Friday, July 12, 2013

DAULAT TUANKU...! Sultan Johor Berjiwa Rakyat.... Pandu Sendiri Tren Sianaran Petang Ke Kluang

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar teruja memandu sendiri kereta api buat kali kelima ke Stesen Kluang, semalam.

Baginda turut memberitahu  tidak berasa takut sebaliknya telah melakukan persediaan sebulan lebih awal kerana sudah lama tidak memandu kenderaan tersebut.

“Saya tidak rasa takut. Saya juga rasa teruja. Saya sudah bersedia untuk memandunya dan memang sudah dirancang. Sudah banyak kali juga saya memandu sendiri termasuk ke Kuala Lumpur.

“Ini adalah kali kelima saya memandu sendiri kereta api. Saya mahu ke Kluang. Jadi saya pilih naik kereta api dan akan berada di sana (Kluang) beberapa hari, jadi saya ambil peluang untuk memandu kereta api,” titahnya yang memandu tren Sinaran Selatan  dari Stesen Johor Bahru Sentral, di sini semalam.

Rombongan baginda bertolak dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Kluang pada jam lebih kurang 2.15 petang sebelum dijangka tiba kira-kira 4.30 petang.

Mengiringi baginda dalam perjalanan itu, Presiden Keretapi Tanah Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir.

Baginda dibantu Pembantu Lokomotif KTMB, Kamal Hasnawi sepanjang perjalanan tren berkenaan.

Perjalanan tren 50 Kilometer itu yang mengambil masa kira-kira dua jam 15 minit itu turut membawa 150 penumpang lain yang dalam perjalanan dari Stesen Woodlands, Singapura.

Sultan Ibrahim telah menerima lesen memandu lokomatif berkuasa tinggi pada Program Kembara Johor (KMJ), Julai 2010.

1 comment:

Anonymous said...

Daulat Tuanku! Jiwa yang patut dicontohi rakyat - terutama yang berketurunan Melayu dan Bumiputra