Monday, July 1, 2013

Sidang Dewan Rakyat Tempat Untuk Wakil Rakyat Buat Apa....?

Dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah 222 Ahli Parlimen dan bermulanya Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, ia sekali lagi membuktikan proses demokrasi masih kekal subur di negara ini.

Sebelum ini, bantahan demi bantahan dilakukan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu kerana didakwa tidak telus dan memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka juga menggugut memboikot majlis angkat sumpah, namun akhirnya semua Ahli Parlimen pembangkang itu hadir dan majlis angkat sumpah berjalan dengan lancar.

Ia secara automatik mengesahkan Pembangkang kini menerima dan mengiktiraf keputusan PRU-13 dibuat rakyat menerusi peti undi. Sekarang adalah masa terbaik menyuarakan harapan pengundi di dewan mulia itu bagi memastikan proses transformasi pembangunan dapat diteruskan.

Suara akar umbi perlu dibawa, dibincang dan dibahaskan pada mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13. Tiada alasan lagi untuk mereka bertindak tidak matang dengan mengapikan perasaan penyokong yang kebanyakannya gagal mendapat gambaran sebenar mengenai proses demokrasi di Malaysia.

Kekecohan yang cuba dicetuskan sekumpulan aktivis di jalan utama menuju Bangunan Parlimen ketika majlis angkat sumpah hanya perbuatan tidak bertanggungjawab.

Komposisi 133 wakil BN dan 89 Pakatan Pembangkang di Parlimen menggambarkan suasana yang lebih berbeza berbanding sebelum ini. Ketika kerajaan berusaha membawa Malaysia menuju negara maju menjelang 2020, wakil Pembangkang perlu menjadi pembahas yang baik dan menilai dasar kerajaan secara bertanggungjawab.

Peranan mereka bukan sekadar membangkang, bahkan menjadi peneliti dan penyuara hasrat rakyat yang terlepas daripada pandangan umum. Kita harap mereka menggunakan sesi persidangan secara matang dan berhemah, tidak mencetuskan polemik tidak sepatutnya.

Rakyat memerhati secara terperinci setiap perbahasan di Dewan Rakyat dan akan menghukum kecuaian mereka jika gagal membawa amanah diberikan menerusi peti undi.



Saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya Pakatan Pembangkang menubuhkan kabinet bayangan perlu dipertimbangkan. Cadangan berkenaan bertujuan memudahkan proses perdebatan dalam konteks mengenal pasti pembahas utama dalam isu membabitkan kepakaran mereka.

Sekarang masa terbaik memikirkan kepentingan rakyat dan negara, serta mengetepikan kepentingan peribadi. Ahli Parlimen sepatutnya menghormati gelaran Yang Berhormat – YB, bukannya bertindak kebudak-budakan ketika di Dewan yang mulia itu.

SUMBER 

2 comments:

usin said...

yang pastinya majoriti wakil rakyat akan buat 3 perkara ini. buat bodo, buat tak tau dan buat kecoh. terutama pembangkang...

Anonymous said...

Pembangkang tak kisah pun utk menubuhkan Kabinet Bawah Pokok sekalipun tidak sah tetapi bukan Kabinet Bayangan Dewan Rakyat.Pembangkang dah jemu mengejar bayang bayang mereka sendiri terutamanya Datuk Anwar.Mereka pasti alah tapi tak tegal dgn pepatah baru SEPERTI PEMBANGKANG DGN BAYANG BAYANGNYA.