Thursday, August 1, 2013

Benarkah Mat Sabu Lantik Faizal Tehrani Dengan Khalid Ismath Sebagai Agen SYIAH Di Malaysia....?

Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.  Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.  Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.

Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.  Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.  Itu belum  lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.   

Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.  Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.

Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.  Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.

Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah.  Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.

Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.

Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.

Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.  Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.

PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui.   Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah.  Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.  Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.  Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.

Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.  Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.

Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil.    Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.

7 comments:

Anonymous said...

Kawan yahudi israel pun Pas sanggup utk jadikan PM Msia,apalah sgt mat sabu jadi tim presiden.

Anonymous said...

Fatwa yg kata Syiah Zaidiyah & Syiah Jaafariyyah boleh diamal di Malaysia tu dah batal daaa.. jgn terjerumus drama Syiah yg duk ulang2 fatwa yg dah batal. Skarang semua sama je! Lagipun mmg Syiah Imamiyyah tu dlm bidang fiqhnya adalah fiqh Jaafariyyah. Tu suma kosmetik je tu.. guna nama ulama besar keturunan Nabi SAW utk halalkan kesesatan.

Anonymous said...

Lihatlah di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130730/dn_02/Syiah-Malaysia-sumbang-RM24j, Syiah Malaysia sumbang RM24j?:

KUALA LUMPUR 29 Julai - Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk membina sebuah kompleks serba canggih di wilayah Satun, Thailand sebagai pusat gerakan bagi menyuburkan fahaman itu.

Utusan Malaysia difahamkan kompleks itu pada awalnya dirancang dibina di Gombak, Selangor yang dijangka siap pada September tahun lalu tetapi dibatalkan berikutan permohonan pembinaan ditolak selepas campur tangan pihak berkuasa agama dan keselamatan.

Satun yang bersempadan dengan Perlis dipilih bukan sahaja disebabkan lokasinya berdekatan dengan Malaysia, tetapi pengikut fahaman Syiah di situ semakin berkembang selain tiada halangan untuk menyuburkan fahaman tersebut daripada kerajaan Thailand......

Ulasan saya:

Mana mereka dapat duit sebanyak ini? Jadi, KDN kena bertindak atas perkara yang amat merbahaya ini, juga sebagai strategi PENGHALANG!! Bayangkanlah anak-anak Thai Selatan Islam dipengaruh fahaman Syiah ini, jadi umat Islam di Malaysia dan Selatan Thailand akan sampai berbunuh antara Sunni-Syiah, dan MUSUH Islam pun terus ketawa macam Syaitan durjana! Apalagi umat Islam Thai ini sedang merana kerana pemimpin/bijak pandai Islam mereka, terutamanya guru-guru Islam di selatan Thailand ini makin ramai dibunuh oleh PENGGANAS, yang disyaki dari kumpulan “Baju Merah“ dari parti pembangkang UDD yang pro-bekas PM Thailand, bangsa China Thai, Thaksin Shinawatra, yang sekutu kuat Barat-Israel - lihat di lihat di http://www.nst.com.my/latest/south-thailand-ngos-seek-malaysia-s-help-1.329705, South Thailand NGOs seek Malaysia's help, 30 July 2013.

Jadi sebagai negara Islam, kita harus bantu pelarian Islam selatan Thailand ini, dan mana-mana pelarian/imigran Islam termasuk kaum Rohingya.

Tengok rejim Cina RASIS talam dua muka PAP S'pura, bawa jutaan imigran yang bukan pekerja/pelarian pun, dari Bukan Islam Cina dan Kristian yang diberi kerakyatan dengan mudah untuk MENGECILKAN terus jumlah umat Islam/Melayu Singapura, ditiru dari PENAJAnya, Yahudi Zionis Israel, yang ambil jutaan imigran Yahudi dan Kristian Zionis, untuk MENGECILKAN jumlah umat Islam Palestin – jadi pedulikan hak asasi-demokrasi SAMPAH Barat-Zionis yang si DAPBIAWAK/PKR asyik MELALAK, kalau kita lebih MENGUTAMAKAN mana-mana pelarian/imigran Islam yang miskin dan tertindas!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Syiah walau apajua bentuk, ajaran dan fahaman telah haramkan penyebarannya berdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaa Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 5 Mei 1996. Samada Syiah Zaidiyah atau Syiah Jaafariyah tetap dianggap ajaran sesat dan menyesatkan dari akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Ketetapan tahun 1983 berkaitan kedua-dua syiah sebelum ini adalah terbatal dengan sendirinya.

Anonymous said...

Nampakya MUSUH ISLAM/Melayu akan terus ketawa macam SYAITAN DURJANA! Lihat kat K'tan ni! Pemimipin Melayu/Islam PAS yang asyik beriya nak sokong Syiah tu, kenapa tak bantu orang miskin kat K'tan ni, yang di bawah PAS dah BERDEKAD. Lihatlah anak-anak yatim Melayu/Islam malang ini dibantu oleh peniaga CINA - tak tahu latarbelakangnya; dari nama Kristian ‘Sunny’nya, takut dia ini Kristian Zionis!). Dahlah puak Kristian CINABIAWAK DAP/PKR makin mengKRISTIANkan Orang Asli dan Bumiputera miskin Sabah/S'wak, juga Bumiputera Melayu liberal! Saya juga risau kalau tanah anak yatim ini diambil atau dijual kat si 'penderma' Cina ini, kerana nak pindahkan anak-anak yatim kat rumah yang hanya bernilai 20, 000! Di P. Pinang, kpg-kpg PUSAKA Melayu habis TERGADAI - bermula dari beli satu lot tanak kpg - kemudian si Cina buka kilang, habis rosak seluruh sawah padi kat kpg - jadi yang lain, turut jual kat Cina ini! Jadi, sepatutnya yg membantu umat Islam miskin dan anak yatim perlu dari pertubuhan ISLAM sendiri seperti JAKIM/YADIM/TABUNG HAJI dsbnya. Lihat ini di http://www.nst.com.my/nation/general/orphan-siblings-to-get-new-home-1.330527, Orphan siblings to get new home, By Sharifah Mahsinah 01 August 2013Abdullah,:

KOTA BARU: A TEENAGER, who raises his four younger brothers and sisters single-handedly, will have something to cheer about this Hari Raya Aidilfitri.

After their plight was highlighted by the New Straits Times, a businessman pledged to build a home for them next week.

Muhamad Zulhairie Zainudin, 17, who works in a foodstall, and his brothers and sister also receive assistance and aid from donors, who had been touched by their plight.

Businessman Datuk Sunny Ung said it was heart-wrenching to see the living conditions of the children and felt moved to provide the five children a better home.

He said their home in Kampung Chekok here was not suitable for them.

"I hope the children will be more cheerful and comfortable, especially the girls, when celebrating Hari Raya Aidilfitri in their new house."

Ung had allocated RM20,000 to replace the old house.

Their new home is expected to be ready by next week.

"I was inspired to donate and get involved in charity work as Kelantan has a high poverty rate.

He said many people were forced to live in similar conditions as the five children and had no one to turn to for aid.

"In this case, the elder brother is forced to find work to support his younger siblings."

Zulhairie thanked Ung and other donors for the aid, especially when they were making preparations to celebrate Hari Raya Aidilfitri.

The children been supporting themselves since their parents' death in 2008 and last May......

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

john yasco said...

kejap syiah bole kejap syiah tak bole,,,,,cam tak berilmu langsung jakim ni

Anonymous said...

Pening tak tahu nak kata apa.