Thursday, July 25, 2013

Updates 37 PRK Kuala Besut - Hadi Bawang Sudah Meramalkan Ku Zaihan Akan Menang Sebab Calon PAS Kategori HamPAS

Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut semalam, membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.

Justeru, Perdana Menteri berkata, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
“Alhamdulillah... BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang menyokong BN.


“Insya-Allah kita akan tunaikan semua janji pilihan raya kita,” katanya selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO di Seri Perdana di sini.

Najib berkata demikian mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi manakala calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.

Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.

“Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi menggalakkan dan semoga ia dapat memberikan semangat kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang,” katanya. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah Tengku Zaihan. Semoga sdr dapat menjalankan amanah yg diberi dgn adil d saksama.

Diucapan terakhir PM kata "menambah sumbangan d daya juang..."
kita nak PM tunjukkan cakap dia d dia dulu sepatutnya yg menambah sumbangan kpd kaum sendiri d bukan pd cinabeng!

Tang daya juang pula dia kena buktikan yg dia ada sikap daya juang mempertahankan melayu...

Aduhai....hampesss...macamana tgn nak tabek ni.... Ayat2 ini macam ada simbolik nampaknya.
Aah....aa...lemah aq.

Anonymous said...

Tahniah dan teruskan projek yang rakyat jelata mendapat menafaat.

Anonymous said...

Setinggi TAHNIAH dan penghargaan buat Warga Kuala Besut. Sememangnya telah dijangka. Rakyat Terengganu masih melantik Yang Berkhidmat dikalangan Melayu yang tak lupa asal usul dan merendah diri, bukan Melayu angkuh dan bongkak yang dah lupa asal usul perjuangan tok nenek moyang terdahulu yang bermandi darah dalam mempertahankan bangsa dan tanah air daripada PENJAJAH! PAS patut renung-renungkan.....saya harap adalah dikalangan penyokong mahupun pemimpin PAS yang akan memberi komen konstruktif dan bersifat TERBUKA dalam hal ini...mana dia semua pejuang-pejuang tulen PAS???