Monday, July 22, 2013

Updates 19 PRK Kuala Besut - Penangan ORE MUDO "sene baso, mudoh kiro". PAS Kota Raja Tak Yakin Calon PAS Boleh Menang.....

Setelah selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.

Dalam pada itu, menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.

Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS, sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.

Sumber yang sama juga tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan yang akan diperolehi PAS pada PRK kali ini jauh lebih rendah dengan andaian kurang dari 5,500 undi setelah mengambil kira protes dikalangan penyokong PAS yang membantah penguasaan PAS Kelantan di Kuala Besut.

Menurutnya lagi PAS mungkin kalah teruk sekiranya pada 24 Julai nanti ramai penyokong PAS yang membuat protes dengan tidak keluar mengundi atau pun berpaling arah menyokong BN.

Sementara itu wakil BN yang ditemui optimis Peti Undi TUDM Gong Kedak akan terus dikuasai BN tetapi sedikit bimbang kalau-kalau sebahagian dari 111 pengundi yang tidak keluar mengundi semalam merupakan penyokong BN.

Bagaimana pun secara keseluruhannya kedua-dua pihak yang bertanding berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal semalam dan masing-masing kini fokus untuk mengiatkan kempen menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 pula.

12 comments:

Anonymous said...

Pas mesti menang dengan apa cara pun. 16-16 penting untuk masa depan melayu dan islam.

Anonymous said...

Saudara...fahamkah saudara akan kesan dan akibat daripada teori dan perlaksanaan siyasah secara 16:16 atau 1:1 ini? jangan mudah membuat ulasan tanpa faham benar akan konsep sahsiah dalam ISLAM. Malu ya amat sebuah parti yang menjunjung perjuangan ISLAM tapi menggunapakai teori siyasah zionis dan kelompok tajaan barat. Malu..amat-amat memalukan..BACALAH!

Anonymous said...

Elok PAS ni gabung aje dengan UMNO. Sama-sama melayu...sama-sama malas membaca...sama-sama pakai ideologi kuno dan ketinggalan zaman. Ape nak jadi daaaaaa...........

Anonymous said...

PAS ni masih tak sedar. DAP dan PKR hanya memperguna dan memperbodohkan mereka saja.

Sampai bila la nak pandai. Kalau bergabung dulu, dah ramai dah pemimpin PAS jadi menteri kabinet. Ini masih berkhayal dengan kabinet bayangan Brother Anuwar Bin Ibrahim.

Ini semua angkara diktator Nicky Ajis.

Anonymous said...

Tukorlah Kerajaang Trengganu.Turunkan BN Umno,naikkan Kerajaang Islam PAS.Kalo PAS menang PRK Kuala Besut secara otomatik sebilangan ahli Dun yg lain akan menukar sokongan kpd PAS.Jangan Undi Umno.

Anonymous said...

bodow punya statement.. kes alvin lucah hina islam pas boke buat apa? buat bodow sembunyi telor.
dsh xde sensitipviti pas demi undi kafir cina.laknat...

Anonymous said...

ini satu lagi si bodow.. pas boleh buat pe klo isle dihena... pegang kerandut telur sampai lemas.. mung igt nak suka2 tukar kerajaan ganu boleh maju..

Anonymous said...

Diselangor PAS dah menang tapi tak mahu perintah selangor.dia[pas]sanggup beri pkr perintah.kalau ditanya dia akan beri BERMACAM2 ALASAN.apa cerita.orang melayu masih percaya lagike dengan pas ni.

Anonymous said...

Semua dah tahu di Selangor telor2 Pas pis pus dah kecut lisut d ada pula yg bengkak2 masuk angin pasang surut paspispus tu...syndrome side effect dari sikap mrk jadi kerbau kena cucuk hidung...akhirnya asyik terkencing2 saja...

Paspispus sanggup gadai agama...hukum halal haram dicaca merba...akbar harakah sumber media pemitnah no.1. Tak siyo aku...
Senak....senak...mrk senak tak mencanak mana pun tp sbb nafsu semua boleh...

Dan dimana nicky ajis merujuk...mungkin dari kitab syiah dia kot...tang dia kata jamin semua ahli pas pis pus masuk kesyurga. Hal ini yg aku paling meluat....berdosa besa sesiapa yg mendahului hukum AllahSwt....bawaklah taubatan nasuha jgn duk asyik memberi hukum songsang.

Pemimpin pas pis pus yg senior d bnyk merapu patut bnyk muhasabah...hj adio awe...mat sabun...husang...d semua yg nuarina...mu semua mu ingak la apa mu buak selama ini...telor mu semua sampe kecuk...duk join lg dgn penjilat jubur tu....


Ehe...he...malu aku anak jantan yg dulu kuat sokong pas pis pus tp skrg aku d kerabat2 dah bnyk sedar...buka mata hati aku...kesian org kampung yg rata 70% dikg aku dah kena cucuk hidung..

Bulan pun dah jd seluar dlm mat setopa ale...fahaman syiah pula pegangan ketua2 mrk...apa Pas pis pus mahu jadi skrg....kemungkaran mrk tak nampak... semua kerja ameno raduah....haha..ha...binggong ibnu menggong punya pemimping...hih...hih.
Klopun nak bergabung ameno tak de hal tp benda yg diatas sebut td kena buang jauh2. Akidah jgn dipermain2kan.

Ketua2 d ahli2 ameno yg kotor, longgar d lemah pula perlu diperbaiki semuanya.

55tahun negara ini dimata dunia ttpi bab yg busuk semua ameno punya kerja

Anonymous said...

Error n Add:

55tahun negara ini dimata dunia ttpi bab yg busuk semua ameno punya kerja ke??? Mu dulu2 pong asal dari ameno tp sebab marah d dendam...haha...harakah mu lampiaskan...peduli apa?

Sebab mu semua paspispus...!!!

Anonymous said...

Dengan berkat doa dalam bulan Ramadan al Mubarak ini aku mohon pada mu ya Allah dengan kuasa mu yang tidak terbatas kau jadikan lah 16-16 itu satu angka keramat kepada bangsa ku dan agama mu. Ameeen

Anonymous said...

Aku doakan yang baik-baik je bulan mulia ni....saja nak komen sket. Masa PAS memerintah di Terengganu dulu saya belajar di KUSZA. Daripada gahnya nama KUSZA, terus merudum sebab baik pensyarahnya, pimpinan pelajarnya, dan juga sebilangan kecil staf pentadbirannya sibuk berpolitik di dalam kampus. SIA SIA...itu baru cerita KUSZA di zaman pemerintahan PAS GANU. Belum lagi nak cerita pasal syiar ISLAM.....satu je yang aku suka...Tol jambatan Sultan Mahmud dimansuhkan....lain daripada itu, HAMPEH! Si Nuar tu plak masa tu kononnya nak buat UIA Cawangan Terengganu, HAMPEH NON ADO! Macam kera! Maka ditendanglah sebahagian budak-budak UIA ke sana ke mari....kejap ke KUSZA, lepas tu kononnya nak buat di Pantai Tok Jembal, lepas tu konon nak beli tanah Istitut Perguruan Pasir Panjang Terengganu, lepas tu Anwar masuk Jel! hahaha! Padan muka Ko! tak percaya tanyalah sendiri pelajar-pelajar yang terlibat, rakan-rakan saya dulu. Tak kisahla parti apa, yang penting kami semua tau cerita ni.....Puak-puak penjilat tegar, SILA BUKA MATA dan BACA!