Thursday, June 20, 2013

Zahid Hamidi Memang Gentleman Bro....!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedia dicabar oleh mana-mana pemimpin UMNO yang berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Menurutnya, pertandingan bagi merebut tiga kerusi naib presiden itu adalah bagi meraikan sistem demokrasi yang dilaksanakan dalam UMNO.

"Saya bersama-sama dua lagi Naib Presiden iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Apdal telah bersetuju supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga kami sedia membuka pintu seperti yang dikehendaki oleh peraturan dan sistem demokrasi yang dilaksana UMNO di mana jawatan naib presiden itu disertai oleh orang lain untuk memeriahkan pemilihan Naib-Naib Presiden," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO baru-baru ini menyokong jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang masing-masing disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini.

Kelmarin bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad turut sependapat dengan menyatakan sokongan supaya dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak dipertandingkan.

Menurut Ahmad Zahid, dua jawatan tertinggi itu tidak wajar dipertandingkan buat masa ini kerana bakal mewujudkan perpecahan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan ahli parti.

"Peraturan mengizinkan jawatan-jawatan dipertandingkan termasuk Ketua Pemuda, Wanita, dan Puteri tetapi demi perpaduan dalam parti serta mengelakkan perpecahan berlaku (tiada pertandingan untuk Presiden dan Timbalan Presiden) kerana kita baru hadapi pilihan raya umum.

"Pada masa sama, yang penting bagi mewujudkan semula kepimpinan mantap dan perpaduan di kalangan akar umbi, bahagian dan negeri supaya kerja-kerja parti dapat dilunaskan dengan baik," katanya.

13 comments:

Anonymous said...

apa Zahid kalau you tak mau bertanding for the post of President atau Timbalan President ker tak apa lah tapi lain orang akan bertanding for President dan Timbalan President. Ramai yang nak mencuba nasib tapi belum tau bolih buat kerja ker tidak belum tentu lagi. Saya rasa untuk memakmurkan demokrasi elok di pertandingkan the top two post.

Anonymous said...

Zahid memang seorang pemimpin UMNO yang berkaliber dan bagus.
Terukan ketegasan anda di kementerian dalam negeri.
Insyallah semua ahli UMNO akan mengundi beliau untuk mengekekalkan jawatan Naib Presidena UMNO pada pemilihan nanti.

Anonymous said...

Aku memang sokong ketegasan Zahid Hamidi. Tapi part ni, aku tak sokong. Jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dipertandingkan. Apa la yang ditakutkan sangat..? Macam2 alasan dibagi. Kalau bagus, dah tentu majoriti undi. Jadi, apa risau sangat..? Takde telur betul la.

Anonymous said...

Cakap-cakap orang politik begitulah kalau nak hidup.

Anonymous said...

aku sokong 100% top 2 post di pertandingkan..

aku syg bangsa aku tapi aku letih la dgn sikap PM..

Maaf la PM..

Anonymous said...

tapi kami mahu KEPIMPINAN YANG TEGAS , KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG MEMBELA NASIB MELAYU,, KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG LANTANG BERSUARA BILA MELAYU DI PIJAK, INSITITUSI DI RAJA DI HINA, AGAMA DI PERSENDA, KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG BERWIBAWA, KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG TIDAK MENJILAT CINABENG, KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG TIDAK MENGTUHANKAN CINABENG UNTUK KAYA, KAMI MAHU KEPIMPINAN YANG MEMPUNYAI JIWA DAN SEMANGAT KEMELAYUAN BUKAN KEPIMPINAN YANG ME LAYU...JUSTERU PERLU ADA PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN...

ZAHID HAMIDI LAYAK UNTUK JADI PRESIDEN UMNO...

PANDANGAN IKHLAS DARI SEORANG MELAYU..

Anonymous said...

mmg majoriti org melayu yg undi umno dh letih dgn dsn..harapan tinggal harapan..sokong sangat dipertandingkan..jauh le lbh baik zaid hamidi dr dsn..tapi kalu nk sgt harmoni katenye tu elokle ikut turn..bagi tsmy dulu..

Anonymous said...

Paling ako tak setuju Jawatan Presiden dan timbalan tak dipertandingkan.Sepatutnya dua jawatan penting tersebut yg wajib sekali diperebutkan dlm PAU.Soal perpecahan kepuakan tak penting itu semua perkara biasak.Macamana Umno nak bertransformasi jika pucuk kepimpinan penting tidak ada perubahan dan penggantian.Umno sangat memerlukan seseorang tokoh yg berkarisme setaraf Tun Mahathir.

Anonymous said...

Ada ke kemungkinan nuar si dajal akan mengganggu proses pemilihan nnti. Dgn segala kepakaran dajalnya itu akan rosak proses pemilihan yg bersih dan adil. Kita bercakap mengenai bemilihan yg akan dibuat oleh berjuta ahli.

Anonymous said...

Sepatutnya PAU yg bakal berlangsung itu adalah medan terhormat utk menukar Presiden dan Timbalannya.Rakyat jelata di Luar Bandar yg dahagakan pembelaan dan pembangunan mahukan kepimpinan baru Umno yg lebih baik dlm pelbagai aspek drpd yg ada sekarang.Tunduk,penakut,penurut,risau dan terlalu mesra dgn layanan dan tuntutan Cinabeng terus menjadi sindrom daya kurang tahan kerajaan yg melemahkan Melayu dan Bumiputra.

Anonymous said...

Nak beranding offerla tak payah nak batu apikan umno. Tak surprise kalu u ni agent rba

Anonymous said...

Tlg le jgn vote hishamudin syg anwar tu...dia xde talent lgsg jd pemimpin!!! huhu..

malam teranggg said...

Kalau nak dikira kes sepender didalam pas, dah bnyak ni. bukan apa cuma teringat. maaflah ye..