Thursday, August 22, 2013

BEST OFFER...! Package Deal "Sombong, Bodoh, Hodoh" Semua Adaaaa..... Owh UMNO Selangor

Dipetik dari AntaraPos.com

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo membidas pemimpin Umno Selangor yang berhasrat untuk bertanding pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Oktober ini.

Beliau berkata pemimpin berkenaan sepatutnya fokus kepada menguatkan UMNO di negeri itu dan bukannya menyibukkan diri dengan aktiviti di peringkat pusat.

“Apa tujuan mereka bertanding ? Apa keutamaan mereka, negeri Selangor atau UMNO pusat ?,” kata Khir yang dipetik dari Free Malaysia Today.

Khir menambah, pemimpin Umno berkenaan sepatutnya melihat contoh yang diberikan oleh beberapa menteri besar yang tidak bertanding demi memberi tumpuan kepada negeri yang diterajuinya.

“Menteri Besar Johor (Datuk Seri Mohamad Khalid Norden), Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) tidak mahu bertanding kerana hendak menguatkan parti di negeri masing-masing.

“Tetapi pemimpin dari negeri yang kalah pula mahu bertanding,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Shukor Idrus berkata, dua pemimpin dari negeri itu akan bertanding jawatan majlis tertinggi (MT) Oktober depan.

Mereka ialah bekas menteri kabinet yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Setiausaha BN Selangor, Datuk Satim Diman.
Berbanding negeri-negeri lain, banyak calon Umno Selangor kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Sejak Pilihanraya Umum 2008, Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat- gabungan PAS, DAP dan PKR.

4 comments:

Anonymous said...

(Susah nak masuk Malaysian Insider. Izinkan saya beri komen di sini) Komen catatan Aspan Alias berhubung pilihan di antara Nabi Muhammad saw dengan Tun Dr Mahathir Mohammad dalam Malaysian Insider. Aspan berkebolehan membuat penilaian. But I wonder bolehkah Aspan memimpin Malaysia jika diberi peluang menjadi PM?

Anonymous said...

Lawak umno selangor...johan aziz su perhubungan negeri...cawangan yg tak menyokong dia sure tak sah...hehe

Anonymous said...

dah masuk 5 penggal tak reti2 lagi...patutnya dari awal kekalahan ketua2 bahagian nih dah mula handover kepada calon2 yg layak bukannya syok sendiri.,dah la kalah yg memalukan,bole melancong lagi,,hampeh.,,ingat 5 thn laie,umnu selangor gali kubur sendiri lah..

Anonymous said...

Salam semua...
Inilah yang dikatakan oleh Dr M, tiada budaya meningkatkan KUALITI pemimpin dalam UMNO, yang ada di bahagian dah tua nak mampus masih berangan mat jenin sama ada kekalkan jawatan atau punya cita-cita besar nak duduk dalam MT, bila yang tua-tua dah mampos, yang menggantikannya pulak setakat belajar darjah enam paling bagus pun lulusan SPM, kemudian beli ijazah Online...ikut kepala hotak korang la! Aku rasalah, budak-budak profesional muda yang makin bersepah mencari arah tuju kebanyakannya menyampah bukan dekat UMNO tapi menyampah dekat orang-orang yang makan ubat kuat yang masih duduk bertapa dalam parti tunggu duit melayang masuk ke poket...apa nak jadi ni? Sedar-sedarlah sikit Dato'-Dato' ooooooiiiiiiiiii!!!! -Anak Perak-