Saturday, June 8, 2013

Selepas Kalah Bertanding PRU 13, Saifuddin Nasution Ditanggung Oleh Kerajaan Selangor Nak "Cover" Gaji Bulanan Beliau....?

Tugas dan jawatan yang bakal disandang Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di pejabat Menteri Besar Selangor hanya akan ditentukan selepas sesi mesyuarat yang akan diadakan minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun membayangkan antara tugas yang bakal dilakukan Saifuddin ialah membantu meningkatkan penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar bandar.
Perlantikan Saifuddin bukan lagi ura-ura. Saya akan adakan perbincangan dengan Saifuddin dan disertai pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen).

“Perbincangan itu untuk menerangkan bagaimana kebajikan yang boleh dilakukan oleh beliau dalam usaha untuk tingkatkan penglibatan kerajaan negeri dalam pembangunan desa dan luar bandar," kata beliau tanpa menyebut jawatan sebenar yang bakal disandang Saifuddin.

Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai Saifuddin yang dikatakan akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pertama selepas Pilihanraya Umum Ke-13 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kelmarin.

1 comment:

Anonymous said...

Mat Sabun kerajaan PP tanggung Saifuddin selangor pula tanggung macamana yang lain2 Din Pudu dan ....