Thursday, July 18, 2013

Nuridayu Tinggalkan Suami, Tinggalkan 3 Anak Setelah Kena Pukau Jantan Indon.... Terima kasih Dato' Azeez Berjaya Selamatkan Nuridayu

Sambutan Ramadhan dan 1 Syawal yang menjelang tidak lama lagi pastinya lebih bermakna buat Mohd Riduan Abdul Razak sekeluarga selepas isterinya yang dilarikan ke Jawa Timur sejak 22 Jun lalu kembali ke pangkuannya atas bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Kehilangan Nuridayu Aziz, 34, disedari keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Namun, atas usaha Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Nuridayu akhirnya dapat disatukan semula dengan suami dan tiga anaknya iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6.

Ketika ditemui pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebentar tadi, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, Mohd Riduan menghubungi KP1M untuk mengesan isterinya yang dilarikan seorang warga Indonesia ke Jawa Timur pada 22 Jun lalu.

Beliau katanya, menyertai misi menyelamatkan Nuridayu yang dilarikan ke Rambipuji yang terletak dalam daerah Jember pada 26 Jun lalu.

“Lokasi ini terletak kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

“Dengan bantuan yang dihulurkan di sana, mangsa menjalani rawatan cara Islam kerana tidak mengenali langsung suaminya sendiri iaitu Mohd Riduan,” katanya lagi

Abdul Azeez menegaskan berkat sokongan semua pihak termasuklah Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, misi KP1M membawa pulang Nuridayu ke pangkuan keluarganya membuahkan hasil positif.

“Peristiwa ini harus menjadi pengajaran kepada kaum wanita terutamanya suri rumah supaya lebih berhati-hati dengan lelaki warga asing yang mungkin mengamalkan ilmu hitam.

“Dalam kes Nuridayu ini, beliau sendiri tidak sedar dirinya dilarikan ke Jawa Timur dan ketika ditemui, beliau berada dalam kebingungan dan langsung tidak mengenali Mohd Riduan, suaminya sendiri,” kata Abdul Azeez.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa pihak polis menyiasat kes itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melarikan Nuridayu.

“Pihak polis perlu mengambil keterangan daripada Nuridayu sebaik sahaja beliau pulih sepenuhnya agar pihak yang melarikannya ke Jawa Timur mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.


5 comments:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah Nuridaya kembali ke pangkal suami dan keluarganya, apalagi di bulan Ramadhan yang mulia ini dan untuk menyambut Aidilfitri - dan sungguh mulia usaha Datuk Azeez ini!

Tapi, tolonglah Datuk Azeez, lihat perkembangan yang amat merbahaya untuk Orang Asli miskin ini, termasuk yang Islam. NGO, yang disyaki dari puak Kristian Zionis DAP/PKR dan sekutu Barat-Israelnya, mensasarkan 8, 000 rumah orang Asli dari lebih 800 kampung, kononnya untuk di'TOLONG' dalam segala hal! Bahkan saya ada berjumpa dengan Orang Asli yang makin diKristiankan oleh puak Kristian Zionis ini, dan terus dihasut untuk membenci orang Melayu/Islam/Umno, serta untuk menyokong PKR/DAP. Sepatutnya pihak ATM dan NGO Melayu/Islam bekerjasama erat yang boleh membantu Orang Asli miskin membina rumah yang selamat selain dari menjaga kebajikan mereka.

Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/07/18/30-volunteers-join-forces-to-build-a-house-for-orang-asli-family.aspx:

Epic Homes was initiated by four friends back in 2010 to help orang asli families in Hulu Selangor.
The current house is the sixteenth Epic Homes has helped to build but this was the first time GE Malaysia and AirAsia Bhd collaborated with the former for such a project.

GE Asean chief executive officer Stuart Dean said the whole idea was to contribute to less-privileged communities…….

People-Powered Project
Epic Homes co-founder John-Son Oei said bringing more corporations into the Epic Homes programme was a significant achievement.

The whole aim of the project is to empower ordinary people as the solution to rural development, he said.

…….The underlying idea was not just to build homes, but to provide an avenue to help the orang asli community.

“There are many underlying issues that need to be tackled, not only concerning poverty but matters such as microfinance, education and medical facilities.

“Building homes gives us the chance to forge a relationship with the community and help outsiders mingle and establish ties with the locals,” said Oei.
Volunteers range between 18 to 60 years of age and come from diverse backgrounds.

They undergo basic training and are elevated to ‘master-builder’ status once they complete three to five houses.

The system trains individuals to become project managers, including how to raise funds for the project…….

…..Epic Homes target is to build housing for 8,000 orang asli families from 834 villages in the country over the next five years…...

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Maaf, sepatutnya `NURIDAYU`.

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Kalau iapun nak larikan awek carilah yang lawa sikit....mamat indon tu buta kot.

Anonymous said...

bagi offer mat indon larikan mak lampir....kalu dapat memang terror ler depa tu.....hahaha....
* x pn larikan nurul ijah nak tgk reaksi papa dia....

Anonymous said...

Peeraaahhh. Kena buat konon. Awat tak cakap kata sebab dah kena batang indon maka laki sendiri pun dah tak kenal lagi. Laki hang tu lelaki hensem tau. Nak tahu hensem ke tidak hang suroh dia bersidai ditempat minah kilang tunggu bas balik kerja. Tak dan sekerat hari dia pula yang kena bawa lari dengan minah kilang.

Minta2 hang berdua bahagia la noooo.