Friday, July 26, 2013

Owh Awek Awek Kuala Besut....! Keputusan PRK Kuala Besut Buktikan Melayu Bukan CINABENG Yang Mahu Jahanamkan Negara Kita

Blog The Flying Kick

Para pecacai Pakatan Rakyat sebenarnya hilang pedoman dan akhirnya terpaksa menggunakan artikel Malaysiakini yang mengejek kemenangan Barisan Nasional dan pengekalan kerusi DUN Kuala Besut sebenarnya adalah KEKALAHAN kerana Idris Jusoh menyatakan bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih 4000.

Samada mereka dari jenis yang bodoh atau memang tidak pernah amalkan, DAH KALAH, KALAHLAH....!, hanya mereka yang lebih tahu memandangkan argumen yang mereka buat, hanya membahlolkan diri sendiri.

Ada pula yang mengejek Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Najib Abdul Razak apabila Najib menyatakan UMNO semakin kuat.

Menurut mereka, keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut tidak boleh dijadikan kayu ukuran memandangkan Barisan Nasional bermodalkan jutaan ringgit, sedangkan PAS pula hanya doa dan bermunajat.

Satu hujah yang sangat klise dan terlalu condong untuk berbohong bagi menyelamatkan diri dengan alasan tahap bangang memandangkan sepanjang kempen dilakukan, pemimpin-pemimpin PAS menjanjikan pelbagai perkara termasuklah memberi rasuah minyak motosikal kepada penduduk.


Dengan penurunan 7% pengundi yang keluar membuang undi berbanding PRU lalu, majoriti untuk UMNO pula bertambah.

Para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR sudah mula memainkan isu kononnya para pengundi telah dibayar dan bukti yang mereka berikan ialah gambar orang beratur kononnya untuk mengambil duit masing-masing di beberapa buah rumah di tepi jalan.

Itu sajalah yang mampu dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menafikan kemenangan UMNO di Kuala Besut apatah lagi pertambahan majoriti pada ketika penurunan peratusan keluar mengundi, menjadi petunjuk jelas tentang sokongan yang diterima daripada pengundi.

Sesuatu yang sangat ketara ialah, Kuala Besut yang merupakan kawasan luar bandar di mana kebanyakan penduduknya bergantung kepada pertanian dan perikanan serta sedikit dalam bidang industri pelancongan, menjadi bukti bahawa Melayu-Islam teguh dan kukuh di belakang UMNO.

Biarpun PAS seringkali mendabik dada arah sokongan orang Melayu-Islam terutama sekali golongan muda menumpuk kepada parti berkenaan, hakikat yang ditunjukkan pula adalah sebaliknya.

Di semua saluran anak muda, sokongan terhadap PAS, tidaklah sekuat mana. Bahkan di kubu kuat PAS seperti Kampung Nangka, Kampung Nail dan Kampung Baharu pun, PAS tidak berjaya menguasai undi golongan muda.



Sekaligus, ianya juga menjadi petunjuk dan petanda bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu menumpukan lebih perhatian kepada penduduk-penduduk luar bandar yang cukup setia memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

Taktik membawa seramai mungkin penyokong dari luar bagi PAS, ternyata tidak mengkagumkan penduduk tempatan.....

Sebaliknya dengan kesesakan dan sikap pengotor kebanyakan daripada mereka, menimbulkan pula perasaan benci dan meluat sehingga akhirnya yang menjadi mangsa adalah Che Long atau Azlan @ Endut Jusoh yang menjadi calon PAS untuk DUN Kuala Besut.

Yang paling tidak senang hati di sebalik kekalahan PAS di Kuala Besut adalah DAP yang amat berharap, orang Melayu-Islam akan menderu-deru menyokong PAS, sekaligus memudahkan DAP menjadi penguasa sebenar sepertimana yang mereka cita-citakan.

3 comments:

Anonymous said...

Maka benarlah sabda Nabi junjungan penganut PAS yang mengibaratkan PRK Kuala Besut kali ini adalah peperangan yang menentukan antara Hak & Batil. Keputusannya -UMNO Hak & PAS adalah Batil.

Anonymous said...

Aku cadangkan pru 14 buat bulan puasa sbb pas bersenjatakan fitnah amarah amat tempang di bulan puasa.bulan puasa Allah akan berikan kemenangan pada pihak yg benar.perang uhud menang bulan puasa yakni ramadan.yg best kalau nak wat himpunan haram konpem tak larat hehe.

SentiasaPanas said...

Terbukti FITNAH parti pembangkang tumpas pada bulan puasa yang mulia ini..