Thursday, July 4, 2013

30 Jun 2013 Noh Omar Pengerusi UMNO Selangor.... 2 Julai 2013 Noh Omar Turun Pangkat Jadi Timbalan Pengerusi UMNO Selangor...?

Pening pula melihatkan gelagat dan kisahnya dalam UMNO Selangor....

Setelah UMNO-BN kalah teruk pada PRU 13, terutamanya diperingkat DUN dimana daripada 22 kerusi yang pernah dimenangi oleh calon calon BN pada PRU 2008, kini hanya tinggal 12 sahaja, semakin meruyup dan merudum!

Natijahnya kita telah disajikan dengan suatu berita yang menggembiran bekas Menteri Pertanian yang masih kekal menang di Parlimen Tanjung Karang, Yb Dato Sri Noh Omar. Iya, walaupun UMNO-BN kalah teruk di Selangor, namun Noh tetap dapat "naik pangkat".

Mengikut laporan Berita Harian bertarikh 25hb Jun 2013, YAB Dato Sri Najib sudah bersetuju dan akan membuat pengumuman rasmi perlantikan tersebut pada hari Jumaat 28hb Jun 2013. Malangnya sehingga ke saat ini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi....

Maka tidak terkejutlah apabila beberapa pimpinan UMNO Selangor masih terkeliru untuk mendongak keatas dan memperakui siapakah pemimpin mereka yang sebenar....

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai arahan arahan yang sedang dikeluarkan... Apakah mereka yang kini 'claim' berjawatan benar benar sah..?

Sebagai contoh, lihat sms dibawah ini.... 

Ianya telah diedarkan oleh bekas ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim. Mesej yang dikirim dan diedarkan menyatakan Isa sebagai Setiauasaha Kerja kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Dato Sri Noh Omar...

30hb Jun 2013 Noh Omar adalah PENGERUSI Perhubungan UMNO Negeri Selangor... Buktinya lihat mesej diatas yang dicipta oleh Isa Abu Kassim.

Dua hari selepas itu, pada 2 Julai 2013, Noh Omar turun pangkat menjadi TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.... Lihat banner program dibawah ini!

Anda mahu tahu kenapa semakin huru hara gelagat dalam UMNO Selangor...? Jawapannya untuk anda ketahui ada di SINI

3 comments:

Anonymous said...

sab .

Anonymous said...

Bro.bukan ke noh omar pernah bayar lu..ini kes x masyuk ke?inilah blogger umno gigit balik org yg bagi makan.x berkat hidup lu bro..lu jaga nalakaruppan jer lepas nie.

azman hangjebat said...

kalau muka ini laa yg menerajui sgor pasti pr ke14 pasti selangor kalah lagi.tak ada orang lain ke..umno ramai yg bijak pandai dan disenangi rakyat tapi knp muka muka ini dikekalkan..rata2 rakyat benci dgn muka2 ini..pilihlaa calon lain kalau nak menang diselangor.