Thursday, June 13, 2013

UDA Jadi Agen Cinabeng...? Penyingkiran Peniaga Melayu Dari Pasar Seni Dah Lama Berlaku Menerusi Kenaikan Caj Dan Sewa Premis.

dipetik dari portal mykmu.net

Perbadanan Kemajuan Bandar atau UDA ditubuhkan pada tahun 1971 dengan matlamat utamanya adalah untuk membantu membangunkan kawasan bandar yang berkaitan dengan perniagaan, industri dan perumahan.

UDA sebenarnya diwujudkan untuk menangani masalah peneroka-peneroka setinggan bagi tujuan penempatan semula walaupun ‘berselindung’ di sebalik pelbagai objektif agar tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera.

Pengkorporatan UDA dengan nama baru, UDA Holdings Berhad, akhirnya menyaksikan agensi kerajaan tersebut bertukar menjadi kapitalis yang telah menolak semua kepentingan Melayu-Bumiputera setelah hampir kesemua kawasan setinggan yang ditempati oleh masyarakat Melayu-Bumiputera diambilalih dan dimajukan, sekaligus mewujudkan komposisi kaum yang lebih seimbang bahkan adakalanya memberi lebih kelebihan kepada bukan Melayu sepertimana yang berlaku di Bukit Lanjan dan Lembah Pantai.

Masih ada kuasa UMNO dan Kerajaan Persekutuan di dalam UDA Holdings Berhad, sekalipun badan berkenaan telah dikorporatkan dan saham-sahamnya tersenarai di Papan Bursa. Bagaimanapun, penilaian kepada hasil kerja UDA Holdings memperlihatkan kepincangan yang amat keterlaluan, khususnya yang membabitkan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Hampir dua tahun lepas, kontroversi berhubung pembangunan di tapak Penjara Pudu telah ditimbulkan. UDA Holdings menerusi Pengerusinya, Nur Jazlan Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai telah mengeluarkan kenyataan yang cukup menghiris hati berhubung ketidaksediaan UDA Holdings memberikan kepercayaan menguruskan pembinaan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.

Alasan-alasan yang diberikan ternyata menunjukkan bahawa UDA Holdings sebenarnya sudah tidak berminat dengan perjuangan memartabatkan Melayu-Bumiputera bagi mendapatkan hak 30% kek ekonomi di negara ini.

Sebaliknya UDA Holdings berpendapat, dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada mereka, UDA Holdings perlu membuktikan bahawa keuntungan adalah segala-galanya.

Anehnya, UDA Holdings Berhad tertubuh hasil daripada kepercayaan Melayu-Bumiputera kepada Barisan Nasional. Apabila kepercayaan tersebut dicabul, memang jelas, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di dalam UDA Holdings yang memerlukan pembedahan luar biasa, termasuklah menyingkirkan kesemua penguasa-penguasa yang berfikiran mereka bukannya mewakili Barisan Nasional dan UMNO khususnya, tetapi mewakili rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik....!

UDA Holdings memiliki banyak premis perniagaan di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Namun persoalan utama, daripada jumlah premis perniagaan tersebut, berapa peratus pula peluang diberikan kepada para peniaga Melayu-Bumiputera untuk bertapak di premis yang dimiliki oleh badan yang diwujudkan atas bantuan undi Melayu-Bumiputera tersebut?

Ambil sahaja contoh terbaik PASAR SENI atau CENTRAL MARKET....!


Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) telah mendedahkan, UDA Holdings telah memberikan pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan Bumiputera iaitu Central Market Management Sdn. Bhd.

Central Market Management Sdn. Bhd. pula merupakan anak syarikat KHA SENG GROUP.
Pendedahan juga turut dibuat apabila syarikat pengurusan berkenaan telah memajak atau menggadai tanah dan premis berkenaan kepada sebuah syarikat tempatan untuk membuat pinjaman berjumlah RM70 juta.

Jumlah wang berkenaan, bukan bertujuan untuk memajukan Central Market atau memberikan ruang yang lebih besar kepada pengusaha Melayu-Bumiputera, sebaliknya untuk premis perniagaan lain milik KHA SENG GROUP iaitu KENANGA dan VIVA MALL.

Penyingkiran peniaga-peniaga Melayu-Bumiputera dari Pasar Seni sudah lama berlaku terutama sekali menerusi kenaikan caj dan sewa premis. Tiada mana-mana pihak yang prihatin dan cuba membantu mereka.

Kalau dahulu, kita boleh menyaksikan para peniaga khususnya penggiat seni dari kalangan Melayu-Bumiputera bertapak di Pasar Seni, terutama sekali para pelukis, kini mereka hanya diberikan tempat di bangunan tambahan Pasar Seni yang merupakan bekas kilang minyak kelapa bersebelahan dengan bangunan Pasar Seni itu.

Produk yang dijual di Pasar Seni, langsung tidak mencerminkan produk tempatan, sebaliknya lebih berunsurkan KECINAAN dan kebanyakannya pula diimport dari negara Cina dan diperniagakan pula oleh Cina.

Tindak-tanduk UDA Holdings jarang diberikan perhatian walaupun sebenarnya ia merupakan salah satu daripada faktor mengapa Barisan Nasional, khususnya UMNO dilihat gagal membawa Melayu-Bumiputera mengecapi nikmat keberangsangan ekonomi negara.

Kalau setakat memberikan keistimewaan kepada sebuah syarikat bukan Melayu-Bumiputera dan kemudian dengan pajakan tersebut, diguna pula untuk mendapatkan pinjaman daripada bank dengan nilai ratusan juta ringgit, seperti yang berlaku dalam projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu, rasa-rasanya beratus malah beribu syarikat milik Melayu-Bumiputera cukup layak untuk tujuan berkenaan.

Justeru, apa hak UDA Holdings mencampakkan kepentingan Melayu-Bumiputera yang sepatutnya menjadi jalur dan teras kewujudan mereka di negara ini...?

Barangkali sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan seluruh Melayu-Bumiputera bahawa individu-individu Melayu yang diberikan kuasa dan kedudukan hasil daripada sokongan yang diberikan, sebenarnya tidak membawa agenda memajukan Melayu-Bumiputera sungguhpun itulah yang mereka perkatakan apabila ditanya.

Masih belum terlambat sebenarnya untuk membetulkan masalah ini…..

Adakah Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini menerima mandat sepenuhnya daripada Melayu-Bumiputera mahu membetulkan semula keadaan dan menyingkirkan kesemua individu di dalam UDA Holdings yang tidak lagi membawa aspirasi sokongan Melayu-Bumiputera kepada kerajaan yang menyokong kewujudan mereka...?

9 comments:

Anonymous said...

Ohhh mana si cerdik pandai Nir Jazlan Mohd Rahmat????? Bukan kah dia seorang akauntan bertauliah yang pandai?????

Anonymous said...

UDA dah jadi kuda....dah lamaaaaaa dah

Anonymous said...

Lot gerai sekangkang kera sewa 2500 sebulan, haramjadah punya cina

zulhma said...

Transaksi ini telah lama berlaku kalau tak silap sekitar tahun 2004 dan 2005. UDA Holdings sepatutnya diambil alih satu badan yang lebih organisasi Melayu yang lebih jelas perjuangannya daripada diterajui oleh org-org UMNO yg setiasa rakus dan haram itu halal pd mereka. Saya salah seorg yg pernah berurusan dgn UDA Holdings dijadikan mangsa oleh pengurusan UDA yg dipengaruhi oleh org org UMNO. Bukan saya benci UMNO tapi sy benci pemimpin UMNO yg yg darah mereka bercampur dgn yg haram.....tapi sampai bila?????. Apa yg dibuktikan di atas menunjukkan kita semua dibodohkan oleh pemimpin UMNO.....

Sebagai seorg yg berniaga sy pernah bersahabat baik malahan rakan kongsi utama kpd anak bekas bertaraf Menteri semasa era Abdullah Badawi dan bekas Timbalan Menteri semasa era Tun Mahathir, bayangkan rakan kongsi sy ini yg masih berumur dlm linkungan 34 thn yg lansung tidak pandai dan tidak pernah berniaga malahan nak menggunakan mesin faks pun tak pandai tetapi mempunyai kekayaan amat luar biasa. Pd tahun 2008 apabila sy keluar sebagai rakan kongsi dgn menyerahkan segala kpd anak bekas Menteri ini, dia telah membeli 4 buah banglo berjumlah RM8.0juta dgn membayar deposit tunai sebanyak RM6.0juta kpd pemaju dan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.0juta sekadar untuk mengkaburi pihak pihak tertentu. Kekayaannya termasuklah tanah ladang sawit seluas 20,000 hektar yg dimiliki di Serawak diusaha bersama dgn Cina tycoon dari Sarawak....maka apa yg didedahkan di atas adalah perkara sebahagian kecil drpd kerakusan org UMNO yg akan berterusan selagi kita org Melayu tidak menjatuhkan pemimpin pemimpin umno yg berdarahkan yg haram. Apa yg sy nyatakan di sini adalah sebahagian kecil keburukan yg sy telah lalui semasa sy cuba berjinak dgn pemimpin pemimpin UMNO. Tuan bayangkan semasa sy secara tiba tiba dilantik sebagai Bendahari persatuan penduduk Parlimen (satu kawasan parlimen terbesar diSgor) kerusi plastik yg selalu digunakan di restoran mamak di beli pd harga yg amat tidak musabah.....Saya sarankan kpd banyak penulis penulis blok pro UMNO ikhlas dan terbukalah utk menjatuhkan PEMIMPIN UMNO yg berstatus HARAM jika kita benar sayangkan Islam, Melayu dan UMNO.....

Anonymous said...

ini adalah satu contoh pemimpin melayu yang dah hilang jiwa kemelayuannya..tidak lagi memikirkan kepentingan bangsanya sebaliknya mencari keuntungan tanpa sempadan biarpun ketuanan melayu menjadi taruhan akan digadainya .bersuaralah bangsa melayu kalau pemimpin jadi si Tuah biarlah kita jadi si Jebatnya

Khairi

Anonymous said...

Patutlah melayu KL/Selangor menolak kerajaan UMNO/BN... Najib lu pikir la sendiri... Adik lu Nazir pun sama otak dgn UDA... Double pikir la Najib...

tobeng said...

Melayu2 bangsat haramjadah macam inilah yg menghancurkan Melayu.Tak kiralah kau umno ke pkr ke pas ke,aku peduli apa.

Melayu2 macam ni seharusnya ditendang keluar dari umno dan kerajaan.Uda kalau tak mahu lagi berfungsi sebagai badan yang membantu Melayu di bandar baik bubarkan saja dan jangan jadi hipokrit munafik yang mendapat status istimewa dr kerajaan atas nama Melayu.

Sori bahasa tak cukup kasar untuk memaki-hamun pengkhianat2 bangsa ni.Uda,petronas,cimb...apalagi?

Anonymous said...

UDA sudah jadi Kuda kepada cina lah. Kasihan melayu. Tak apa jangan bersedih sebab sekarang kita orang melayu bertaraf " undi penentu ". Sebagai undi penentu kita boleh letak syarat, lu mahu gua punya undi lu kasi gua ini, ini, ini dan ini ....

Cina lama dah duk buat benda ni dekat Umno. Sekarang gilir melayu pula lah.

Hj Ariffin

Anonymous said...

UNDI BN KE PAKATAN KE CINA JUGAK UNTUNG...MELAYU TINGGAL SPENDER MACAM STOPA JE LAA...PTUIHHH!!!!