Wednesday, July 10, 2013

Kalau Ada Mat Motor Culik Anak Dara Anda...., Guna Ilmu Hitam, Anda Akan Diam....??

Penulisan GK

Syed Hussein Al Atas dalam tulisannya mendakwa, anak perempuan Zahid tiba-tiba hilang dari rumah selama tiga bulan dengan cucunya dilarikan oleh orang yang menuduh dan membuat lapuran polis konon dia dibelasah oleh Zahid dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan.

Walaupun dia tak lagi berkerja, bukan bererti dia tak boleh lagi berkerja. Dulu kerja apa menanggung dua anak dan menaiki motor besar?

Puas YB Raden Zahid mencari dan bermacam ikhtiar yang telah dia lakukan namun anak perempuannya dan cucunya itu tidak juga kembali ke pangkuan keluarga. Tentu sekali sebagai ibu bapa semakin resah dan cemas.

Sebagai seorang yang percaya dengan kekuasaan Allah swt, Raden Zahid, mengambil keputusan untuk ke Mekah menunaikan umrah sambil bermohon kepada Allah agar anak perempuannya itu kembali ke pangkuan keluarga. Zahid juga tak tahan hati melihat isterinya, Hamidah setiap hari berada dalam kesedihan.

Maha suci Allah Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, maka sekembalinya YB Zahid, dari Mekah dia menemui kembali anak perempuannya dan cucunya.

Betapa gembiranya hati seorang bapa bila anak kesayangan telah ditemui.Setelah menemui anaknya itu barulah dia mengetahui kenapa tiba-tiba sahaja anak perempuannya itu menghilangkan diri.

Rupa-rupanya ada manusia yang sanggup menggunakan ilmu hitam, ubat guna-guna untuk menculik anak perempuannya. Mengikut cerita Zahid lagi dalam kereta anak perempuannya itu, dia menemui bermacam-macam tangkal atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan ilmu hitam termasuk dibadan anak perempuannya.

Setelah diberitahu alangkah terkejutnya Zahid, bila mengetahui lelaki terbabit adalah salah seorang yang terlibat bersama-samanya menyertai ekspidisi motosikal besar yang dianjurkan oleh beliau.

Cuba anda berada di tempat Dato Zahid...? Apa perasaan anda bila mengetahui orang yang dipercayai sanggup buat begitu? Sanggup memalukan Zahid sekeluarga....!

Apakah anda akan hanya duduk berdiam diri atau akan singgahkan sebiji penumbuk di muka orang itu....?

Biasalah kalau jantan itu kena belasah, lepas kena belasah dia minta maaf.Orang bersalah. Kenapa ketika itu tidak buat lapuran polis?

Kerana orang sudah menghulurkan tangan memohon maaf, Zahid pun memaafkan lelaki tersebut dan minta dia berjanji perkara itu habis disitu saja.

Mereka bersetuju untuk menganggap kes ini sudah selesai tanpa ada sebarang dendam di hati. Dengan bersangka baik, Zahid tidaklah berdendam terhadap lelaki itu selepas dia memohon maaf.

Yang peliknya bila tiba hari bahagia anak perempuan Zahid mahu kahwin tiba-tiba sahaja lelaki tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid.

Perkara ini telah dibawa ke Parlimen tapi Zahid tidak didakwa kerana dia didapati tidak bersalah. Apakah mungkin ada pihak yang mahu merosakkan namanya....? Ini semua ada agenda politik.

Nampaknya juak juak Pembangkang semakin panas apabila Menteri KDN yang baru kita semakin tegas dalam melaksanakan tugas...!

Maka mereka tidak ada pilihan selain daripada mula main politik kotor, suka membabitkan isu isu peribadi untuk kepentingan politik mereka sahaja....

4 comments:

Anonymous said...

Orang bangang dan bermuka jongos sahaja yang selayaknya dihina...aku malas nak cakap kasar dan mencarut di sini sebab itu bukan budaya kita tapi budaya parti sebelah sana yang kononnya sangat-sangat Islamik. Bila jadi kes si Bazli yang sangat hensem ni aku dah tau dah yang dia ni memang mangkuk ayun tak tahu malu angkut anak perempuan orang ke sana ke mari macam hak pesaka mak bapak dia. Sekian ulasan ringkas aku. (Ini pakai bahasa paling lembut la ni)

Anonymous said...

besar tanggungjawab bebbb jaga anak yg dianugerahkan Allah.. bukan setakat beri makan dan pakaian... semua emak ayah yg ada anak akan dipersoalkan di depan Allah...

zahid.. syabassss... dah pergi mekah dan Allah kabulkan permohonan.. tu menunjukkan selama ini anda menjaga anak dgn baik hanya Allah bagi lagi ujian.. sekarang ada lagi ujian.. jika anda berjaya dlm ujian ini.. biasanya ada naik kedudukan kita dimata Allah.. mungkin kedudukan anda akan dinaikkan di dunia.. Allah mau lihat sejauh mana kesabaran anda.

Tapi yg pasti jika ada kes kita kena buat laporan polis dulu.. maaf kemudian... nanti berputar arah ke kita... penjenayah atau yg buat salah yg dpt keuntungan... GILOOOOO

Zahid kan nampak berani tegas.. apa lagi tentu dap nuor tak suka.. cari berjuta cara utk jatuhkan zahid.. semoga ia dilindungi Allah. Kpd org islam yg guna isu ini.. tak mustahil anak perempuan atau anak lelaki anda akan ada masalah...

Anonymous said...

Rasanya anak zahid tu masih isteri orang ketika kejadian tersebut...itu yang lagi panas....

Anonymous said...

bazli manusia pr Islamik ka sekarang ni? dibela oleh singh dap yg tak pernah makan rasuah, kata puak2 pr lagi!!! hebat kan puak2 pr terutamanya pas yg zuhud & suci dlm lumpur nih?????

antibohmaureturns