Saturday, July 6, 2013

UMNO Selangor Masih Bergolak....? PKR Boleh Tido Sampai PRU Ke 14

Apakah UMNO Selangor akan bangkit persis seekor harimau yang tercedera untuk lawan musuhnya menuntut kemenangan....?

Sudahkah ada sebarang post mortem secara total yang dilakukan oleh UMNO Selangor untuk mengenal pasti punca kekalahan besar pada PRU ke 13?

Sekiranya YAB Datuk Sri Najib pernah menyatakan bahawa keputusan PRU 13 mentafsirkan Pengkhianatan Pengundi Cina, justeru itu negeri Selangor paling terkesan..! Namun begitu, persoalan paling penting ialah, apa tindakan atau gerak kerja UMNO Selangor..?

Dikalangan pimpinan UMNO Selangor seharusnya janganlah lagi mahu main kaedah tuding jari kesana kemari..! Cubalah buat kajian terhadap keputusan terperinci setiap peti undi, setiap saluran. Buatlah 'data crunching' perhalusi keputusan ditempat masing-masing...

Kajiselidik setiap keputusan yang telah disahkan oleh SPR. Cari dimana lubuk sebenar elemen elemen yang menjadi faktor utama kenapa calon calon UMNO-BN tidak boleh menang..?

Bersambung....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Kami yang di Selangor penyokong UMNO nak tahu jugak apa tindakan untuk memenangi Selangor dari PR. Kami mungkin bukan ahli UMNO tapi amat nak tahu. Nampak nya pemimpin UMNO senyap ajer....kot puas hati dengan pencapaian kekalahan. Atau tengah sibuk rebut jawatan dan sapa yang menangm biar lah dia yang buat kerja. Kalau ini lah mentality pemimpin UMNO Selangor, mampus lah UMNO di PRU14 akan datang. Kalay dah tak reti buat kerja, suruh ajer letak jawatan dan beri muka baharu memimpin.