Saturday, June 1, 2013

Siapakah Yang Sebenarnya BUNUH Karier Politik Dr Khir Toyo....?

Dalam kes mahkamah dr Khir Toyo, apa yang Blogger MIK faham mengikut bahasa mudah atau sembang sembang biasa, secara lebih kurang bunyinya boleh dihuraikan begini;
Sewaktu Sam beli sebuah rumah banglo keadaan rumah itu sempurna [completed buiding] dan berharga RM6 juta. Selepas membeli Sam buat uba suai [renovation], ada melibatkan kerja meroboh rumah lama... 

Tetapi secara tak disangka Sam alami sedikit  masalah kewangan membuatkan beliau tak mampu untuk siapkan pembinaan semula rumah tersebut.

Sam telah ditemukan dengan Khir dan membuat tawaran untuk Khir membeli rumahnya itu....

Pada awalnya Sam mahu menjual dengan harga yang sama RM6 juta. Khir tak setuju dengan harga tersebut disebabkan ketika itu keadaan rumah tersebut separuh siap, roboh sana sini dan terbengkalai. Khir menyarankan dilantik jurunilai bertauliah untuk membuat penilaian keatas harta tersebut.

Jurunilai yang bertauliah itu pun menailaikan harta tersebut pada harga RM3.5 juta. Khir menawarkan harga tersebut kepada Sam yang mempunyai pilihan untuk tidak bersetuju. Tetapi hakikatnya Sam setuju dan berlakulah persetujuan untuk dilalukan perjanjian jual beli pada harga RM3.5 juta.

Ini adalah senario "willing buyer met the willing seller". 

Nak dijadikan cerita Khir ada musuh politik berbangsa cina yang menyalak-nyalak mengatakan rumah Khir yang siap dibina itu harganya RM20 juta. Berkompang riuh rendah siap buat demonstrasi didepan kediaman Khir tanpa ada rasa hormat langsung keatas privasi seseorang individu.

Untuk membuktikan kepada cina yang menyalak itu kununnya kerajaan kita telus, kunun SPRM telus, kunuun Mahkamah telus maka bermulalah sebuah Al Kisah....

Dipetik dari penulisan Dr Khir Toyo....

Putus Sudah Harapan?

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya. 

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam. 

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya. 

8. Rahim and Co dan HSBC menilai rumah tersebut pada harga RM 3.5 juta. Penilai Rahim and Co memberi keterangan terperinci dalam Mahkamah mengenai cara penilaian dibuat. Keterangan beliau tidak dicabar oleh Pendakwa Raya. Malangnya ia tidak diambil pakai oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

9. Sepanjang tempoh perbicaraan ini terdapat 4 nilai harga rumah tersebut dibawa oleh pendakwa raya. Pertama ialah harga RM 6.5 juta, harga yang dibeli oleh Shamsuddin daripada pemilik pertama. Harga kedua, ialah RM 5.2 juta yang kononnya dibuat oleh Trans Asia atas permintaan Shamsuddin sebelum pembelian dilakukan. Shamsuddin tidak pernah menunjukkan kepada saya laporan tersebut dan ini diakui sendiri oleh beliau di dalam Mahkamah.

10. Pendakwa raya juga membentangkan laporan oleh Henry Butcher yang dibuat pada 2009, iaitu hampir 3 tahun selepas rumah tersebut saya beli dan siapkan.

11. Peguambela saya membentangkan dua nilaian. Satu daripada Irhamy and Co yang menilai rumah tersebut sebanyak RM 4.3 juta semasa Shamsudin membeli rumah tersebut pada 2005. Nilaian ini dibuat setelah Shamsuddin memohon untuk melakukan pinjaman cagaran ke atas kediaman tersebut dengan Maybank.

12. Nilaian kedua adalah nilaian Rahim and Co sebanyak RM 3.5 juta yang dilakukan ketika saya membeli rumah tersebut yang separuh siap apabila Shamsuddin meroboh dan membina semula.

13. Saya masih ingat tulisan dan pertanyaan seorang penulis sebuah portal yang menulis artikel bertajuk Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim? Saya tidak pasti jika hakim menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

14. Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, "Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi."

15. Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik. 

16. Panel Hakim menyatakan hakikat saya mengetahui rumah tersebut sebelumnya ditawarkan kepada saya RM 7 juta dan Shamsuddin membeli dengan harga RM 6.5 juta menunjukkan saya mengetahui balasan yang saya berikan tidak mencukupi.

17. Apakah masuk akal untuk saya membeli rumah separuh siap dengan harga rumah yang siap bersama perabot dan kolam renang yang dibeli Shamsuddin pada 2005? Jika berdasarkan pertuduhan inilah kesalahan saya. Namun sehingga dua Mahkamah saya lalui, tiada satu pun bukti menunjukkan harga RM 6.5 juta tersebut merupakan harga pasaran yang sebenar. 

18. Empat orang hakim masih tidak boleh memberi saya tanda aras apa yang sepatutnya saya guna untuk membeli rumah tersebut. Jadi bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang boleh membuat keputusan yang tidak menyalahi undang-undang?

19. Dan jika nilaian oleh penilai bebas yang bertaraf antarabangsa seperti Rahim and Co dan bank antarabangsa seperti HSBC tidak boleh diterima pakai oleh Undang-undang dalam menentukan nilai sebenar hartanah tersebut, keadilan apa lagi yang mahu kita cari?

20. Saya percaya saya akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa. Cuma saya berharap panel lima hakim akan datang menyatakan dengan jelas apakah tanda aras sebenar balasan tidak mencukupi tersebut. 

21. Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

22. Tapi sekurang-kurangnya saya berharap para Hakim akan memberi penghakiman yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi seperti saya - mangsa yang boleh  dimanipulasi untuk kepentingan politik!

Rasuah

23. Walau apa pun tanggapan mereka yang tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah. Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal. 

24. Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah. 

25. Rasuah apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama ke atas syarikat milik Shamsuddin dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak. 

26. Shamsuddin memohon pengecualian Bon dan disokong oleh saya tetapi ditolak oleh PKNS. Jadi untuk apa Shamsuddin merasuah saya? 

27. Malahan dalam keterangan Shamsuddin, beliau sendiri mengakui bahawa beliau yang menawarkan untuk menjualnya kepada saya, bukannya saya yang meminta untuk membeli.

28. Memanglah ada "rempah ratus" pendakwa raya dari saksi-saksi yang bermusuhan dengan saya atau terpaksa kerana telah didakwa bersama saya terlebih dahulu. Namun hakikat utama dalam kes ini bahawa saya membeli rumah dengan balasan tidak mencukupi masih merupakan satu kenyataan yang sangat kabur.

29. Saya bangga sekurang-kurangnya saya membeli rumah dengan titik peluh saya bukan menggunakan wang kerajaan. 

28 comments:

Anonymous said...

Saya beli rumah yang sedanggg ! sedanggggg sajaaaaa !!

Anonymous said...

Satu kesalahan seorang penjawat awam beli rumah

Anonymous said...

mesti dua se pupu pondan punya kerja untuk selamatkan diri dan konon imej baik benteras rasuah

bila nak siasat balaci gangster cina, Ku Nan? kaki ciluk si JJ? kaki ambik komisyen Shaziman? Nazri 3 ribu AP teksi?

si jawa tu dahlah letak jawatan, kalah pemilihan pemuda umno, tak ada jawatan bahagian lagi dan tak tanding pilihanraya.

dah mati, tapi zin badak dan noh omar kasi bunuh orang2 dia yang baik.

tak puas, nak dimasuk penjara pula si khir toyo.

rasany apasal dia jawa

Anonymous said...

Duit 3.5 juta beli rumah datang dari mana? Ada declare asset untuk perhatian umum tak?

Itu yang rakyat persoalkan, bukan soal teknikaliti macam willing seller willing buyer.

Perlu ingat, 95% lagi ahli UMNO akar-umbi cari makan cara yang sah. Jangan kerana segelintir kera yang dapat bunga (kuasa), maka parti keramat yang dah banyak tolong orang Melayu sejak berzaman lagi ni diterbalikkan oleh rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Datok seri..

Saya pnh dsiasat SPRM atas sbb hampir sama spt datok

Sesungguhnya..agak sedih jugak bila SPRM dijadikan alat pemuas nafsu bg sesetengah pihak

Anonymous said...

Fakta : Duit RM 3.5 juta tu datangnya dari pinjaman Bank HSBC...

shamshul anuar said...

Anonymous,

"..Duit RM3 juta datang dari mana?


RM3 juta dari pinjaman HSBC. Saya fikir mana mana bank akan beri pinjaman pada seorang ketua kerajaan.

Dan Dr khir pun bukan papa kedana. Sebelum jadi ADUN pun dia boleh dikatyakan berduit juga. ada klinik sendiri.

Saya tak tahu dimana silapmya. Valuer yang bertauliah sendiri sebut harga nilai pasaran rumah yang sedang di"renovate" itu RM3.5 juta.

Bagi saya Dr Khir tak salah apa apa pun.

Anonymous said...

dia sendiri bunuh karier dia..
masa mula2 dulu cukup bagus. lepas tu, angin takabur naik kat kepala, duit berarak depan mata, penasihat jadi punahsihat terus lah buat yang bukan2.
niat dan iman tak kuat..
jawablah sendiri.
bukan senang jadi pemimpin. banyak dugaan...

Anonymous said...

Salam,
Rasa-rasanya kalau Dr Khir beli pada harga rm6.5j, akan dituduh beli pada harga yang lebih tinggi dari pasaran pulak. Tuduhannya adalah Dr Khir nak tolong kroni sehingga sanggup beli rumah separuh siap pada harga siap.

Kemungkinan ini boleh jadi juga jika ada musuh yang memang nak cari peluang utk menjatuhkan Dr Khir

muhammad..

Anonymous said...

Dalam kes ini,Khir Toyo di pihak yg betul.Kalau ada perkara lain ,buat kes yg lain pula.Kita kena berlaku adil,bukan komen sembarangan.

Anonymous said...

3.5 juta tu kan harga rumah.khir tu buat pinjaman ngan HSBC. tau cara nak beli rumah tak ni.ke jenis org ug mengharap rumah murah je.kalau macam ni cam me org melayu nak ade aset.biasanye kita kena sediakan 20% je dari harga rumah tu untuk deposit.bayar lawywr fee.ade 2 lawyer dlm urusan ini.sbb khir nak heli rumah cara bwrhutang.ngan bank.kalau beli cash 1 lawyer je.setiap pembelo memang nak jarga yang terendah.meh datang jb cam ne nak beli rumah.untung pe khir dapay beli harga rumah dengan harga cam tu.

Anonymous said...

Anon.. 3.5juta tu dia buat loan bank la bodo... Biasala kat kl rumah lebih 1juta 2juta 3juta... Rumah aku pun 1.6juta.. Aku lihat ada komplot memusnahkan khir toyo mb yg sangat rajin dn ulta melayu ni... Jahanam hakim2 tersebut.

Anonymous said...

Pemimipin politik dan pekerja-pekerja JPAwam Melayu dan Bumiputera lain kenalah berhati-hati supaya jangan diperangkap musuh durjana melalui 'rasuah'. DAP Kit-Sial/PKRkan banyak loya-loya dan majistret mereka yang memang mainkan undang-undang macam sampah, tetapi tujuan utam mereka, nak menjatuhkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain serta Islam!

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).




Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat tuan.ramailagi orang melayu yang tak tau berjual beli hartanah rupanye.BIRO ekonomi UMNO kena rurun padang terangkan pada ahli cam ne nak berjual beli hartanah.jangan dok diam je.kata nak tolong melayu berjuang utk melayu.ade.kouta UMNO sendiri sapu
kalau tak pun nak duit bawah meja.

Anonymous said...

3.5 juta loan bank lah.Kalau nak question dia mampu byar ke tak ansuran tu, tengok gaji dia lah as MB and other jawatan.Dia bukanlah penasihat ekonomi Rm1 mcm anwar tu.Mak sy beli rumah hrga Rm1 juta bwh nama dia dgan gaji Rm11k.Boleh byar ansuran.Ni kan Khir Toyo dgan pelbagai jawatan di samping MB untk Rm3 juta.Nak buat macam mana kalau dah hartanah kat selangor mmg mahal.Habis Melayu x perlu ada asset??
Ada logik juga apa yg dia cakap as MB mestilah semua kenal dia.Developers mesti kawtim dengan dia.Kalau guna alasan tu macam mana dia nak beli rumah?Nak cari org yg tak berkepentingan dengan dia??ohhh..
Pastu hairan jgak, apesal tengok semua blog bla ckap psl kes ni kata Dr Khir ambil rasuah.Terang2 ni hukan kes rasuah.Weh apesal orang BN sendiri nak busukkan nama geng dia?
Diharap Dr Khir fikir penyokong2 akar umbi.Tetus istiqamah tak tinggal parti.Parti tak bersalah.Peneraju dia yg create masalah n busukkan nama parti.Semoga Dr terus tabah!!

Anonymous said...

sprm....? Secara peribadi saya terlibat dlm temubual mengesahkan satu kes profil tinggi. Akhirnya, tak ada kes. Saya hantar bertukar emel dgn top 5 dlm sprm. Selepas berkali2 diambil kenyataan - kesimpulan saya sprm ni kong kali kong je.. Amat membuang masa berurusan dgn mereka...

Anonymous said...

Inilah masalah kebodohan Najib. Dia nak tunjuk kat kaum cina bahawa BN anti rasuah.Ptuihh...Segala aktiviti aharm oleh kaum cina seperti pelacuran,judi,ahlong dsb tak pula di ambil tindakan.tak habis2 nak jilat punggung cina.PRU 14 nanti UMNO akan bungkus.

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

takpa DSKT.. Allah Maha Adil dan Saksama. Mungkin ada hikmahNya. Sekarang sebagai khalifah di dunia telah difitnah dan dihukum..harap2 diakhirat kelak...kebaikan dan kemuliaan akan diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya yang redha ketentuan dan ujian.

Anonymous said...

Entahlah Tok Jib ni gentleman tapi tapi tapi ke aku salah undi..kalau tak berupa polisi beliau rasa nya PRU14 tinggal nama aje kot..dah dah lah berbakti pada yang tak sudi majukan kaum sendiri, mertabatkan islam dan yang paling penting..TEGASlah sikit..aku nampak dari zahir aje tapi tak taulah di....., kes Khir ni kalau ikut hukum akal kampong tak salah mana pun tapi kalau ikut akal politik mai ai rasuah tu..tapi kalau dia bukan mantan MB ada korang kesah..mana mana MB yang nak beli hartanah gunalah nama cucu ke cicit ke..ikut stail Cina DAP..selamat..

Anonymous said...

x pe dato..sabar je la..sy bukan penyokong kuat dato pun..tp bila baca n ikuti kes ni, rase x de salah pape..puak pembangkang je meroyan, nak2 anjing2 dap mcm anon yg tak tau cara beli umah tu..dapat plak kerajaan persekutuan yang konon nk friendly dgn tuan anjing2 ni yakni dap..parah la..jadi x telus..nak puaskan hati musuh, kawan yg merana..

Anonymous said...

Beli rumah juta juta skrg biasa la. Aku pun beli rumah jugak 2.5 juta pki loan bank. Aku yg bukan mb pun mampu berhutang dan byr ansuran dgn gaji aku yg bukan orang kenamaan. Apa masalah plak khir toyo yg nak beli mcm tu bukan dia beli tunai yang mungkin meragukan. Ckp mmg la senang sbb kaki kutuk bodoh ni tak pernah beli rumah harga jutaan ringgit. Itu sbb bila ada org lain beli mula tuduh rasuah dl. Ko ingat mcm beli runah murah zaman 70an yg harganya 10k ke? Itullah sebab bila nak nengulas kena ada pengetahuan dan pengalaman. Kalau tak nampaklah komen yang tak cerdik tu. Cina beli puluh-puluh juta tak pulak nak kisah...korek la sampai lubang cacing. Ingat melayu tak mampu ke beli rumah juta-juta.....dasar batu api....

Anonymous said...

Dlm penerangan kes di ats rsa memang x hal apa,bkn dia bli cash pun yg smua nk menyalak,buat loan lg..cuma tu lah x kna tempat dn msa jd la mangsa.knpa tggi sgt dengki sesama kita,kalau dia mampu bli rumah mewah dgn hasiltitik peluh dia apa la sgt yg orng duk kecoh,ingt dia pun dr. Msa tu menteri besar pulak.knpa kta x bising kalau kaum mata sepet blh bli rumah besar di kawasan bandar..menteliti melayu perlu di betul kan

Jane Duncan said...

Inilah akibatnya meletakkan otak-otak mediocre Melayu yang hanya nak melepaskan tekak sendir!! Saya sangat bersimpati dengan kes Datuk Khir . Tapi inilah hakikatnya ketidak bolehan kononnya profesional Melayu dalam menilai hujjah, ketidak bolehan memberi argumen, ketidak bolehan mempertahan apa yang benar dan apa yang salah, dan lebih penting tiada kejujuran dan kesetikawanan! dan dalam keadaan genting mencari jalan supaya diri mereka tidak terbabit dan segera mengkambing hitamkan orang lain supaya pengecut-pengecut ni boleh come out clean! apalah sengkeknya perangai Melayu! Dengan Cina jangan harap nak tolong Melayu dalam keadaan macam ni!!

Jane Duncan said...

Inilah akibatnya meletakkan otak-otak mediocre Melayu yang hanya nak melepaskan tekak sendir!! Saya sangat bersimpati dengan kes Datuk Khir . Tapi inilah hakikatnya ketidak bolehan kononnya profesional Melayu dalam menilai hujjah, ketidak bolehan memberi argumen, ketidak bolehan mempertahan apa yang benar dan apa yang salah, dan lebih penting tiada kejujuran dan kesetikawanan! dan dalam keadaan genting mencari jalan supaya diri mereka tidak terbabit dan segera mengkambing hitamkan orang lain supaya pengecut-pengecut ni boleh come out clean! apalah sengkeknya perangai Melayu! Dengan Cina jangan harap nak tolong Melayu dalam keadaan macam ni!!

Anonymous said...

3.5 juta...

Katakan bayar 10% downpayment, 350k, tinggan 3.350 juta. Bahagi 20 tahun. Khir Toyo boleh dapat 20 tahun ke dari bank? Umur pun dah lanjut. Cincai laa 13k sebulan. Itu baru principal. Belum masuk interest lagi.

Kayanya boleh pinjam dari HSBC sebanyak tu. Bulan-bulan bayar berapa? Kan dah tak jadi MB. Pencen MB dengan Adun berapa? Boleh ke bayar tu dengan gaji klinik doktor gigi?

Gaji PM pun 20k sahaja. Jawatan MB sama level dengan Timbalan Menteri federal. Dalam 10k sebulan. Elaun jangan kira laa. kira gaji pokok sahaja. Katakan pencen 4k. tambah gaji adun 5k, pencen tinggal 2k. Pencen MB + pencen Adun = tak sampai 10k.

Haiii... takkan nak perlekeh pihak berkuasa kononnya ada orang nak kenakan dia? Takkan nak main taktik Anwar kot? Semua konspirasi aja. Rakyat bukan bodoh.

Ingat Khir Toyo boleh perbodohkan rakyat macam Shahrizat? Kerana nak pertahankan segelintir pemimpin yang melencong, majoriti ahli UMNO kena tanggung sengsara.

Sayang sekali Selangor dah 2 penggal melepas.

Anonymous said...

Saya nak tau aje rumah pemimpin pembangkang besar mana..mcm mana buat rumah..loan mana..harta buat rumah dr mana.

Pemimpin UMNO kena buat sama mcm tu juga...kalau ada kes pakatan...hantar org ramai ramai menjeri melolong dpn rumah dia org.

Kalau pemimpin byk mengalah ikut aje org makin kurang ajar. Jadi pemimpin harus berani kurang ajar ke org biadap.

Anonymous said...

Saya simpati dgn KT. Saya pun beli tanah di bawah market value. Harga yang dibida rm45k untuk 700m persegi. Tp apabila penilaian dibuat tanah ini bernilai rm69k. Saya hanya membuat loan utk nilai tanah yg ditawarkan oleh pembeli tersebut. Adakah ini berbentuk rasuah? Sedangkan tawaran harga dan jual beli dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Dan saya membuat satu lg pinjaman untuk membina sebuah banglo kecil di atas tanah tersebut selama 25 tahun. Sampai lepas pencen baru habis bayar.
Kes KT membuatkan saya simpati terhadapnya walaupun selama ini saya memang tak pernah ambil peduli.

Anonymous said...

Tuan,

cuba baca fakta kes seperti yg dinyatakan oleh AG semalam:

1) Ada bukti sahih (dan diterima sebagai bukti oleh mahkamah) bahawa Dr Khir telah berkenan kat rumah tu sejak 2004 lg dan telahpun tya original owner berapa harga nak jual dan owner ckp 7 juta. Dr Khir tak setuju dan mintak kurang tp owner taknak kasi kurang.

Tuan,
kalau ikut fakta kes (bukan ikut sembang2 kedai kopi), cerita mudahnya macam ni:

Tahun 2004: Dr K berkenan satu rumah. Tp harga mahal. Dia nak beli lebih murah tp tuanpunya taknak kurangkan harga.

Dr K ialah pengerusi PKNS. Sam ialah seorang peniaga. Dia ada buat keje untuk PKNS.

Tahun 2006: Dr K suruh Sam beli rumah tu dan suruh renovate ikut tema Bali (ini juga telah dibuktikan dlm mahkamah).

*kenapa sam ikut perintah Dr K?
*kenapa Sam sanggup tolong belikan rumah tu dgn guna syarikat dia dan keluarkan duit RM1.5 juta utk bayar renovation tu?
*kalau kita ditempat Sam, adakah kita juga akan buat begitu atau kita berpendirian.."aahh.. kalau lepas ni aku kena dapat rekod buruk kat PKNS, lantaklaa.. banyak lg tempat lain aku boleh cari makan..."

Well... soalnya lain orang lain pegangannya. Di pejabat, kadang2 kita tengok ada pegawai eksekutif yg sanggup tolong bancuh kopi bos semata-mata nak dapat 'rekod baik' di mata boss. Yg sanggup keluarkan duit poket untuk bawa saudara-mara boss bersiar-siar (sbb boss takde masa nak layan ahli keluarganya sendiri) hingga habis beratus-ratuspun ramai. Padahal, belum tentu akan dapat habuanpun dari boss. Semuanya kerana takut dapat rekod buruk dari boss.

Adakah orang2 seperti ni harus dianggap bodoh kerana begitu takut?

Selagi kita tidak berada ditempat mereka, selagi itulah kita tidak akan tahu dan faham kenapa mereka takut.

mengikut fakta kes, Dr K telah dianggap menggunakan kedudukan dia untuk mempergunakan Sam.
Bukti juga menunjukkan Dr K yg mahu loan RM3.5 juta dari HSBC utk beli rumah tersebut. Rahim & Co, sebagai panel penilai hartanah HSBC, diarahkan utk buat penilaian (diarahkan utk menilai rumah itu ngam-ngam RM3.5 juta).

Kenapa Dr K tidak nyatakan SEMUA fakta kes dalam blognya?
Hanya dia sajalah yg tahu.
Mungkin dia lupa nak catit semua keterangan saksi...
Mungkin dia tak dengar... mungkin dia tak mahu dengar...