Friday, July 26, 2013

Najib Kasi Bonus Raya Ciput Jer.... Khalid Gagap Bagi Sebulan Gaji

Datuk Seri Najib Tun Razak telah puni mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pula mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

7 comments:

Anonymous said...

LU NI JAHAT. NAJIB BAGI BAYARAN KHAS DAN 2 PERGERAKAN GAJI YANG AKAN DINIKMATI SEPANJANG PERKHIDMATAN. KIRALAH SENDIRI BERAPA NILAINYA. BONUS SEKALI TU SAJA. TAPI KENAIKAN TU SAMPAI PENCEN. INILAH NAMANYA BLOGGER BODOH DAN HATI BUSUK.

Anonymous said...

Blogger ni xbdoh...tp kalo guna akal cerdik.. Kita sdri boleh nilai betapa riak n agkuhnyaB selangor tu...bg bnus sebulan gj...kenaikan gj dpat? Bnus2 4 thun sblm ni cmne mB?

Anonymous said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

Semua penjawat awam angkat tangan dan ucapkan terima kasih Kerajaan serta syukur alhamdulillah..bagus..mcm tu..lah.

Anonymous said...

Ahjibgjor kunun nak jd hero Malaysia era Cyber,hapuskan ISA,AktavHasutan dan byk lagi penyudahnya dia sendiri tak dpt jamin kesejahteraan dan ketenteraman awam terpaksa genggam jari angkat tangan tunduk mengalah dgn Cinabeng.

Anonymous said...

Tak kan kat Selangor je. Kat Pinang dan Kelantan tak dapat ke bonus sebulan?

Anonymous said...

Najib sudah lost control dgn agenda jilat cina