Friday, July 12, 2013

Berbuka Puasa Dengan Fitnah Bersama SUARAM

Kita tidak terkejut jika Pakatan Rakyat dan ‘kuncu-kuncunya’ ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka.....

Ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.

Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.

Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan ‘Majlis Buka Puasa dan Makan Malam’ dengan tema Ops Scorpene.  Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik, PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.  Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma.  Antara ‘acara’ menarik ialah ‘penampilan khas saksi kes scorpene’.

Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata.  Ia tidak pernah menjadi ‘kes’ di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas, sejak dari awal lagi.  Oleh itu, menyebutnya sebagai ‘kes’ juga merupakan satu penipuan.  

Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar, polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais, mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.   Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan. 

Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Dato’ Seri Najib. 

Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah.   Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan ‘dengar cakap’ serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati.   Ini membuktikan semua ‘saksi’ yang disebut tidak punya kredibiliti.

Oleh itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi ‘saksi’ dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan.   Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah, maka mana datangnya lagi ‘saksi’ lain....?

 Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh ‘saksi’ yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak....?

Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel, Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM.   Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu...?

Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka...? 

Seperti yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros.  Dan kita juga tahu bahawa  tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai ‘derma’ orang ramai. 

Kerana itulah, SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.  Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.

Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan.  Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM.

Bayangkan, bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk ‘pertukaran rejim’ telah dengan biadapnya menggunakan nama ‘Ramadhan’ dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.

11 comments:

Anonymous said...

Setakat saksi "Statutory Declaration" nenek aku pon boleh bagi bila-bila masa...apalah bodoh sangat puak SUARAM yang SURAM ni percaya bulat-bulat kelentong si Nuar liberal tu...apekejadahnye! Konon mewakili suara rakyat Malaysia la tu...BLAH LA SUARAM YANG SURAM!! Korang memang BODOH!

usin said...

SUARA ANAK HARAM = SUARAM. itu pasal la....

Anonymous said...

Bab Scorpene kerajaan perlu menanganinya dan bab altantunya najib kena selesaikannya ambil lah tindakan yang sewajarnya.Tolong jangan berdiam diri kerana tempiasnya kena pada orang melayu dan umno.

Anonymous said...

Aku sebagai rakyat Malaysia amat-amat berasa malu dan marah dengan penggunaan perkataan "Suara Rakyat Malaysia" dalam mana-mana pertubuhan, sama ada yang sah atau yang tidak sah. Puak-puak begini selalunya "syok sendiri" dengan sokongan padu rata-rata kumpulan mangkuk ayun yang sama. Harap majoriti rakyat senyap yang telah mengundi dapat beramai-ramai berbuat sesuatu ke arah mengekang gejala penggunaan perkataan "Rakyat" ini untuk tujuan dan kepentingan sesetengah pihak sahaja, baik kumpulan mahupun individu. Ayuh repot kepada pihak berkuasa!

Anonymous said...

"SAYA ANTI ANWAR IBRAHIM DAN SUARAM!!!!"

Anonymous said...

Bila isu Scorpene heboh satu dunia....kononnya kerajaan rasuah dan sebagainya. Aku berani cabut bulu Abang Non la kalau kata dia PM sekalipon, mesti ada jugak berlaku rasuah..tak percaya, tanya N Surendran! Ini diakui sendiri oleh peguam PR tersebut dalam kenyataannya sebelum berlangusngnya PRU13...Tepuk dada lu fikirla sendiri.

Anonymous said...

Salam Jumaat. Jihad Ekonomi umat Islam adalah lebih penting daripada melayan kerenah SUARAM dan konco-konco liberalist pro-barat ini. Marilah bersatu. Ketepikanlah sentimen politik. Mari kita jihad dan berdoa agar ekonomi pergerakan NGO musuh Islam ini dijahanamkan. Membangun bersama Islam!

Anonymous said...

Haiaran betullah bila PEMIMPIN UMNO diam dalam hal yang MENGHINA dan MEMIJAK kedaulatan bangsa, agama dan NEGARA ISLAM bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

Anonymous said...

Aku menyampah betul kalau orang kata ada rasuah dan mengaku ada bukti lah. Tapi sebiji pun tak ada kes untuk di bawa ke mahkamah. Kalau setakat mengaku je tapi tak ada bukti, baik tak payah lah. Menyampah je ada. Sama lah macam kata ada 40,000 bangla di import. Tapi sekor pun tak ada bukti. Sama juga lah dengan black out, tapi tak ada pun yang nak masuk saman. Sama lah juga kata ada pengundi hantu, tapi bayang hantu pun tak ada. Sama lah kata ada penyelewengan dalam pengiraan undi. Mane buktinya2. Macam tu lah juga fitnah terhadap cincin isteri PM. Semua ini fitnah dan pembohong belaka. Ada bukti tak nak percaya, tak ada bukti korang percaya. Lebih baik lah korang semua letak balik otak kat dalam kepala dan jangan lagi simpan kat dalam kepala lutut.

Anonymous said...

yg lebih memalukan jika ada org islam menghadiri acara itu... nak sumbang apa utk org kafir.. diguna oleh org kafir... takde pahala langsung bahkan dpt dosa menyokong org buat fitnah... jika bulan ramadhan sedekah dpt berlipat pahala.. tapi jika buat sebaliknya... bagaimana???!!

Anonymous said...

KALAU DAH TERBUKTI NGO INI MENERIMA BANTUAN KEWANGAN LUAR, JADI APAKAH TINDAKAN KERAJAAN KEPADA MEREKA? RAKYAT DAH MUAK DENGAN SANDIWRA-SANDIWARA INI BAIK DARI PIHAK KERAJAAN SENDIRI MAHU PUN PIHAK SUARAM SENDIRI.