Tuesday, July 2, 2013

WAJIB Baca....Perlantikan Azeez GAZA Sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji Satu Keputusan Sangat Tepat…! Thank You Najib...



Tahniah diucapkan buat Ahli Parlimen Baling, YB Dato’ Haji Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baru…!

Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan Tabung Haji sejak Ogos 2007.

Perlantikan Azeez adalah satu keputusan yang sangat bijak dan tepat. Inilah dia tokoh yang paling layak untuk meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji kearah perkhidmatan yang lebih mantap….

Apatah lagi dengan pengalaman yang sangat luas dalam bidang perniagaan dunia korporat, Ahli Parlimen Baling ini dijangka akan mampu untuk membawa perbadanan ini mengecapi pembangunan sosio ekonomi sejagat.

Untuk rekod, Dato Abdul Azeez memiliki pengalaman luas dalam bidang perniagaan serta korporat, dan merupakan Pengerusi Eksekutif di beberapa syarikat miliknya iaitu Azeera Management Consultant (M) Sdn. Bhd, Azeera Properties (M) Sdn. Bhd dan Azman Azeez Properties (M) Sdn. Bhd.

Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sehingga kini. Beliau diberi jawatan penting di dalam dua anak syarikat TH iaitu sebagai Pengerusi TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad dari tahun 2012 hingga sekarang…..


YB Dato’ Abdul Azeez, pernah suatu ketika  dahulu dikenali dengan nama Azeez Rempit, kemudian melekat pula nama Azeez Putra dan kini beliau lebih sinonim dengan panggilan Azeez GAZA…!

Azeez sangat berminat dan aktif dalam kerja kerja kebajikan dan sukarelawan. Beliau telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia [KP1M] pada 2010 setelah mendapat persetujuan daripada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Azeez berjaya mencipta banyak kejayaan yang telah mengharumkan nama negara kita dipersada dunia apabila membawa KP1M membuat pelbagai bantuan kerja amal dibanyak negara negara luar…. 

Walaupun ketika itu beliau hanya berbekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Baling, namun kerja yang beliau laksanakan jauh lebih mencabar dari beberapa kerat Menteri dan Timbalan Menteri yang hanya tahu buat kerja routine sahaja....

Tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa KP1M mempunyai ‘standard’ seumpama sebuah Kementerian…!  Gerak kerja bersepadu oleh ahli ahli KP1M yang mantap dan jitu dibawah kepimpinan dan ketokohan Azeez.... Lihatlah senarai kejayaan KP1M menyertai misi misi yang membawa kibaran jalur gemilang negara kita.

  • Misi Bantuan Kemanusiaan dan Penyerahan 10,000 ribut Tilam 1 Malaysia kepada mangsa banjir Kedah & Perlis 2010
  • Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestine Gaza 2010
  • Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2010
  • Misi Bantuan Kemanusiaan ke Queensland Brisbane, Australia 2011
  • Misi Bantuan Bencana Alam ke Christchurch, New Zealand 2011)
  • Misi Kemanusiaan membawa pulang (9000) pelajar Malaysia di Mesir 2011
  • Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami di Jepun 2011
  • Misi Bantuan Kemanusiaan ke Mogadishu, Somalia 2011
  • Jejak Warisan Jawi Rentas 7 Negara - Malaysia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, China & Myanmar 2011
  • Misi Kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Indonesia, New Zealand, Filipina, Vietnam 2010 - 2013
  • Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Letupan Bom di Hatyai, Thailand 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Myanmar 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan kepada pelarian Syiria di Jordan 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan & Penyerahan 11,000 ribu Tilam 1 Malaysia mangsa banjir Selangor 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M & GBG1M (2nd Wave Road to GAZA) Gaza Palestine 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan membantu mangsa Taufan Bopha di Filipina 2012
  • Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk dan anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah 2013

Dato' Azeez pernah diberikan penghormatan yang sangat tinggi apabila dianugerahkan sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh, sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ( 2nd Wave Road to GAZA )


Janganlah ada banyak bunyi suara suara sumbang dengan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji…..

Pinjam kata kata salah seorang veteran UMNO yang pernah bersembang dengan Blogger MIK, apabila diminta komen mengenai Azeez, inilah kata kata beliau, 

"No one in UMNO can do things and wonders like Azeez..., Dia nie boleh buat semua uphill task! Kerja yang orang tak mampu nak buat, pergi tolong orang, pergi bantu orang susah..., pergi selamatkan nyawa orang..., pergi dok redah gempa bumi, randuk banjir laa, u just name it, nie semua kepakaran si Azeez..."

Sepanjang tempoh beberapa tahun yang lalu, beliau kuat bekerja dan telah berjaya mengharumkan nama negara. Oleh itu, persetujuan untuk memberikan amanah yang besar ini kepada beliau sudah pastilah telah perhalusi dengan sebaik-baiknya oleh YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri kita.

Jelas terbukti setelah tersenarai diatas tadi satu persatu testimoni yang berjaya diciptakan oleh KP1M dibawah kepimpinan Dato’ Azeez, beliau sememangnya paling layak untuk memimpin sebuah perbadanan yang sangat penting seperti Lembaga Tabung Haji.

Sebagai Ahli Parlimen Baling, Azeez telah berjaya menawan ribuan undi daripada rakyat yang bermastautin di lubuk emas dan kubu kuat parti PAS. Kalau pada PRU tahun 2008 dalam percubaan kali pertama untuk bertanding di kerusi Parlimen Baling, beliau tewas kepada Uztaz Taib Azamudden dengan majoriti 4,229. 

Tetapi pada PRU ke 2013, Azeez bangkit dan berjaya menebus kembali kekalahan lalu, kali ini beliau menang bergaya dengan majoriti 5,185 undi. Mengikut sifir politik, kita bukan sahaja perlu mengambil kira bilangan 5,185 undi tetapi harus juga melihat peralihan undi 2008 sebanyak 4,229 yang berjaya dikembalikan oleh Azeez untuk menyokong BN…. Hebat…!!



Mengenali YB Dato Abdul Azeez dimana Blogger MIK sendiri pernah bekerjasama dengan beliau apabila menyertai 3 Misi bersama KP1M. Pernah bersama sama dengan beliau dalam Misi Ops Pyramid membawa pulang 9,000 pelajar Malaysia di Mesir pada tahun 2011, Misi Bantuan Bencana Alam Tsunami Jepun tahun 2011 dan Misi Bantuan Kemanusiaan [2nd Wave Road to Gaza] Palestine tahun 2012.

Azeez adalah seorang insan yang memiliki work rate dan komitmen yang sangat tinggi....! Sifat kasih dan penyayang beliau mendalami perasaan mangsa mangsa bencana alam terserlah dan disedari jelas oleh beberapa rakan media yang pernah menyertai mana mana Misi Khas KP1M.


Masih segar dalam ingatan sewaktu kami sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Jepun, tiba tiba salah seorang rakan wartawan melahirkan kebimbangan kerana risiko terlalu tinggi yang diklasifikasikan sebagai Danger of 3 in 1 Package – Gempa, Tsunami, & Ancaman Radiasi kesan dari kebocoran loji nuclear....

Dengan bersahaja Azeez memberikan responnya “ Jangan risau bro, kita tawakal kepada allah swt, kita nak buat kerja amal, ingatlah bro Pantang Maut Sebelum Ajal…”. Demikianlah kata kata semangat yang disuntik oleh seorang pemimpin seperti Dato' Azeez ketika itu….

Semoga Allah memberikan rahmat agar Lembaga Tabung Haji akan terus mencapai kegemilangan dipersada dunia antarabangsa dibawah kepimpinan Dato’ Haji Abdul Azeez Bin Abdul Rahim…..

Akhir kalam dari Blogger MIK,  “ CONGRATZ DATO’ AZEEZ….! YOU REALLY DESERVED IT BRO…!! “


24 comments:

DON MELAYU said...

ini yang kita perlukan,seorang yang ikhlas bekerja demi kebaikan org lain..bkn senang nak memimpin organisasi seperti tabung haji,ssorang itu mestilah ikhlas dan jujur sebab mereka menguruskan amanah rakyat utk mngerjakan rukun islam yang ke-5 itu..takkan kita nak lantik org yg kutip derma dgn rakyat n masuk poket sndri seperti lobai2 PAS,xpun duit tu mengalir kat betina2 pemuas nafsu mereka...no way..!!azeez ialah org yang tepat,dan lagi satu xkn lah najib ni bodoh sgt nak lantik org yg xde pengalaman nak mnguruskan organisasi besar seperti tabung haji...apa2 pun tahniah kpd Datuk Azeez,semoga TH terus berkembang maju di bawah kepimpinan datuk...

Leftenan Caine said...

masih ada dengar suara2 sumbang belah pembangkang yg knonya azeez tak layak nak dilantik sbgai pengerusi tbung haji dan yg lebih teruk lagi ada yang kutuk dia tak layak sebab mamak..meh ak nak sekolahkan kau ckit,mamak2 dia pun dia tak layan chinadoll,dia tak meliwat dan yg paling parah lagi dia tak pakai spender depan tv mcm stopa ali..sebelum puak2 pmbangkang especially PAS nak ktuk pelantikan pengerusi tabung haji,elok dia betulkan dulu pemilihan s/u agung mereka...nama parti islam,tapi lantik org yang buat khalwat jadi s/u agung...blah la wei...!!

Anonymous said...

Aiiikkkk bodek nampak....kikiki ini la standard kita org UMNO

bro yul said...

bagi aku Perlantikan Azeez adalah satu keputusan yang sangat bijak dan tepat...apa yg tabung haji lakukan mmg tepat Inilah dia tokoh yang paling layak untuk meneruskan kesinambungan Tabung Haji, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji kearah perkhidmatan yang lebih mantap dan cermelang...

Zara Morgana said...

terutama saya ucapkan tahniah kepada azeez diatas pelantikkan beliau sebagai pengarah tabung haji..dengan gaya kepimpinan yang bijak dan pengalaman yang ada ini merupakan satu pilihan yang tepat..dengan visi dan misi ini dapat membawa TH ke satu tahap yang terbaik..tetapi masih kedengar suara dari pihak pembangkang yang tidak pernah puah hati..ini lah sifat yang harus kita buang..

Anonymous said...

Aku nak rasa kagum pun tak jadi sebab kata2 bodek yang teramat sangatlah. Buat malu aje umno. Nak puji tu berpada2lah bro. Kami tahu nak lihat mana kaca dan mana permata.

Kalau kerja ikhlas Allah nampak dan tak perlu dijolok kedalam tekak orang. Kita buat kerja demi Allah bukan nak menunjuk2. Aku tak salahkan azeez tapi cara pemilik blog ini agak ketertaluan.

Aku harap azeez faham matlamat spiritual bakal2 haji dan juga kemudahan2 kepada bakal2 haji supaya mabrur sehingga akhir hayat mereka.

Tahun lepas aku dah tunaikan haji dan alhamdulillah selamat walaupun ada sikit ujian. Tapi aku yakin azeez sebagai orang baru dapat membawa pembahruan yang lebih baik.

Anonymous said...

Syabas dan tahniah datuk azeez..sifat dengki mndengki, fitnah mnfitnah, jatuh mnjatuhkn sesama umat islam amat dicela...jika tak puas hati tawarkan diri untuk jadi ahli parlimen, jadi penyelamat bncana dan musibah, jadi pengerusi badan2 trkemuka negara dan kita tengok kemampuan si pencaci..cakap memang boleh..cuba buat dulu buktikn kemampuan diri itu baru gentleman...

Anonymous said...

Asalkan jngn main pelacur dan chinadoll sudah...

mawar hitam said...

tahniah diucapkan buat Dato Azeez atas lantikan sebagai pengerusi tabung haji..dia mmg layak sgt utk jwtn nie..dia bnyk pengalaman dan bnyk membantu rkyt..sikap dia yg prihatin nie mmg satu ciri yg terbaik..tapi nk buat mcm mna still ada jgk org2 yg tak puas hati pulak dgn lantikan dia nie..biasalah dah lumrah sikap mnusia mcm tu kan..tak pernah berpuas hati..

sonu nigam said...

congrats azeez ats prlantikan sebagai pengurusi tabung haji,aq yakin azeez mampu buat yg terbaik sbb dia ade pengalaman sebagai ahli lembaga pengarah selama 3 thun n dia mmg layak jadi pengurusi tabung haji

Anonymous said...

Setakat hr ni mmg nmpk sesuai...peganglah amanah...jgn lupa diri.

Anonymous said...

PENYAMUN terbesar tp berlindung dgn kopiah dn jubah ialah pemimpin PAS Laknatullah.. jgn kata TABUNG HAJI.. apa2 tabung shj mereka akan songlap cara 'hemah'.. lihatlah daerah2 berbukit bukau di Kedah mcm mana ostad PAS haramjadah samun tnpa besa ehsan.. LICIN BOTAK.. tp hutang kedah cecah RM3 billion??? apa ini?

lepas tu nk tutup najis2 lama cuba serang dan kutuk Azeez Rahim.. ini boleh tanya ex ADUN Kupang lah.. PAS kaki penipu.. tutup mulutlah jgn ckp psal org lain.. mu tgk diri dlu la org2 PAS oii!!

Anonymous said...

Aku sgt bersetuju PM lantik Azeez Rahim sbg Pengerusi Tabung Haji. Suara2 jahat yg dengki padanya disbbkan fizikal yg Allah jadikan pdnaya.. kulit GELAP.. inilah bahan KUTUKAN paling FEMES jentera PAS di Baling semasa PRU 13 dulu.. iaitu MAMAK!!

Mereka ckp UMNO suka angkat bangsa.. (tp UMNO tk hina bangsa2 yg Allah jadikan..) tp PAS Laknatullah..merekalah yg suka hina bangsa2 lain yg beragama Islam. tapi mereka sanjung JILAT KAFIR2 penyesat spt Teresa Kok, LGE, Kit Sial..

Azeez Rahim cukup byk jasanya di BALING. Dan dia seorng yg rendah diri. Korang yg xkenal xpyhlah nk dengki pulak ye.. ade mamak kt atas tu ckp BODEK? weii ko dengki sgt kenapa? mmg Azeez Rahim jenis baik.. dia penyayang, tanya org2 BALING!!

Dia xpilih hang org PAS ke hang org UMNO..semua di atolong.. bkn mcm LEMBU PAS dlu yg pilih2 Kg utk bantu rakyat.. Kg PAS tolong Kg Umno BOIKOT!!

Dan Azeez Rahim mmg pemimpin MT yg sgt kuat kerja dan turun padang ke cerok2.. wpun xmusim PRU.. mmg dia rajin.. ko nk MALU sbb apa bro yg ckp Azeez tu xboleh di puji??

So kalau yg suka cari Chinadoll tu ko kagum ke? ngok lah org 2mcm ni.. klu dpt org baik.. dh sah dia baik.. kenapa xboleh ckp?

Nik Najis publisiti lebih2 kenapa org PAS ckp ok je? wpun ZUHUD penipu.. air mata munafik. knapa???

Anonymous said...

kalau nak bodek pun ingat ingat lah sikit....

Anonymous said...

Mamak ke atau siapa saja jika sesuai, berkelayakan dan berkemampuan apa pulak salahnya. Sekurang-kurangnya orang ini tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengeji, carut marut, mengutuk, memaki selain tiada bukti melakukan perbuatan sumbang baik dalam photo, blog, laman sosial mahupun video. Satu lagi, apa salahnya kita semua baca kisah kejayaan dan pencapaian yang cemerlang beliau. Bukan bodek tapi hanya nak bagi tahu latar belakang kejayaannya. Kalau dia tidak dilantik sebagai pengerusi TH, maka sesiapapun tidak akan berminat nak tahu apa-apa pun tentang dia.Jika segala pencapaian dan kejayaan yang beliau perolehi di samping jawatan semasa, maka beliau sesungguhnya merupakan salah seorang insan yang layak. Bukan tiada orang lain, tapi Allah telah kurniakan rezeki kepadanya kerana segala-galanya adalah merupakan ketentuan Allah yang maha kuasa.

Anonymous said...

Cukup2lah tu semua..buang masa brtekak, mengutuk sesama sendiri..semua mngaku Islam tapi tak mncrminkn ciri2 seorg Islam..rupa bntuk, warna kulit, rezeki, ketentuan semua di tangan Allah swt, rezeki tidak akn dtg menggolek, kejayaan diri tak dpt dikecapi tanpa usaha keras dan kerajinan diri, org2 trdekat dgn datuk azeez tahu bgaimana 'siksa' beliau bkrja 7 hari seminggu demi brkongsi senang dgn rkyat jelata, tidak lokek dan punya sifat kerajinan dan suka mmbntu yg jrg ada pada mnusia lain...ini bkn soal bodek tak dpt apa pon..tapi soal mnghargai dan mnyokong prjuangan seorg insan beragama islam yg ikhlas mmbntu saudara2 seagama maju kehadapan agar tidak diprbodoh2kan oleh bngsa2 kafir yg sntiasa cari jln utk jatuhkn islam..insaflah semua lebih baik kita doakn yg baik2 utk sahabat2 kita seislam agar lebih brjaya dan brkongsi jejayaan dgn semua...

Anonymous said...

Ini penulis upahan ke? Lain macam punya puji.

Anonymous said...

Kalau HARAMKAH puji LGE tu punulis upahan je atau anjing lelehan wang dlm PAS?

Jika Azeez tu terbukti bagus kenapa ada yg PANASS?? Wei anon atas..ko ni anjing upahan siapa?

Standard pencacai PAS bodek pencenta China Doll ok je? xde Majlis Soruuu bantah pon.. malah SU Agong tu sikit punya kotor.. bodek je pencacai PAS.. so what if Azeez better than those LEMBU2 PAS??

ada sakit hati??

Sikap dengki ini mazmumah.. ibarat api dlm sekam yg makan amal..wahai org2 yg dengki dan khianat!!

Anonymous said...

PAS= Shits..
Su Agong = BETINA
Timbalan Presiden = BETINA (bini org)
ADUN = BETINA (dlm gerabak ketapi)

PAS= KOTOR'
so org KOTOR malu lah sama nk ckp soal bersih org lain.. yeee... takk...

ZamHurin said...

Bodek bnda baik xpe.. jgn bodek LGBT..bodek puak MURTAD.. bodek PELIWAT.. bodek.. bodek CINA sampai jual kalimah Allah.. jijikkkk!!!

siapa tuuu????

Anonymous said...

test

Anonymous said...

Standard org melayu la kuat dengki tgk org lain success

Anonymous said...

tak de maknanya,standart jer..bukan dr golongan teknokrat yg mampu mengendali aset dan cash LUTH bernilai RM34 billion.Dividen baru 5-8% setahun utk pencarum.Anggaran dlm Rm 1.8 billion.Pencarum TH lebih 5 juta orang.Silap buat keputusan dan pelaburan abis duit orang melayu.TH nie besar bkn setaraf dgn kedai kapet atau syarikat kontraktor.Bukan calang2 orang nk handle syrkt entiti sebesar sprti TH.Perlu ada ranking dan pengalaman dlm bisnes dan kewangan mcm ceo air asia dan bekas ceo maybank.

Anonymous said...

Pencarum LUTH lebih 5 juta orang islam(pengundi melayu/PRU13)..sedap la PR Meratah isu utk PRU14.Silap buat pelaburan besar dgn duit pendeposit pencarum TH.Malap la masa depan BN.Pengerusi LUTH lepas PRU 14 nanti ialah Professor Dato Dr Sri Mahfuz Omar.