Saturday, July 27, 2013

Ini Masalah Sangat Serius...! Jangan Pandang Sebelah Mata

Program Berbuka Puasa Penulis Maya Wilayah Persekutuan yang berlangsung semalam turut menampilkan Ustaz Fathul Bahri sebagai ahli panel.

Beliau menyentuh, antara lain, berkenaan ancaman Syiah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Seperti yang kita tahu, pergerakan Syiah bukan sesuatu yang baru di negara ini, namun selama ini ia bersifat 'dormant' dan tidak dianggap sebagai ancaman besar. Sehingga penghujung tahun 90-an juga, masih tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil pusing berkenaannya.

Anak-anak muda pada waktu itu pula kebanyakannya langsung tidak tahu mengenainya. Yang peka mengenai kewujudan Syiah mungkin hanya di kalangan mereka yang belajar di negara-negara timur tengah dan juga pelajar-pelajar jurusan agama sahaja.

Fahaman Syiah terbahagi kepada beberapa mazhab antaranya Zaidiyyah, Rafidhah, Kaisaaniyyah, Ismaiiliyyah, al-Ghulat, dan Allawiyyah juga dianggap sebahagian dari Syiah.

Ada yang berkata bahawa bukan semua Syiah itu sesat tetapi secara umumnya, fahamannya menjurus kepada mendewakan Imam Ali dan mencaci maki sahabat Rasulullah SAW termasuk isteri baginda Saiyidatina Aisyah.

Syiah juga menganggap AlQuran sebagai tidak asli serta beberapa ajaran termasuk solat mereka juga, berbeza dengan Ahli Sunnah. Malah, Syiah juga menghalalkan zina hatta menggalakkannya dengan berlindung di sebalik istilah 'nikah muta'ah'.

Syiah pada dasarnya memusuhi Ahli Sunnah dan mengganggap Ahli Sunnah sebagai kafir. Di Syria hari ini, dunia bagai terpinga-pinga menyaksikan bagaimana puak Syiah menyembelih, menyincang, menyiksa, merogol dan membunuh Ahli Sunnah termasuk anak kecil, tanpa belas kasihan....!!
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam banyak kes, kekejaman mereka hampir mengatasi kekejaman Zionis.

Sebenarnya, Al-Quran ada menyebut tentang kumpulan yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan berbohong berkenaan Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda seperti Syiah.

Kemuncaknya, ketika kematian Imam Besar Syiah iaitu Khomeini, mayatnya terjatuh dan kain kapannya terselak dalam keadaan mengaibkan. Maka benarlah peringatan Allah SWT mengenai kesesatan mereka-mereka ini.

Apa yang membimbangkan, kumpulan ini yang dulunya pasif dan 'dormant' sudah mula menonjolkan diri di negara ini. Walaupun ia dikatakan masih 'kecil' tetapi jelas ia sedang merebak dengan pantas dan berani.

Menyedari ancaman ini, kerajaan Negeri Kedah merupakan yang pertama mewartakan ajaran Syiah sebagai haram.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi juga telah mengisytiharkan Syiah sebagai menyalahi undang-undang.

Namun, berdasarkan sejarah dan pengalaman, membendung ajaran sesat bukanlah sesuatu yang mudah dan seringkali, undang-undang sahaja tidak mampu menghapuskannya.

Justeru itu, Ustaz Fathul Bahri menyarankan agar sukatan matapelajaran agama diperluas bagi membuka mata anak-anak muda berkenaan kewujudan dan kesesatan Syiah. Maksudnya, penjelasan mengenai mazhab-mazhab perlu dikupas dengan lebih terperinci dengan dibuka kepada perbincangan sambil merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.

Ini bukan sahaja akan memberi pengetahuan tambahan tetapi juga mampu mengasak minda anak-anak muda terutama yang berminat untuk mendalami bidang agama agar lebih kritis, peka serta tidak mudah percaya, diperdaya atau dipengaruhi dengan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah.

Saranan Ustaz Fathul Bahri sememangnya sesuatu yang baik dan tepat. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab harus mengambil perhatian dan memikul tanggungjawab untuk merealisasikan peningkatan dalam sukatan matapelajaran agama di peringkat menengah dan universiti dengan secepat mungkin.

Janganlah ada mana-mana pihak, terutama pihak berkuasa dalam hal-ehwal agama, untuk dengan sengaja melengah-lengahkan dan mengambil ringan ancaman Syiah.

Jangan sekadar mengharapkan pihak polis mengekangnya tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan dengan cara mendidik rakyat agar berpegang teguh kepada asas Islam.

Dengan cara ini, mereka akan lebih pantas menyedari serta menolak apa saja yang bertentangan dengannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Anonymous said...

MIK, sedarilah politik GLOBAL yang sebenarnya lebih RUMIT!

Memang ajaran puak Syiah harus jangan merebak di Malaysia, juga sebagai strategi PENGHALANG (Prevention strategy), supaya kita umat Islam, dari berlainan mazhab tidak sampai berbunuh sesama sendiri. Jika ini berlaku, yang akan ketawa macam SYAITAN DURJANA ialah MUSUH ISLAM dari Pertubuhan evangelis Kristian Zionis DAP/PKR yang amat MERBAHAYA. Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan, dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll).

Jadi fahaman Kristian Zionis digunakan untuk cuba memecahbelahkan orang Islam termasuk dengan menubuhkan pejuang 'jihad' , yang sebenarnya diketuai bukan Islam Kristian Zionis, yang merupakan ejen-ejen CIA-MI6-Mossad-NATO (ramai yang bekas Islam, atau masuk Islam dan asal dari negeri/kawasan yang disasarkan untuk dijajah, contohnya bangsa Timur Tengah atau Asia - sebab mereka akan akan tahu bahasa Arab/tempatan dan berkenaan Islam), tetapi MENYAMAR sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas bukan Islam itu, seperti di Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam. Kerana, penjajah Barat-Israel melalui sekutu mereka dari puak Kristain Zionis DAP-PAP (S'pura)/PKR , ingin menjadikan Malaysia dan Indonesia, sebagai satu lagi Israel (“Greater Israel“) tetapi di Asia, sebab Singapura terlalu kecil dan tidak ada minyak-gas bertimbun macam Malaysia terutamanya di Malaysia Timur, dan juga Indonesia, yang juga kaya dengan minyak-gas/ dll untuk dikuasai (sila lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009).

Dan Barat, termasuk di Eropah dan Amerika Utara terutamanya di Jerman, mereka terang-terangan mengamalkan polisi mengambil hanya pelarian Kristian sekarang, contohnya dari Syria. Yang Islam, terutamanya, yang Shiah, yang dibunuh pengganas-pengganas buas yang ditaja sendiri Barat-Israel (termasuk rejim Jerman yang amat pro-Israel ini) sebagai pemberontak PENGGANAS kepada Kerajaan Syria. Ramai yang ketua pemberontak ini sebenarnya bukan Islam tetapi penganut Kristian Zionis, tetapi menyamar sebagai puak Sunni Islam (seperti yang telah saya terangkan di atas), untuk menghasut anak muda Sunni Islam menyertai mereka, kononnya untuk menumbangkan kerajaan Shia-Alawit Assad, tetapi sebenarnya untuk menguasai minyak-gas Syria, Lebanon dan Iran termasuk seluruh Golan Heights Syria yang separuh sudah dijajah Israel, yang amat subur serta penuh minyak-gas.

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam dan umatnya, serta bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Najib dalam Utusan Malaysia hari ini dilaporkan mengatakan bahawa walaupun nak tangani jenayah berat, tapi kena lihat aspek hak asasi manusia. Tetapi sedarkan Najib bahawa penjenayah jenayah berat mana ada lihat hak asasi manusia mangsa mereka bila buat jenayah. Inilah masalahnya bila golongan yang tak bertamadun hendak dilayan secara bertamadun, akhirnya golongan tak bertamadun itu mengambil kesempatan di atas segala kelemahan undang-undang untuk menindas lebih ramai orang di negara ini.

Ahli-ahli UMNO perlu ambil perhatian serius akan perkara ini kerana Najib sendiri cakap sebelum ini kena pilih pemimpin yang berwibawa dalam pemilihan UMNO akan datang, maka kerana Najib tak berwibawa, membiarkan jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak dan macam-macam lagi dengan memansuhkan undang-undang pencegahan, maka kita semua perlu singkirkan Najib dalam pemilihan UMNO akan datang.

Kita semua tidak perlukan pemimpin yang tak berwibawa seperti Najib kerana dia lebih pentingkan para penjenayah berbanding dengan keselamatan rakyat. Sikap Najib sama seperti Pakatan Rakyat yang suka membela penjenayah. Kita menentang Pakatan Rakyat, maka kita perlu menentang Najib kerana mereka golongan pembela golongan penjenayah dengan alasan hak asasi manusia sedangkan penjenayah yang buat zalim tidak akan pedulikan hak asasi manusia mangsanya.


Kerana lihatlah mana ada pembunuh yang akan beri salam, kemudian melayan mangsanya dengan baik sebelum membunuh mangsa mereka, mangsa penjenayah akan disiksa dengan kejam, kemudian dibunuh dengan zalim, itu pun Najib nak samakan dengan hak asasi manusia yang mengikut undang-undangkah? Kepimpinan Najib memang lemah dan memudaratkan negara ini. Kita tidak perlukan Perdana Menteri seperti Najib, hanya golongan penjenayah yang akan suka golongan seperti Najib dan Pakatan Rakyat ini kerana membela golongan jenayah.

Oleh itu, atas kepentingan agama, bangsa, dan tanah air, semua ahli UMNO sekalian, kita semua perlu lakukan perubahan, singkirkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit dalam UMNO seperti Hishammuddin, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin untuk bukan saja menyelamatkan parti kita, tapi untuk kesejahteraan negara ini sendiri. Mereka semua itu hanya pentingkan populariti diri, nak tunjuk kononnya mereka sangat bertimbang rasa hingga membela penjenayah, tetapi mereka tak peduli pun dengan rakyat yang mengikut undang-undang.

Singkirkan Najib, Hishammuddin, Nazri Aziz, dan Khairy Jamaluddin dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini. Ahli UMNO akar umbi sekalian, parti kita dan masyarakat kita dalam bahaya jika masih membiarkan Najib dan kuncu-kuncunya serta golongan parasit masih berkuasa dalam UMNO.

Selamatkan UMNO, Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib, Tumbangkan Hishammuddin, Tumbangkan Nazri Aziz, Tumbangkan Khairy untuk kesejahteraan kita semua.

Ingatlah semua, Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional lebih penting dari Najib dan kuncu-kuncunya itu. Kita perlu pertahankan Malaysia, UMNO, dan Barisan Nasional untuk kepentingan kita semua. Kita tak perlukan golongan golongan pengkhianat bangsa dan pembela penjenayah seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Wajib belajar agar mengenal yg salah dr yg benar. Pendidikan dan pengajaran agama seharusnya diperbaiki dan diperluaskan kpd semua. Penghayatan dan pengamalan beragama harus dipertingkatkan. Mula dr rumah, sekolah, surau dan masjid, secara massa dan melalui media.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya mohon jasa tuan untuk menyebarkan dan tayangkan video2 kesesatan syiah seperti berikut:

1. Syiah sedang membunuh Ahlussunnah syria

http://www.youtube.com/watch?v=7VywlmQHb4Q&feature=c4-overview&list=UUS_veLhDYPRfuCeYCejNlgQ

2. Wajah2 syiah dunia dan Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=5PjK9fid9Ho&feature=c4-overview&list=UUS_veLhDYPRfuCeYCejNlgQ

3. Iran merupakan sahabat Amerika

http://www.youtube.com/watch?v=9R4CfK4d8DQ


Bantuan tuan amat dihargai dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih

Anonymous said...

Susahnya syiah ni...dia mengamalkan taqiyyah(menyamar) berpura2 jd ahlus sunnah...tu yg payah nak kesan...