Thursday, July 25, 2013

PRK Kuala Besut - Dalam Tempoh 11 Hari Sahaja BN Telah Lancarkan 15 Projek Bernilai RM500 Juta Untuk Rakyat Kuala Besut....! Siapakah Yang LAYAK Bergembira...?

Kupasan oleh SH

Seperti yang dijangka, Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut adalah kawasan yang sukar bagi PAS. Walaupun PAS turun bertanding dengan semangat yang tinggi ingin membawa perubahan dan mencipta sejarah Terengganu seri, Kuala Besut nampaknya bukanlah medan yang sesuai bagi tujuan itu.

Meski PAS kali terakhir pernah memenangi DUN Kuala Besut pada 1999 tetapi sejak 2004, kawasan itu merupakan kubu ampuh bagi UMNO dan BN.

Sejak kepimpinan Idris Jusoh di Besut dimana beliau juga pernah menjadi Menteri Besar daripada 2004 hingga 2008, kawasan itu sudah beralih menjadi kubu yang selamat bagi UMNO dan BN.

Tambahan pula dalam Pilihanraya kecil kali ini, BN juga melambakkan projek pembangunan bernilai hampir RM500 juta yang meliputi 15 projek untuk kepentingan nelayan dan pelancongan di kawasan itu....

Dengan tempoh kempen hanya 11 hari tetapi 15 projek dicurahkan, bermakna dalam sehari penduduk di situ diberi lebih daripada satu projek pembangunan...!


Ini merupakan suatu hakikat bahawa kerajaan sebenarnya amat pemurah dalam mencurahkan projek jika kedudukannya hampir tergugat....

Dalam keadaan itu, tidak menghairankan jika BN terus menang di Kuala Besut. Bagaimanapun, kemenangan ini sebenarnya tidak boleh terlalu dibanggakan jika dikira dengan nilai wang yang dicurahkan berbanding dengan undi yang diperolehi.

Meskipun mengekalkan kedudukan 17-15 di DUN Terengganu, kemenangan di Kuala Besut hanyalah dengan majoriti 2592 undi berbanding 2434 pada Pilihanraya Umum 5 Mei lalu.

Ini bermakna dengan hampir RM500 juta dicurahkan, 15 projek pembangunan dilambakkan dan hampir semua Menteri dan pemimpin UMNO serta kerajaan berkampung atau berulang-alik ke Kuala Besut, peningkatan undi yang diperolehi hanyalah 158 sahaja.....

Terlalu mahal kos yang perlu dibayar untuk kemenangan ini dan hampir tidak berbaloi dengan nilai kemenangan yang diperolehi.


Kalaupun kemenangan ini mahu juga dibanggakan dan membuatkan hati gembira, barangkali yang layak berbuat demikian hanyalah Menteri Besar, Ahmad Said saja.

Dengan kemenangan ini dan mengekalkan status quo 17-15, Ahmad Said sekurang-kurangnya akan kekal lagi sebagai Menteri Besar sehingga 2018.

Jika BN kalah dan kedudukan menjadi 16-16, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tentunya akan tergugat....! Tetapi sekarang beliau tentunya boleh tersenyum panjang sehingga tarikh Pilihanraya Umum akan datang.

Kerusi Menteri Besarnya pasti selamat dan tidak tergugat lagi, kecuali kalau ada lagi ADUN BN yang meninggal dunia selepas ini.

Bagi Muhyiddin dan Idris Jusoh yang menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah Pilihanraya pula, kemenangan ini tidak mengubah apa-apa kedudukan mereka. Mungkin sekadar menerima pujian dan kata-kata ucapan tahniah saja....

Kedudukan Najib juga tidak berubah. Kemenangan di Kuala Besut ini juga tidak mungkin menjadikan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang didudukinya bertambah kukuh atau kebal.

Isu Pilihanraya Kecil jelas berbeza dengan isu dalam pemilihan UMNO. Sekiranya ditakdirkan ada pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO hujung tahun ini, kemenangan di Kuala Besut ini sama-sekali tidak menjadikan geraf politiknya menaik, bertambah baik atau menjadikan beliau takut ditandingi.


Sokongan pengundi Melayu luar bandar terhadap UMNO yang dicapai dalam kemenangan di Kuala Besut ini tidaklah terlalu menghairankan.

Kemenangan 133 kerusi dalam Pilihanraya Umum lalu pun disumbangkan oleh pengundi Melayu di kampung-kampung, luar bandar dan pedalaman.

Sokongan mereka kepada UMNO dan BN adalah kerana keyakinan mereka UMNO masih memperjuangkan kepentingan Melayu di samping adanya pemimpin seperti Muhyiddin yang masih kuat jiwa melayunya.

Iulah sandaran sokongan pengundi Melayu luar bandar kepada UMNO.

Dalam erti kata yang lain, pengundi Melayu rata-ratanya menolak sikap liberal, terbuka dan jiwa 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh Najib.

Hanya kerana masih adanya Muhyiddin dan lain-lain pemimpin yang meletakkan "Melayu dahulu" yang masih ada dalam UMNO yang masih menambat hati mereka ini terhadap UMNO.

Meskipun Muhyiddin menyifatkan kemenangan di Kuala Besut adalah hadiah hari jadi kepada Najib yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 60, hakikatnya hadiah ini tidaklah begitu berharga kepada Najib

Berbanding Ahmad Said yang dihadiahkan dengan kekal sebagai Menteri Besar melalui Kuala Besut dan Muhyiddin yang lebih diberi pujian atas kedudukannya sebagai Pengarah Pilihanraya, Kuala Besut sebenarnya hanya memberi makna yang kecil bagi Najib.

Bahkan yang lebih dibimbangi Najib kiranya aura kemenangan Kuala Besut ini lebih menyerlahkan kehebatan Muhyiddin berbanding dirinya menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini.

7 comments:

Anonymous said...

Sokong UMNO, Tolak Najib!

Anonymous said...

eloklah ditukarkan Najib dengan Muhyidin pula, Najib boleh dapat gelaran Tun, kasi can orang lain pulak, Najib nampak sangat lemah sebelum dan selepas pru13, di mana beliau masih lagi mempertahankan kaum cina berbanding kaum melayu, beliau ingin menampakkan yang beliau seorang PM yang adik tetapi secara tak langsung menindas kaum melayu,beliau juga jelas kelihatan jahil bab agama apabila gagal mendidik isteri untuk berhijab,manakala dari segi pentadbiran pula beliau langsung tidak mendengar suara hati penyokong bawahan ini yang mahukan Malaysia melaksanakan undang2 islam sepenuhnya di malaysia agar dapat mengekang dan membasmi terus jenayah dan juga penghinaan terhadap islam, beliau adalah pemimpin umno, yang mana umno kini boleh mendabik dada berkuasa penuh di parlimen, tetapi sangat takut untuk melaksanakan undang2 islam yang wajib di laksanakan oleh pemerintah yang berugama Islam.

Pemuda Umno Larut

Anonymous said...

Biarlah projek tersebut melimpah dan manfaatkan orang-orang Melayu-Islam keseluruhannya di Besut. Kerajaan BN jangan nak gatai-gatai bagi apa-apa projek pada cinabeng-cinabeng lahanat sehingga mereka kaya dan bertapak ke anak cucu di Besut.

Ingat tak perlu projek rumah lebih RM50 ribu ke atas, tak perlu tanah pegangan bebas, tak perlu sekolah jalang cinabeng komunis (sjkc). tak perlu lagi terhegeh-hegeh nak jilat cinabeng bagi berjuta-juta. Ramai lagi Melayu yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Anonymous said...

Pemuda Umno larut.

Lain2 yg kau kemukakan aku setuju kecuali 'jelas kelihatan jahil bab agama apabila gagal mendidik isteri untuk berhijab'. apa ni bro! kau sibuk pasal rosmah tak pakai hijab apa hal? tu bukan tanggungjawab kau. itu kerja & dosa suaminya..kau jgn lak sibok!. Allah SWT takkan siksa kau di akhirat kelak pasal rosmah tak pakai tudung. Bini, anak & adik perempuan..aa..yg tu kau kena soal! ok!
Lepas tu jgn lak kau menilai org jahil tentang agama, tu keje Allah SWT. Jaga diri kita sendiri dulu sblm tuduh org tu jahil agama. Kau ni dah jadi mcm Pok nik Ajis pulak dah! Terlebih perasan bagus dr org lain!
Lagipun..hijab tak de dlm Quran..hudud pun tak de dlm quran..berkhatan pun tak de dlm quran..mgkn kau tak tau kan? Ketiga2 perkara ini masih jadi perdebatan antara alim ulama seluruh dunia(bukan aku yg cakap..ok) tp herannya ketiga2 perkara tu terang2 ada dlm Bible..kau tau ke? Mmg ada dlm hadis Rasulullah SAW tp ia juga masih dipertikaikan kesahihannya.
Pesan aku kita jgn jadi lebih dr org Kristian & jgn jadi melebih pulak jadi org PAS!

Anonymous said...

Projek utk rakyat lg byk lg baik kalau kerajaan boleh kasi projek nilai beratus billion lg chantek dgn syarat semuanya utk Melayu dan diselenggarakan penuh oleh syarikat Melayu tanpa ada eksploitasi Cinabeng taik babi.Kita sokong Umno tapi Ah Jib Gore dah tak boleh pakai.Muhyiddin atau sesiapa yg layak wajib ambil alih jwtn PM.Perwakilan Umno pdrlu sebulat suara Pencenkan Ah jib.Lantaklah Ah Jib Gore nak jd penaung atau pengerusi Dewan niaga Cina atau Sotong Jzong ke haper jadah.Terlalu bosan meluat tengok Pemimpin Melayu asyik jilat tapak kaki Cinabeng...

salim hasan said...

Dia jadi PM atas belas kesian orang melayu.Tapi dalam kepala otak dia termasuk adik dia si Nazir tak sedor diri tu mana ada jiwa melayu.
Kalau diimbas cara dia dan Kerismudin(sepupu dia) naik dalam politik adalah dengan tangga emas kerana mereka anak bekas PM Tanpa melaui pertandingan sengit dan bersusah payah berjuang dan pernah mengalami kekalahan seperti dialami TS Mahyudin.Tun Mahathir dan Mukhriz (meski beliau juga anak bekas PM)Jelas dalam hal ini Mukhriz berbeza dengan Kerismudin dan Najib.Lazim nya pemimpan yang tidak pernah melalui onak dan duri sukar untuK menjadi pemimpin yang berjaya dan cemerlang.
BUAT NAJIB DAN KERISMUDIN UNDUR JE LE SEBELU KAMU DI UNDURKAN

Anonymous said...

tak kisah la projek ratus juta atau 1 billion ka.. itu yg memang patut kws melayu dpt... sblum nie sikit punya bengkek bila prk, sek2 cina saje yg dpt juta2 bantuan, dan spt biase sek kebangsaan pasti la kurang dari sek cina nilai bantuannye.. belum lg projek utk kws tersebut..
kite masih menunggu juga berapa juta yg ah jib gor nak kasi pd kws2 parlimen yg menang krn sokongan melayu,islam dan bumiputra..