Wednesday, June 5, 2013

Steady Zahid Hamidi...! Anwar Sudah Jem Laa Sekarang.....

Kerajaan akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis dalam menyoal siasat tahanan kes tembak, N. Dharmendran di sebuah lokap di Kuala Lumpur minggu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan semula itu perlu bagi memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipersalahkan sepenuhnya jika anggota yang terbabit melakukan siasatan di luar SOP yang ditetapkan.

Katanya, selain mencari jalan penyelesaian kes tersebut, langkah itu juga dapat memastikan nama PDRM tidak terus dicemuh oleh mana-mana pihak ekoran kesilapan individu yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

"Untuk menyalahkan pihak polis sepenuhnya dalam perkara ini adalah amat tidak adil, namun saya beri jaminan kepada masyarakat umum yang terdiri daripada mana-mana parti politik bahawa kes ini akan disiasat dengan telus.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini kerana ia melibatkan soal kemanusiaan. Untuk menunjukkan kita serius dalam hal ini satu jawatankuasa bertindak khas yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menangani semua kes kematian tahanan dalam lokap telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan jawatankuasa bertindak khas susulan kes kematian N. Dharmendran di sebuah lokap polis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

8 comments:

Anonymous said...

kalau india atau cina mati dlm tahanan..cepat jer..nak ada siasatan...cer kalau melayu yg mati...sekoq pun tak amik tau..serupa juga la suruhanjaya diraja ..kalau bangsa lain mati...byk sgt inkues

Anonymous said...

Napa Melayu jadi bacul ni, bangsa pendatang mati cepat je bertindak?

Anonymous said...

Pnjenayah tegar ingat mudah kah nak tangkap meka? Dan Mudahkah meka nak pecahkan rahsian rakan sejenayah meka? , setakat remand 3 hari nak dapat apa cite..bebaskan aja, biar geng lain tembak meka..PDRM da menjadi lauk utk jatuhkan kerajaan yg ikut aja rentak tarian meka, Bab melayu mati dlm lokap sunyi, Bab lenjenayah tembak polis, sunyi, Bab Pols kena bantai sunyi, Bab Polis kena langgar lari sunyi..oooi menteri jgn layan, iniyg meka mahikan agar kerajaan lemahakan semangat PDRM, bila PDRM lemah, lembut ini la jadinya, himpun sana sini, Tangkapmlepas, tangkap lepas, sampai makamah 10 peguam bela meka, Biar kan meka si tembak oleh musuh meka..abis cite..

Anonymous said...

biasaaa broo


TSUNAMI BABI MELANDA MELAYUUUUUUU

Anonymous said...

Balik balik polis yang kena. Pakatan setan sedang berusaha untuk cari point bergaduh dengan PDRM. Maka semua hal nak di salahkan polis.

Anonymous said...

Pakatan ni TAKDE kerja ke ?

Dok nak cari/selongkar/mengintai dan macam macam lagi semata mata nak cari bahan untuk dakwa orang lain buat salah.....

Sebab selama ini pun ...depa hanya suka timbulkan isu...dan buat Dakwaan Palsu....Tak pernah ada sebarang bukti pun....

KPI Pembangkang....Berapa banyak bahan Fitnah yang dapat menusuk kalbu rakyat/penyokongnya...

Anonymous said...

Nama pun PAKATAN. Perkataan pakatan = komplot = konspirasi dan perkataan ini sinonim atau selalu digunakan untuk menyatakan sekumpulan orang yg berpakat untuk tujuan jahat, contohnya Pakatan Sulit membawa maksud bersekongkol untuk membuat kerja jahat secara rahsia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat: Kata "Pakatan" membawa maksud: 1. perjanjian ; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu.

stopa said...

kalau anwar takde, tuan tanah ni nak makan apa ?