Wednesday, July 31, 2013

Sewaktu Shukur Idrus Jadi Ketua Penerangan UMNO Selangor Dia Pemalas Dan GAGAL...! Apakah Dia Layak Naik Pangkat Jadi Timbalan Pengerusi UMNO Selangor...?

Sebaik sahaja berlaku Tsunami PRU 12 2008, keputusan di Selangor adalah yang paling memeranjatkan kerana buat julung julung kalinya UMNO-BN hilang kuasa....

Iya, ianya adalah sesuatu yang memeranjatkan rakyat Malaysia, malah juak juak Pakatan sendiri pun tak pernah menyangka dapat durian runtuh!

Sudah pasti dalam tempoh 2008 sehinggalah mencecah tempoh akhir penggal, iaitu tahun 2013 tugas berat menanti UMNO-BN di Selangor untuk kembali berkuasa. Bukan tugas mudah untuk merampas kembali tahta kerajaan negeri.

BN Selangor sesungguhnya diketuai oleh UMNO sebagai tunjang. Maka pimpinan UMNO memainkan peranan yang amat penting untuk bekerja kuat membanting tulang untuk membawa kemenangan pada PRU 13. Sudah pastilah tugasan paling penting turut sama dipikul oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus

Sepanjang tempoh tahun 2008 sehinggalah akhir penggal, iaitu Mei 2013 kelihatan juak juak Pakatan lebih hebat dan rancak menganjurkan banyak program penerangan berbanding dengan UMNO Selangor....

Walaupun Pakatan Rakyat secara rasmi sudah pun menjadi kerajaan di Selangor namun mereka tetap bekerja kuat menjalankan banyak program peneranagan kepada rakyat dengan tujuan mahu kekal memerintah di negeri yang paling kaya dalam Malaysia ini..

Kaedah mengadakan program penerangan dan ceramah merupakan salah satu cara untuk pimpinan sesebuah parti itu dekati rakyat dan menyampaikan maklumat. Banyak lagi kaedah yang lain seperti sebaran buletin, flyers di masjid masjid, di tempat letak kereta dan sebagainya. Tujuan utama adalah untuk menyampaikan berita serta maklumat kepada pengundi.

Kalau kita masih ingat sekitar tahun 2008, 2009, 2010 di negeri Selangor terlalu banyak isu yang boleh mendedahkan kepincangan juak juak Pakatan.  Isu ladang ternakan babi secara besar-besaran, isu rampasan arak di kedai 7-11, isu kalimah Allah, isu rompakan pasir, isu UNISEL, isu sampah, isu bas mewah Menteri Besar, isu moral ADUN Bukit Antarabangsa, isu pembongakaran kekayaan sekelip mata Ahli Parlimen Ampang, banyak lagi...! 

Sepatutnya pihak UMNO-BN mewah dengan isu isu TETAPI Ketua Penerangan UMNO Selangor Shukur Idrus buat apa...?

Kenapa tidak ada roadshow dan rally UMNO Selangor jelajah seluruh negeri mengadakan majlis penerangan dan dedahkan semua ini kepada rakyat..?

Banyak program program ceramah hanyalah atas usaha gigih beberapa NGO seperti SSDE, GAPS dan TIBAI. 

Shukur Idrus dengan pangkatnya sebagai Ketua Penerangan UMNO Selangor lebih selesa duduk membesarkan perut... Kalau ditanya, juak juak penjilat tegar Shukur akan berkokok memaklumkan Yb Shukur sibuk bekerja dikawasannya sendiri, DUN Kuang.

Inilah sikap buruk yang sangat sangat pentingkan diri sendiri, hanya memikirkan perut sendiri sahaja!

Tugas asas sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat dikawasan yang diberikan mandat oleh rakyat sudah tentulah wajib dilaksanakan. Tetapi hakikatnya ialah Shukur merupakan Ketua Penerangan UMNO Selangor, maka beliau wajib juga melaksanakan tugas untuk memberikan penerangan kepada rakyat seluruh Selangor. Ini juga merupakan tugas wajib buat Shukur...!

Selesai PRU ke 12 tahun 2008 apabila BN-UMNO hilang tahta kerajaan di Selangor, masih ada 22 wakil rakyat ADUN UMNO. Bilangan ADUN kalau mengikut parti masih terbukti UMNO mempunyai bilangan paling ramai berbanding dengan PKR, PAS dan DAP.

Kerajaan Selangor tahun 2008 milik Pakatan setelah dicampurkan wakil wakil rakyat dari PKR, PAS dan DAP menjadi 33 orang. PKR paling banyak menang kerusi ketika itu, 13 ADUN. Nah, masih jauh bezanya dengan bilangan ADUN UMNO....

Hari ini setelah diumumkan keputusan PRU 13 secara rasmi, bilangan wakil rakyat UMNO di Selangor semakin mengecil, hanya tinggal 12 ADUN sahaja

Wajarkah Shukur dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengerusi UMNO Selangor...?

Sekian dahulu sebagai mukadimah untuk menceritakan al-kisah bekas Ketua Penerangan UMNO Selangor yang terbukti pemalas dan gagal.... Nantikan sambungannya!

7 comments:

Anonymous said...

Dalam Umno apa saja pun boleh jadi asalkan lebihkan bodek Najib, pergi jahanam dengan kritikan dari akar umbi kerana diketika ini akar umbi tidak diperlukan, akar umbi hanya akan diperlukan ketika PRU nanti. Ketua Bahagian yang sabotaj parti pun dibiarkan memerintah dengan penuh haprak....lagi ditolong Umno, lagi naik lemak mereka mendabik dada kononnya umno masih diterima rakyat tapi akar umbi inilah yang mambantu mereka....Umno memang tak akan berubah selagi tidak jatuh semuanya.

Anonymous said...

Winnable candidate katanya! Ptuiih! Cronycable candidate la tuuuu!

Anonymous said...

Pnfai jilat jubur Najib fan Rosmah naik lah..tak kira bebal, kayu, batu, wa imah Taik sekali pun..oooop lagi satu jika sanggu tukar nama Ke Cina..sure dapat...

Anonymous said...

aku kenal la ini yb shukur dia beli degree konon2 dia tu graduate laa. piiiraaahhhh!!! degree pi beli kat filipina

universiti tak ujud pown! babi punya yb shukur nie penipu sial

kalau korang x cayer suwoh yb shukur ni speaking, memang hancuss la wei

Anonymous said...

Saudara,tak payah pergi jauh la,tengok rumah YB Kuang ni,nilaikan sendiri kos pembinaan semula rumah beliau.Rumah di Shah Alam macam mana pulak?Corner lot juga di renovasi.Mana datang duit sebanyak itu?Elaun ADUN boleh ke bina/renovasi rumah sedemikian besar?Siapa yang jahanamkan UMNO sebenarnya?Jangan kita sibuk salahkan PR bila pemimpin UMNO sendiri di ragui kredibilitinya.

Anonymous said...


kepada para comentar sila tampilkan diri jgn bersembunyi sebalik anonymous terutama yg melemparkan tuduhan terus kepada shukur berlaku adillah kepada diri sendiri bila membuat kenyataan

Anonymous said...


kepada para comentar sila tampilkan diri jgn bersembunyi sebalik anonymous terutama yg melemparkan tuduhan terus kepada shukur berlaku adillah kepada diri sendiri bila membuat kenyataan - ddarurat