Monday, July 22, 2013

Updates 18 PRK Kuala Besut - Mulot Longkang.... Golongan Nelayan Di Kuala Besut Sudah Hangin Sama Hadi Awang...! Mau Tahu Kenapa...?

Bertempat di bilik gerakan Unit Peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan......!

Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN).

Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut  menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan.

"Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen.

"Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya.

Namun ketika dipermulaaan ceramah Hadi turut mengingatkan pengundi agar tidak mengambil sebarang duit sekiranya diberikan. Ini kerana menurutnya ia adalah merupakan satu kesalahan rasuah dan merupakan satu perbuatan yang haram.

“Pilihanraya bukan masa untuk bagi duit.. Kalau BN bagi duit masa Pilihanraya ia dikira rasuah” katanya.


[ tapi kalu PAS dok kasi duit kat pengundi....? guano wei...? ]

Persoalannya ialah, terdapat dua ‘fatwa’ yang saling bercanggah berhubung isu sama.

Pertama, Hadi menegaskan kepada pengundi agar menolak sebarang bentuk pemberian yang diberikan kerana ia merupakan satu perbuatan rasuah yang membawa kepada hokum haram dan berdosa.

Namun dipenghujung ceramah, dia meminta agar pengundi menjadi ikan nyang cerdik dengan memakan umpan (sebarang pemberian) yang diberikan namun memberikan undi kepada PAS.

Apa yang nyata bekas Menteri Besar Terengganu ini telah terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan atau ia hanya dikeluarkan sekiranya ia dapat memberikan keuntungan kepada PAS.

Terdahulu ketika pilihanraya kecil Galas yang diadakan tidak berapa lama dahulu, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Sandrop.

Paling menarik perbuatan tersebut turut terakam melalui gambar yang menunjukkan secara jelas Menteri Besar Kelantan itu memberikan wang ringgit. Tengok foto diatas tu...!

Persoalannya apakah pemberian itu juga bole dikategorikan sebagai rasuah atau ia tidak dikira sebagai dosa kerana dilakukan oleh seorang tok guru yang diangkat sebagai ulama oleh pengikut Pas? Apakah hukum rasuah hanya terpakai kepada Umno/BN sahaja?

Seterusnya, ketika menyampaikan ceramahnya itu, Hadi turut dilihat menghina dan menyalahkan golongan nelayan dan penduduk di luar bandar kerana dikatakan sebagai punca utama pakatan pembangkang GAGAL membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Hadi mengatakan, melalui gerakan alam siber pihak pembangkang, ramai dikalangan pengundi khususnya di kawasan bandar telah memilih untuk menyokong pakatan. Ini kerana menurut Hadi, golongan tersebut terdedah dengan capaian internet sehingga membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang terkini.

Namun begitu, disebabkan golongan luar bandar seperti nelayan dan peneroka kelapa sawit dikatakan tidak celik IT, maka mereka masih lagi terpengaruh dengan laporan yang dikeluarkan oleh sumber media massa.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan. Kita berjaya dapat undi orang bandar tapi kalah di kawasan undi kampung. 

Sebab apa....? Sebab dia sibuk ke laut, sibuk dengan kelapa sawit” katanya sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh lembu lembu yang hadir.

Kesimpulannya hanya kerana tidak memberikan undi kepada pakatan pembangkang, golongan nelayan, petani, peneroka dan sebagainya seperti tiada nilai di mata Presiden PAS itu.


6 comments:

Anonymous said...


24 Julai 2013
16 x 16 = Seri = Juara Bersama

Anonymous said...

Itu bukan rasuah..itu sadaqah

Anonymous said...

Itu sebab aku naik bosan dengan politik bangang orang kita ni, tak kiralah parti apapun.....sebab-sebabnya:-
1) Ahli politik melayu ni kebanyakannya BANGANG malas membaca sebab sibuk berpolitik;
2) Ahli politik melayu ni kebanyakannya cakap serupa siang malam...kejap kata ya..kejap kata tidak...kejap kelabu, kejap putih, kejap hitam...alahai...
3) Ahli politik melayu ni kebanyakannya HIPOKRIT! Sendiri mau ingatlah apa yang dah jadi selama ni...selagi namanya manusia kan......
4) Ahli politik melayu ni kebanyakannya kelabu asap bila dapat berucap...nak tunjuk hero tapi kerja lembap!
5) Ahli politik melayu ni suka publisiti murahan...cakap bergegar tiang dewan tapi sekupang habok pon takde value!
Ya Allah ampunilah dosaku dibulan Ramadahn ini...sesungguhnya hanya ENGKAU SAHAJALAH yang mengampuni dosa hambamu dan menentukan Syurga dan Nerakamu, bukan ahli-ahli politik. Amin....

Anonymous said...

Aku nak sound sket semua YB satu Malaya. Jangan nak sibuk berpolitik siang malam. Biar rakyat buat keputusan di peti undi. Yang ada rumah anak bini balik ke rumah masing-masing jangan nak terperap dekat Pusat Mengundi Daerah. Anak bini kamu 1st prioriti, kemudian berkhidmat untuk rakyat tetap menjadi keutamaan. Jangan lupa Solat faham!

Anonymous said...

Tokleh percayekang Umno.Rakyat Trengganu majoriti memang sokong PAS.Silap letok Calon sebab utama PAS kalah PRU 13.Datok Najib dah tak laku dah ramai orang tolak dia.Undilah PAS biorlah Kelantan dan Trengganu jd negeri Islam.

Anonymous said...

Inilah orang yang sesat dan menyesatkan. Yang diutamakan biar orang Islam berpecah sebab nak kesenangan dunia.