Sunday, July 28, 2013

The One And Only In Malaysia.... Sultan Johor Berjiwa Rakyat! DAULAT TUANKU....

Pada petang 26hb Julai 2013, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar telah bertemu rakyat di bandar Segamat.

Dengan hanya berpakaian sangat "sempoi", tuanku telah pergi membeli belah di Bazaar Ramadhan sambil bertanya khabar dan beramah mesra dengan para peniaga disana.

Sebelum itu, tuanku Sultan telah singgah di pasaraya One Segamat untuk membeli sedikit barangan keperluan memandangkan baginda tuanku akan menginap di Istana Hinggap di Segamat pada waktu malamnya.

Kemunculan tuanku Sultan telah menarik perhatian ramai rakyat Johor yang berkunjung di pasaraya tersebut.

Mereka telah datang bertemu dan menyembah salam kebawah baginda tuanku dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

SUMBER

8 comments:

Anonymous said...

DAULAT TUANKU!!

Anonymous said...

the best

Anonymous said...

w/pun aku ni org melaka,nak menitik tgk gambar2 ni.

Daulat Tuanku!

Anonymous said...

AKU ORANG PENANG TAK ADA RAJA..the best sultan daulat tuanku...

Anonymous said...

Keturunan sultan ini pemegang amanah raja raja melayu yg kta x ketahui...

Shadow Banker said...

Minggu lepas tak silap saya Baginda bercemar duli ke Mersing utk mengagihkan bubur lambok.

abdul halim ahmad said...

Tuanku mengunakan tangan kanan sahaja , jelas keikhlasan jiwa beliau. Tidak seperti pemimpin lain yang sedia ada, pegang budak ke, orang sakit ke, barang-barang di pasar ke, semua guna tangan kiri.

DAULAT TUANKU!

Den minang N9

Anonymous said...

Kami negeri x bersultan tetap akan pertahankan kedaulatan sultan dan raja di malaysia.. Daulat Tuanku! Anak Muda Penang