Friday, August 30, 2013

Benarkah International Republican Institute (IRI) Terima USD802,122 Pada Tahun 2010 Untuk Bekerja Dengan Pemimpin Negeri di Pulau Pinang dan Selangor...?

Institut Antarabangsa Republikan (International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." 

IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. 

Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush.  
"IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan...

IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik... 

IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, " Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI.

Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI. 

Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka". 

IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.

Baca seterusnya...., klik SINI

No comments: