Kerajaan sudah menyediakan saluran-saluran yang betul bagi rakyat yang mempunyai keraguan mahupun bantahan....

Hanya perlu menghormati undang-undang dan menjalani dengan baik serta melalui saluran yang betul sahaja, dan perkara itu jauh lebih mudah dari melanggar undang-undang.

Menyemai unsur negatif yang berbaur hasutan terutamanya kepada golongan muda sama seperti menyiram minyak ke dalam api.

Pembangkang harus memikirkan cara yang lebih bertamadun dan profesional bagi menangani perkara ini, iaitu melalui undang-undang. Seperti yang semua maklum, tiada siapa yang mengatasi undang-undang.

Itu adalah jalan mudah dalam menghadapi bantahan sebegini.

Dalam negara juga wujudnya Parlimen yang membolehkan semua ahlinya membahaskan cadangan dan mengutarakan pendapat secara halal. Memang sudah ternyata, cara ini berjaya mendatangkan hasil tanpa mengganggu gugat keselamatan awam dan juga negara.

Sudah tiba masanya pakatan Pembangkang untuk lebih serius dalam kerja dan menghormati undang-undang yang ada termasuk institusi-institusi tertinggi dalam negara.

13 comments:

Anonymous said...

Dah namanya pembangkang, mana la nak setuju dengan kerajaan. Habis semua di bangkangnya dan memberontak, kalau bole kereta polis tu pun nak dikunyah kunyahnya sebab geram tahap babi. Hampir kesemua pembangkang adalah ekstremis haluan kiri maka pedulik apa mereka pada undang2 yang sedia ada...? Kalau diorang dah berkuasa maka di ubahsuai undang2 ikut fahaman selera diorang yang berhaluan kiri.

Anonymous said...

Melayu Tolonglah "Buka Mata, Buka Minda".

Saudara Pemilik Blog,

Izinkan saya menyumbang idea mudah2an ia memberikan kebaikan kepada kita semua.

Bukan hendak menyebelahi Umno. Tapi saya ingin mendedahkan fakta. Dalam usia saya yang sudah menjangkau senja, ini lah yang saya nampak kebajikan terhadap islam yang dibuat oleh sebuah pertubuhan politik yang di label sebagai "TOLAK ISLE".

Apa yang Umno tak buat untuk pembangunan dan kemajuan islam di negara ini semenjak dari mula Umno menjadi kerajaan ? Bermula dengan membina surau diikuti dengan membina masjid. Bermula dengan Sistem Pengumpulan Zakat diikuti dengan memperkenalkan Sistem Perbankan dan Pembiayaan Cara Islam. Bermula dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti dengan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh dan disudahi dengan penubuhan Universiti Islam Antara Bangsa. Dan banyak lagi yang dibuat oleh Umno demi untuk memperkasakan islam dinegara ini meliputi juga urusan ekonomi umat islam. Saya tak mampu hendak senaraikan satu persatu disini .. terlalu banyak wahai saudara.

Walau pun begitu, masih juga Si Tua Bangka itu berulangkali membuat kenyataan, " Umno tolak isle ". Barangkali Si Tua Bangka tu, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli, ada hati tapi benak .. itu lah istilah yang paling cantik yang dapat saya sebut sebagai merujuk kepada karektor Si Tua Bangka tersebut.

Hanya Setan sahaja yang tidak mahu menerima dan mengakui kebajikan dan kebaikan yang seseorang buat untuk islam. Pada hal perbuatan mengalihkan sebatang ranting kayu yang melintang di atas jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya pun di terima sebagai kebajikan dan ibadah oleh islam, apa lagi lah kepada pihak yang mengadakan surau, masjid, sekolah dan bermacam2 lagi untuk kemudahan manusia (islam dan bukan islam). Apakah itu bukan kebajikan atau ibadah ?

Minta maaf kerana saya agak keterlaluan. Tetapi saya tidak ada pilihan. Kekadang terlintas di hati kecil ini, adakah Si Tua Bangka itu Setan yang menjelma dalam bentuk manusia yang fizikalnya islam tetapi tingkah lakunya dan hatinya Setan.

Kita wajib menerima bahawa, "Setan boleh menyerupai malaikat, Setan boleh menyerupai orang alim, Allah membenarkan itu untuk menguji keimanan kita" TETAPI "Allah mengharamkan Malaikat menyerupai Setan atau Orang Alim menyerupai Setan".

Sifat nyata Setan adalah, "tidak mahu berdamai bila diajak, tidak mahu bersatu bila diminta, bila bercakap selalu putar belit, ulamak lain semua tak betul hanya dia saja yang betul, dan banyak lagi sifat2 Setan yang dipamerkan oleh Si Tua Bangka tu".

Hj Ariffin

Anonymous said...

Kepada pegawai penguatkuasa, particularly the police force. You are commissioned and paid to enforce the law,by all means. Legislative passes the law, the court preside and interpret the laws passed by legistive, the AG Chamber is empowered to prosecute and You "the Police Force" are empowered to investigate and enforce the laws while the oppositions will oppose till the end of the day (until they become the government) So to our enforcement officers,carry out your job without fear or favor.

Anonymous said...

I 2nd that

Anonymous said...

Sdr "Melayu buka mata"

Majoriti Rakyat Melayu dan Bumiputra bersetuju dengan pandanga saudara. Manifestasinya BN kekal memerintah selepas mengharongi "the mother of all PRU" Kalau benar-benarlah pihak pembangkang diterima majoriti Rakyat mereka dah jadi kerajaan lepas PRU 13. Itu namanya ketentuan Allah SWT. Bagi mereka yg tidak menerima ketentuan Allah SWT itu boleh dianggap "KUFUR" TERHADAP QADA' DAN QADAR' Allah. Itu sebab PAS tak berani nak menentang arus...perhatikanlah.

Anonymous said...

RAKYAT MALAYSIA KHAS NYA ORG MELAYU PEMBAKANG BUKAN SANGAT MAHU MEMBELA NASIB RAKYAT MEREKA HANYA MAHUKAN SOKONGAN PEMIMPIN MEREKA MAHUKAN KUASA DAN KEDUDUKAN TERUTAMA DAP MEREKA BUKAN SANGAT MAHU MEMBELA NASIB RAKYAT TERUTAMA ORG MELAYU/INDIA TAPI MEREKA LUPA BANYAK PERKARA YG TAK PERNAH MEREKA TERANGKAN KEPADA BANGSA MEREKA YG BUTA SEJARAH DAN TIDAK FASIH BAHASA MELAYU NEGARA INI ADA BERAJA NEGARA INI ADA PERLEMBAGAAN NYA SENDIRI ITU DAP TAK TERANGKAN KEPADA BANGSA CINA KALAU NAK UBAH PERLEMBAGAAN KENA PERKENAN 9 RAJA RAJA MELAYU BARU BOLIH PINDA DAN UGAMA ISLAM ADALAH UGAMA RASMI BAHASA MALAYSIA BAHASA PENGHANTAR KAUM MELAYU ADA LAH MEJORITY DAN KAMU CINA DAN KAMU KAUM LAIN ADA LAH MENORITY ITU DAP TAK BAGITAHU PADA BANGSA CINA DAN BANGSA CINA JANGAN BESAR KEPALA DI NEGARA INI.

Anonymous said...

Yang memberontaK dalam perhimpuan haram...yang merusuh...Kebanyakannya MELAYU.....

Muka Melayu je yang banyak muncul...

Di Malaysia...Melayu itu terang-terangan Beragama ISLAM...
Adakah ini yang mereka belajar di Kelas Agama ?
Adakah ISLAM membenarkan ini berlaku ?

MELAYU...Adakah anda masih belum SEDAR dari mimpi ?

Bangsa lain dok sibuk berniaga...yang hampa sibuk bergaduh di Stadium....

Anonymous said...

Ketegasan Zahid Hamidi adalah punca pembangkang makin sengsara dan pening kepala.

Kalau dah awal Zahid jadi MDN, sudah selesai masalah.

Tapi tidak, sepupu jugak dipeluk dijaga dibela dan bakal dijadikan PM.

Itu lah perjuangan.

Anonymous said...

TGNA kata taakan bersatu dgn umno selagi dia hidup.Bukan kah semua umat Islam bersaudara. Apa kah jenis manusia ini sama-sama kita fikirkan.

taiklembu said...

Kalau tak mengganas di jalanan bukan pembangkang aka PR namany,sedangkan ketua umumnya seorang pengganas jalanan,pengganas bisrksual penggigil dan penerkam terkenal sejak awal pembabitannya dlm politik sehingga kini.Bila pemimpin kencing berlari sudah tentu pengikut akan kencing melompat.

Anonymous said...

tu belum tegas lagi......TANGKAP & SUMBAT dlm penjara baru ngam....kat luar negara pengacau macam pembangkang ni dah kena tembak tau....

Anonymous said...

jersi pahang leh bw solat ker? coz dl jersi liverpool xleh bw solat..pastu company ape plak yer yg sponsor tu

Anonymous said...

demontrasi haram.
menipu halal?
lihat dan selidik dahulu demontrasi untuk apa..