Thursday, June 20, 2013

Tahniah Aziz Sri Gading.... Dilantik Sebagai Speaker DUN Johor


Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz telah diumumkan perlantikan beliau sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang baru untuk penggal baru 2013 menggantikan Datuk Mohd Ali Hassan.

Lebih popular dengan panggilan Aziz Sri Gading merupakan 'Otai Parlimen' terkenal dengan kelantangan suara beliau menjadi perisai kepada BN mendepani gelagat wakil rakyat Pakatan Pembangkang sewaktu sidang dewan Rakyat. Namun pada PRU ke 13 Aziz tidak terpilih untuk menjadi calon Parlimen Sri Gading yang telah beliau wakili sejak tahun 2004.

Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang berjaya memang dan pertahankan kerusi Parlimen Sri Gading.

Dalam salah satu sidang Dewan Rakyat, secara berani Aziz Sri Gading pernah membuat kenyataan bahawa Ambiga patut digantung sehingga mati kerana menajdi dalang utama perhimpunan haram Bersih 3 yang berakhir dengan keganasan menyaksikan anggota polis telah dibelasah....

Kelantangan Aziz Sri Gading bukan hanya mampu membelasah wakil rakyat Pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat sahaja.... Malah mengikut rekod, beliau seorang yang sangat vokal berani menegur pimpinan Barisan Nasional.

Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.

Beliau juga turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai Menteri.

Pada PRU ke 13, isteri Dato Aziz iaitu Datin Azizah Zakaria telah dipilih bertanding di kerusi DUN Parit Raja.

Dengan pengalaman yang ada pada diri Datuk Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, insya allah tugasan untuk mengendalikan sidang DUN Johor semoga akan berjalan dengan kemas dan lancar.

Tahniah Dato Aziz dan Selamat Bertugas...!

No comments: