Friday, July 19, 2013

Persoalannya Sekarang.... Siapa Kakitangan SPR Yang Dok Kasi Info Dan Dokumen Kat Rafizi Untuk Balun SPR...?


Isu pembekal dakwat kekal terus masuk ke episod yang makin menarik......

Selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat itu yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi SPR dan memperolehi projek bernilai RM7.1 juta itu melalui rundingan terus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof melenting menafikan sama ada beliau atau Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Omar, mengenali atau mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat itu.

Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat Rafizi di dalam Parlimen itu sebagai fitnah di bulan Ramadan dan kecewa mereka difitnah sedemikian rupa, beliau juga menafikan terlibat dalam urusan pembelian dakwat itu sambil mengatakan ianya diuruskan oleh urusetia SPR yang diketuai oleh Setiausaha badan itu, Kamaruddin Baria.

Kamaruddin Baria pula kemudiannya turut menafikan mengenali pemilik syarikat Intergrated Challenger (M) Sdn Bhd iaitu Mohamad Salleh Mohamad Ali, yang didakwa Rafizi sebagai pembekal dakwat itu sambil menuduh Rafizi sengaja membuat pendedahan mengenainya di dalam Parlimen kerana mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Dengan membuat dakwaan bahawa Rafizi sengaja berselindung di sebalik kekebalan undang-undang sebagai Ahli Parlimen, Kamaruddin seolah-olah memperkecilkan butiran pendedahan yang dibuat oleh Rafizi itu dan dalam masa yang sama takut diambil tindakan mahkamah jika pendedahan itu tidak benar.

Dalam erti kata lain atau secara halusnya, Kamaruddin seolah-olah mencabar Rafizi agar membuat dakwaan yang serupa di luar Parlimen agar beliau boleh mempertahankan dirinya daripada segala dakwaan itu dengan mengambil tindakan undang-undang.

Dalam masa beberapa hari, isu pembekalan dakwat kekal itu juga menjadi panas dalam perbahasan di Parlimen.

Sambil ada Ahli Parlimen yang mahu membawa Rafizi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat dakwaan tidak benar, Speaker Pandikar Amin Haji Mulia akhirnya membuat keputusan agar Rafizi mengulangi apa yang didedahkannya di dalam Parlimen itu di luar Parlimen pula supaya orang yang dituduhnya dapat mempertahankan diri dan menjawab segala dakwaan yang dibuatnya.

Semalam Rafizi telah menunjukkan keberaniannya dengan memenuhi permintaan Speaker itu dan membuat sidang akhbar di luar Parlimen bahawa Mohamad Salleh Mohamad Ali dan syarikat miliknya, Intergrated Challenger (M) Sdn Bhd adalah pembekal dakwat kekal kepada SPR untuk kegunaan dalam pilihanraya umum lalu dan memperolehi kontrak tersebut kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan itu.

Beliau juga membuat pendedahan bahawa sebuah lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamad Salleh iaitu Nash Ventures Sdn Bhd, turut mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR. Kedua-dua syarikat itu juga didakwa Rafizi memperolehi kontrak-kontrak tersebut melalui rundingan terus dengan SPR.

Nah, sekarang Rafizi sudah memberi peluang kepada SPR yang sebelum ini menafikan segala dakwaan itu dan menuduh Rafizi berselindung di sebalik kekebalan sebagai Ahli Parlimen, untuk menjawab, menceritakan kebenaran dan mengambil tindakan mahkamah sekiranya dakwaan itu tidak benar.


SPR melalui Tan Sri Aziz Yusof, Datuk Wira Wan Ahmad atau Kamaruddin tidak seharusnya berlengah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang jika segala dakwaan Rafizi itu tidak benar.

Tiada ruang lagi untuk mereka sekadar menafi tanpa bukti atau berdiam diri selepas ini.

Sekarang adalah waktunya untuk mereka mengembalikan keyakinan dan kewibawaan SPR sebagai badan bebas yang betul-betul mempunyai intergeriti di mata rakyat.

Setelah SPR begitu banyak dipertikaikan dalam urusan pengendalian pilihanraya tetapi pemberian kontrak dakwat kekal yang akhirnya didapati tidak kekal dan hanya mempunyai campuran pewarna makanan, adalah episod malang dan memalukan bagi SPR. Keyakinan rakyat luntur sebagaimana lunturnya dakwat yang tidak kekal itu.

Bagaimana rakyat hendak percaya dan yakin dengan kewubawaan SPR sedangkan untuk memilih dakwat kekal yang cukup mudah itu pun tidak mampu dilakukan dengan sempurna.

SPR tiada pilihan lagi sekarang ini.....

Jika segala dakwaan Rafizi itu tidak benar, saman dan tuntutlah permohonan maaf, gantirugi atau apa saja daripada Rafizi. Berdiam diri atau sekadar menafikan dalam sidang akhbar bukan lagi jawapannya di peringkat ini.

Jika SPR terus berdiam diri selepas ini dan tidak juga mahu mengambil tindakan undang-undang, persepsi rakyat amat jelas bahawa mereka adalah dipihak yang salah dan Rafizi dipihak yang benar. Hanya tindakan undang-undang boleh membersihkan nama SPR.

Tetapi jika kebenaran tidak mampu dipertahankan lagi, langkah terakhir yang boleh dibuat hanyalah dengan mengundur diri atau menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai pengendali badan itu.

Berdiam diri dan di ketika yang sama sama terus berada dalam SPR, merupakan tindakan paling memalukan dan tidak bermaruah.

Semua pilihan ditangan SPR sepenuhnya sekarang...!

12 comments:

Anonymous said...

Kalu dakwaan Rafizi adalah benar..maka SPR adalah pengkhianat negara bersekongkol2 dgn rakyat Singapura..mungkinkah scandal spt NFC akan berulang kembali?

Anonymous said...

Memandangkan Rafizi sudah buat tuduhan di luar parlimen, maka adalah menjadi tanggungjawab SPRM untuk membuat siasatan ke atas dakwaan ini. SPRM tidak perlu tunggu aduan bertulis dari orang ramai baru hendak buat siasatan, teruskan buka fail siasatan. Apa tunggu lagi?

Anonymous said...

KAKITANGAN YANG TIDAK ADA INTEGRITI DAN TIDAK AMANAH PADA TUGAS YANG DIBERIKAN...

SEMOGA DIBERIKAN PETUNJUK DAN HIDAYAH ATAS KEKHILAFANNYA..

hangkedee said...

Yes!Pintu saman menyaman telah terbuka SPRM&SPR buktikan. Jangan seperti Aljub tak mahu bersumpah.

Anonymous said...

SPR tu siapa..orang2 yang dimaksudkan biarlah JELAS,Jangan terjerat dengan PEMITNAH TEGAR tu!

Anonymous said...

Rasanya, dia tak namakan siapa. Yg dia bgtau cuma kepimpinan tertinggi SPR. Siapa dia yg dimaksudkan tu? Bgtau je supaya yg dituduh tu boleh pertahankan diri.

Anonymous said...

Kenapa SPR tak pakai dakwat tu tenyehkan tatoo kan saja dahi Rafizi,Al Jubs serta para pemimpin PR yg lain.

moya said...

Semasa di uar Parlimen, Rafizi tak sebut nama orang atas SPR yng terlibat, macam mana nak bawa ke tengah hal ini. Rafizi cuma cakap nama-nama no 1 dan No 2 SPR di dalam Parlimen sahaja, dalam Parlimen, Rafizi kebal dari saman.
Pandailah Rafizi ini, baling batu sembunyi tangan.

Anonymous said...

Isu yang harus dijawab oleh Rafizi,bagaimana dia boleh memperolehi maklumat tersebut.Siapakah yang terlibat?Adakah tuduhan yang dibuat mempunyai asas yang kukuh?Adakah orang SPR sendiri membocorkan maklumat?Adakah maklumat tersebut tepat?Byk lagi soalan yg harus dijawab...

Anonymous said...

Isu yg dibankitkan oleh Rafizi menjelaskan pengertian PERKRONIAN yg merupakan suatu amalan tradisi dan wajib semua negara dlm dunia ini maka Kualiti dan Korupsi adalah masalah pokok yg sering diperdebatkan.Cinabeng dan pembangkang kebanyakkannya mempunyai sejarah rekod penyelewengan masa lalu adalah telunjuk lurus kelingking berkait yg sering berlagak adil dan saksama dimata masyarakat.

Anonymous said...

apa nak hairan.. perisik pakatan bersepah kat kementerian2 di putrajaya tu...bagi diorg uruskan dokumen penting senanglah di fotostat kan.

Anonymous said...

Baru Rafizi cakap macam ni, bunyi macam blogger MIK dah tak yakin pulak dengan SPR dan mula nak suruh letak jawatan. Senang betul MIK kena jolok ngan Rafizi kan?