Wednesday, July 3, 2013

Pengakuan Wanita Yang Tolong Sorok Duit Anwar Di Luar Negara.....!

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

“Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“…Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat…jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu,” katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil Pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar Pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

“Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan,” katanya.

BERNAMA

17 comments:

Anonymous said...

Kalau Anwar dan barisan pembangkang berani, saman lah Wikileak. Ape susah sangat ke. Anwar kan banyak duit. Saman lah. Kalau tak berani, tandanya perkara yang di nyatakan adalah "BENAR".

Anonymous said...

Kita tunggu tu Cina Spg Renggam kena dulu...sari dua ni kencing tak tus lah dia..

Anonymous said...

kalau anwar ada - mtakkan najib tak ada

Anonymous said...

Salam....bro, Anwar Ibrahim ini bukan malaikat...dia manusia mcm kita juga..sape nak tolak kalau dapat duit juta-juta kan?? tolonglah! YB-YB ahli-ahli politik ni semua manusia...semua ada nafsu kan?? itu sebab aku cukup benci dengan ahli politik yang depan cerita lain belakang buat lain bro...dah sifat manusia yang bernafsu juga membenci sesama manusia sampai nak berperang dan berbunuh-bunuhan...so aku juga manusia yang amat-amat benci akan manusia lain yang sikapnya bermuka-muka, konon alim ulamak berstatus pemimpin tertinggi tapi merembat betina sundal dan mengnyalah guna wang rakyat untuk kepentingan dan nafsu masing-masing, konon pejuang Islam tetapi menipu rakyat dengan bermacam-macam perjuangan palsu bersifat individu atas nama "rakyat", konon berjuang atas nama keadilan tetapi bersifat kuku besi dalam memilih pimpinan, konon cendiakawan dan ilmuan namun tiada langsung usaha yang dibuat untuk meningkatkan taraf pemikiran dan pendidikan penyokong totok mereka sendiri, selain ceramah sana-sini yang tiada langsung pengisian namun penuh kata maki dan cacian, dan bermacam-macam lagilah aku malas nak sebut dah...itulah sebabnya aku ini amat ANTI dengan manusia semacam itu yang langsung tak layak digelar PEMIMPIN! aku malas nak sebut lagi lah! ADA KEPALA OTAK DIANUGERAH TUHAN MAKA LU FIKIRLAH SENDIRI!

Anonymous said...

Pendek kata...selagi namanya manusia...biasa lah kan..apa aku kesah! Itu dah kira lumrah dah...apapun, kepada puak-puak pencacai penjilat tegar pemimpin mabuk kuasa dan wang ringgit, jangan nak defend atau nak cover line sangat la...rakyat bukan bodoh....jangan la kita ni jadi macam bidalan kuman diseberang laut nampak, GAJAH depan mata diabaikan....kepada manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin tu, ingatlah! Kamu tu memegang amanah dan bukan hak kamu untuk menyanggah pendapat rakyat! Tolong jangan berkokok sangat lah ke sana ke mari perjuang keadilan la...Islam la...orang lain salah dia aje yang betul! Kata orang lebih tapi diri sendiri yang berkapang berkudis berkurap! Pii rahhh!!! Cermin diri dulu lah!

Anonymous said...

Usahkan nak kata si Al-Jub tuh malaikat, nak hampir2 insan yg berakhlak tinggi dan baik pun jauh sekali, so segalanya mungkin dan menasabah dgn lagak dan tingkah laku manusia yg dinamakan Al_Jub ini....cer fikir, insan yg baik berprinsip sygkan negara waima apapun tak kan sanggup memburok2kan negara sendiri khasnya bila diluar negara inikan pula bila ada peluang kaut keuntongan utk diri dan keluarga, halal haram, ok tak ok semuanya jalan...sebab percayalah hanya manusia yg benar2 insaf dan takutkan Allah SAW yg akan berfikir banyak kali sebelum berbuat sesuatu kemungkaran sebab kalaupun dia teruja utk melakukannya namun keimanan yg ada akan membantu menghalang but this guy...yuck!!

Go and saman wikileakslah Al-Jub, clear your nama:)

Anonymous said...

Di parlimen harini Anwar nafi ada laporan dalam wikileaks...si cinabeng DAP Parlimen Batu yang berkepala batu tu pon pakat defend si Nuar...Woi Anwar Ibrahim, jangan cakap banyak la…rakyat bukan bodoh…semua orang tau akaun-akaun bank boleh dipegang/diuruskan atas nama proxy / wakil…ooooo…kalau pemimpin di kem BN sibuk ko nak highlight, sekali kena batang hidung sendiri sibuk nak nafi…iyolah……ko aje yang betul orang lain semuanya salah! kalau takde angin masakan pokok bergoyang abang non ooooiii…

Anonymous said...

KAMI ANTI ANWAR IBRAHIM!!!

Anonymous said...

Jadi ketua pmbgkang...nilai rumah 8 juta..
Hahaaaahaaa kena kencing aku oleh bapak gay a.k.a bapak blackout nie...
Sia2 tido dlm khemah dan berguling atas jln raya...

Anonymous said...

Mintak saudara Blogger MIK yang budiman perbanyakkan lagi posting pasal Anwar Ibrahim...dia kan gila glamour......biar rakyat tau dan takkan lupa siapa manusia ini sebenarnya, dan apa yang beliau mampu lakukan, sampai wujud kem Anwarinas a.k.a penjilat tegar di mana-mana. Sekian. (Ikhlas dari pengundi PAS di selatan Perak)

Anonymous said...

Nak tanya yang duduk tido berak dalam khemah di padang merbok tempoh hari...apa yang korang dapat ek? mungkin pengalaman berharga yang boleh dibukukan sedikit masa nanti...juga boleh la bangga dengan anak cucu, atuk & nenek kamu ni dulu sanggup tido dalam khemah demi Anwar Ibrahim....hehehehe...jangan kata la perjuangan untuk kebebasan bersuara bro...itu semua alasan basi! ko tengok Mesir tu...tengok dan fahamilah apa isu sebenar diorg...sebenarnya orang arab ni suka berbalah...sejarah dah tertulis sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi..actually, IT WAS REALLY A NON-ISSUE u faham tak????!!!!

Anonymous said...

Datuk Bung Mokhtar memang makin lantang, tangkas dan bijak - pemimipin UMNO macam inilah yang jenerasi muda harapkan sebagai inspirasi Nationalisma kita! Kalau benar dakwaan Wikileaks ini, KDN perlu siasat dan dakwa. Dan kalau ini benar, kenapalah ada pemimpin Melayu/Islam macam Anwar ini yang sanggup menggadaikan agama, bangsa dan negara pada Israel, macam biawak gelojoh?

Bahkan, penyiasatan rasuah juga perlu melibatkan penyiasatan terhadap PENAJAAN penjajah Barat-Israel (Israel selalunya berselindung bawah rejim/NGO-NGO/media US) kepada DAP/PKR dan NGO-NGO mereka serta media-media mereka seperti Malaysiakini ini, serta gereja-gereja Evangelis Kristian Zionis mereka! Juga penyiasatan perlu terhadap kegiatan ketua-ketua DAP/PKR ke luar negara, contohnya mengapa Theresa Kok sering ke Jerman.

KDN jangan biarkan ini semua berlaku kerana ini berkaitan KESELAMATAN dan KEDAULATAN Islam/umatnya dan bumi kita ini sebagai warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

ABAI...ASAL BUKAN ANUAR IBRAHIM!!!!!!

Anonymous said...

"Kepada yang duduk tido berak dalam khemah di padang merbok tempoh hari..." Sedarlah. Kalau masih adak mak bapa lagi, berbaktilah kepada kedua org tua, itu lebih mulia dan dituntut agama. Kalau ada anak isteri, tumpukan kepada keluarga, itu lebih baik. Dan kalau masih bujang, berbakti kepada agama, bangsa dan Negara. Itu lebih patriotik daripada melakukan kerja sia-sia.

Anonymous said...

kalau aljuburi x di tangkap kerana kes2 yg sudah terang2 sebelum ini spt liwat, menghasut, fitnah dll....inikan pula pasal akaun di israel......bermimpilah korang...aljuburi ni kebal dr undang2....

Anonymous said...

pendedahan demi pendedahan tentang pekung aljuburi ni x akan memberi kesan pada dia...tgk shj kes2 aljuburi tentang liwat, fitnah, menghasut dll.....semua tu setakat kecoh di mediasosial jer...x sampai mahkamah pun....aljuburi kan kebal dr undang2...

Anonymous said...

Sampai mahkamah tu memang sampai bro...tapi faham-faham ajelah....tengok tindak tanduk Anwar selama ni..kalau hakim tak berpihak pada dia..dikatanya sistem kehakiman tak bebas...kalau penghakiman memihak pada dia pulak, heboh satu dunia kata sistem kehakiman Malaysia ni telus dan adil...aku tak faham apa jenis pemimpin macam ni......tu sebab la dapat gelaran Sesumpah!!