Thursday, July 4, 2013

TAHNIAH Dr Rais Yatim....! Presiden UIAM Yang Baru....



Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.

Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.

Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan UMNO Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2008/2011.

12 comments:

Anonymous said...

Sebagai salah seorang alumni (LLBS-99-2004)saya rasa sepatutnya perlantikan Presiden UIAM harus bebas dari segala bentuk pengaruh politik. Apapun, keputusan DYMM Sultan Pahang harus dihormati oleh semua pihak, baik pentadbir, pemimpin mahupun pelajar. Teringat saya dikala Anwar Ibrahim menjadi Presiden. Saya nampak banyak kesan terhadap pentadbiran universiti ekoran perlantikan dikalangan ahli politik. Segala urusan dalaman UIAM sebagai sebuah institusi pendidikan antarabangsa yang sepatutnya telus dan bebas dipengaruhi oleh keputusan berbaur politik. Apapun, SAYA ANTI ANWAR IBRAHIM!

Anonymous said...

Kalau taada orang politik entah ada entah tidak UIA hari ini.

Anonymous said...

Tahniah,perlantikan yg tepat dan kena pd orangnya.TS Datuk Rais Yatim memang tokoh berpengalaman luas dlm bidang pentadbiran dan undang undang.Kepakaran dan kebolehan beliau jauh lebih baik daripada Datuk Anwar Ibrahim yg kelihatan cerdik disebalik kedangkalan akal fikirannya.

warisantmk said...

Tahniah TS. Harap dapat beri amaran keras kepada sebahagian pensyarah-pensyarah UIAM yang 'pro-pembangkang'.

Kita tidak boleh benarkan lagi pensyarah-pensyarah seperti Prof Aziz Bari menonjolkan namanya sebagai professor undang-undang di UIAM, kemudian bertanding atas tiket PKR.

Aku caya sama TS...

Anonymous said...

"Kalau taada orang politik entah ada entah tidak UIA hari ini"

Kepada yang komen seperti di atas, tahukah anda siapa yang mengasaskan UIAM pada tahun 1986? Ya...memang dia orang politik. Tapi, pada hemat saya, dia bukan berpolitik dan tidak pernah mengheret politik untuk membangunkan negara pada era beliau. Cuma timbalannya ketika itu yang amat-amat suka bermain politik, namun sayang, politik yang amat dangkal dan bodoh...
memperbodohkan dirinya sendiri dan orang0-orang di sekelilingnya..

Anonymous said...

Saya pernah gi Kota Kinabalu Sabah ... jam 7:30pm azan maghrib keudara kat TV ... tapi sebenar nya dah nak masuk Isya' di KK ?

Tak ke ni jadi bahan jenaka ?
Agaknya ... menteri tak pernah tengok TV jam 7:30pm di KK !!!

Sebagai menteri kenapa tak diberi satu saluran TV masing-masing utk Sabah dah Sarawak ?

Adakah Presiden baru UIAM ini akan buat berubahan utk kebaikan IUAM ?

Kita tunggu je lah !

Anonymous said...

Lantiklah SIAPA sahaja ASALkan yang tidak ada kena mengena sama hidup atau mati dengan Syaitan manusia bernama ANWAR IBRAHIM!

Anonymous said...

Walaupun orang politik yang dilantik tetapi biarlah dilantik mereka yang benar-benar berkelayakkan dan ada pengalaman yang luas,kalau dahulu Anwar yang dilantik memang dia sebenarnya tak layak lansung,saya sokong sepenuhnya bahawa yang bertanggungjawab membangunkan UIA ialah Tun Mahathir tetapi beliau begitu profesional dan lansung tidak mencampuradukkan dengan pengaruh politik beliau pada ketika itu cuma timbalannya sahaja yang pada ketika itu yang merupakan orang kesayangan beliau yang menggunakan pengaruh beliau untuk mencampuri urusan dalaman UIA...

Anonymous said...

Mangkuk ni jadi presiden,hancus

Anonymous said...

Tuan pernah ke dengar serta menonton azan tu dr awal ke akhir. Kan di tulis masuk waktu utk Kuala Lumpur dan yg sewaktu dgnnya

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah dengan perlantikan pemimipin UMNO gemilang macam TS Datuk Rais Yatim!

Anon, sebenarnya politik PKR/DAPigs dah meracuni banyak institusi k'jaan dan swasta. Semasa saya tersesat menjadi penyokong BUTA, TULI, BONGKAK dan BODOH PKR dulu (saya amat menyesal dan harap Allah SWT mengampunkan dosa saya yang amat besar pada agama, bangsa dan bumi pusaka ini), saya mendapati ramai peguam dan majistret, direkrut menjadi ahli PKR, termasuklah anak muda professional Melayu dan Bumiputera lain yang makin bongkak seperti kacang lupakan kulit dan rumpun asalnya (saya percaya ramai yang bukan Bumiputera/bukan Islam PKR pula menyokong DAPenyangak tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS). Ini amat membimbangkan kerana saya amat mengesyaki mereka mahu menawan sistem Perundangan, Guaman dan Kehakiman, dan Jabatan Perkhidmatan Awam di Malaysia! Apalagi DAPenyangak/PKR ditaja penjajah Barat-Zionis!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

Politik Melayu gaduh tak sudah-sudah,
Politik Cina buat gaduh asal ekonomi Malaysia dapat diperintah.