Saturday, August 17, 2013

Blogger Rbf Online BIKIN Wake Up Call Untuk Semua Pegawai Pegawai Najib Yang Makan Gaji Buta Tengah Sibuk Beraya Sakan....!

Syabas dan setinggi tinggi ucapan tahniah buat sahabat blogger Rbf Online...!

Setelah lima hari lamanya isu tawaran Kerajaan Perpaduan telah difitnah oleh Bapak Munafik Malaysia Anwar Ibrahim dok berlegar-legar membohongi rakyat kunuuuuuuuuuunnya YAB Datuk Sri Najib telah cuba untuk menawarkan perdamaian antara Najib-Anwar, tidak ada mana mana pihak khususnya dari Pejabat PM membuat sebarang penafian.

Amat menyayat hati sedih pilu dirasai apabila ramai dikalangan pimpinan UMNO turut sama mempercayai cerita bohong ini...! Kesian sungguh Najib...

Tengahari semalam, sebelum berkumandang azan menandakan bermulanya waktu solat Jumaat, sahabat blogger kita Rbf Online telah menggemparkan pemberitaan politik tanahair...!

Menerusi sebuah penulisan di blog Rbf Online dengan tajuk "Kisah Sebenar - Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib", disana telah terdedah segala-galanya...

Sungguh cantik dan tersangat mantap kupasan serta pendedahan kisah benar dibuat oleh Rbf Online!

Dalam artikel tersebut jelas terbukti beberapa perkara pokok yang rakyat wajib tahu agar tidak terkeliru dan tertipu dengan mainan kotor tahap bangsat oleh Bapak Munafik Malaysia, Anwar Ibrahim.

Malah menerusi pendedahan oleh Rbf Online juga diberitakan telah menggegarkan pimpinan DAP, PAS dan juga PKR kerana terbongkar beberapa tembelang Anwar yang terlalu desperate untuk berkuasa.

Diantaranya adalah seperti berikut;
Anwar ke Indonesia sekali lagi dan berjumpa Jusuf Kalla merayu-rayu meminta Jusuf agar menolongnya sekali lagi menjadi perantara antara beliau dan Najib. 

Jusuf agak keberatan untuk menjadi orang tengah sekali lagi kerana beliau telah ada pengalaman ditipu Anwar semasa menjadi orang tengah dalam kes perjanjian PRU lepas. 

Selepas pertemuan Anwar berkali-kali menghubungi Jusuf merayu-rayu agar menolongnya. Dalam bulan Ramadhan Anwar ada menghubungi Jusuf dan salah satu ayat yang digunakan dalam perbualan tersebut seperti berikut, 
"Bilang sama Pak Najib di bulan Ramadhan perlu bermaaf-maafan".
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut, 
1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor. 
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai Menteri.

Lihatlah tawaran menggila makhluk yang paling bangsat seperti Anwar itu... Dia sanggup main belakang Menteri Besar Selangor! Tergamak dia gadai jawatan MB Selangor....

Anwar tahu bahawa UMNO Selangor tersangat mahukan kerusi tersebut. Bijak juga bangsat sekor ini membuat tawaran...

Menerusi artikel siaran Rbf Online itu juga secara terperinci menceritakan mengenai kisah Jusuf Kalla telah menaiki pesawat peribadinya bernombor pendaftaran PK-JKM mendarat di Kuala Lumpur pada 28 Julai 2013 jam 8.20 malam.

Pesawat berdaftar JKM membawa maksud : Jusf Kalla Mufidah. Mufidah adalah isteri Jusf Kalla.

Jusuf mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib pada malam itu juga untuk membawa tawaran-tawaran yang dikemukakan Anwar. Bagaimanapun Najib telah menolak tawaran-tawaran yang dibawa oleh Jusuf Kalla. 

Selesai bertemu YAB PM, pada malam itu juga Jusuf terus bertemu dengan Anwar bagi menyampaikan berita yang Datuk Seri Najib menolak tawaran yang dikemukakannya.

Jusuf bersama rombongannya berangkat pulang dengan pesawat yang sama pada keesokkan paginya (29 Julai 2013)   jam 7.00 pagi.

Nah...! Lihatlah pendedahan yang dibuat, lengkap dengan segala maklumat penting menyatakan jenis pesawat yang membawa Jusuf Kalla, tarikh dan waktu datang dan pulangnya wakil dari negara Indonesia itu.

Siaran artikel oleh Rbf Online menerusi tajuk "Kisah Sebenar - Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib" membuatkan ramai pegawai pegawai Najib kelam kabut dan menggelupur...!

Tiba tiba mereka tersedar dari mimpi....
Ada yang tersedak makan kuih biskut makmor....
Ada juga yang tercekik makan biskut Almond London....

Selesai solat Jumaat semalam, muncullah pula kenyataan rasmi daripada Pejabat PM. Malang sekali, siaran yang dibuat seolah-olah melepaskan batuk ditangga.

Masih ada rasa malu malu untuk membelasah Anwar...
Nampak tak apa yang tak kena...?

Kenyataan selembut sutera, tidak ada langsung gigitan dan menunjukkan taring! Atau barangkali kenyataan terpaksa dibuat setelah mendapat Wake Up Call dari blogger Rbf Online...?

Amboi..... Bukan main lembutnya bunyi! Kenyataan politik yang nakal...?

Setelah terbukti Anwar menipu, setelah Boss mereka difitnah...., setelah nama Boss mereka tercemar..., ini sahaja yang pegawai pegawai bangang PM boleh lakukan..?

Berbalik kepada tajuk Blog MIK diatas! Pada pandangan anda, apakah tajuk Blog MIK keterlaluan..?

Lihat bukti dibawah ini;



Begitulah kisahnnya....

Sekali lagi diucapkan tahniah buat sahabat blogger Rbf Online kerana pendedahan yang beliau buat telah mendapat tempat dalam liputan pemberitaan Utusan Online....


6 comments:

Anonymous said...

PMO Ds Najib terdiri dari individu2 yg lemah lembut macam Raspussy kottt. Itu sebab DS Najib hilang taring dan kejantanan. Raspussy2 yg berligar ligar dalam PMO....hancurla negara mcm gini. Bapok, bacul dan pengecut bermaharajelela.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya. Bila berbicara pasal Najib aku agak layu sedikit tanpa bersemangat untuk memperjuangkan UMNO. Aku memang sayangkan UMNO dan anti kpd PKR disebabkan Al Juburi yang munafik itu. Tetapi diblogger ini, Gabungan Anti PKR sepatutnya membicara perkara yang boleh melenyapkan PKR,sedangkan sebaliknya berlaku kepada UMNO. UMNO yang diganyang. Aku rasa Najiblah yang menyebabkan orang UMNO menghentam UMNO sendiri. Najib kenalah berhati2. Memang aku sayangkan UMNO.

Perkara Perpaduan Al Juburi terang2 menggugat Najib sebagai pemimpin yang kurang bijak sehingga Al Juburi boleh mempermainkan Najib sekali lagi dan membohongi Rakyat sekelian. Al Juburi telah lenyap dari UMNO dan tidak sepatutnya diulangi ingin memasuki UMNO. Al Juburi dapat memainkan sentiment Rakyat atau hipokrit yang mahu Najib disisirkan sebagai pemimpin dan dialah yang berkaliber dari Najib kononnya. Bodoh sangat Al Juburi ini.

Aku rasa sudah sampai masanya Najid menilai semula barisan Kabinetnya dan juga Pegawai2 diJPM semua sebelum nasi menjadi bubur.

Anonymous said...

Setahu gue, tak kuasa Najib nak melayan anggan-angan pak pandey Nuar nih. Buang masa je. Banyak kerja lain lagi yang lebih berfaedah. Siapa yang tak kenal dengan si bangsat ni. Tak habis2 berangan nak jadi PM. Pergi Mampuih lah weh.

Anonymous said...

kesian aku tgk kau cuba nk cover Najib...kalu la betul spt apa diceritakan di atas mesti isu ni jd hangat dlm utusan msia sepanjang ramadhan....kah kah kah...pttuii

Anonymous said...

ingat nuor otaknya berputar dr langit turun kebumi.. mungkin perjlnan otak nuor nak mengalahkan malaikat.. itulah dasar bapak munafik..

nuor bukan sebarang merayu.. tentu di belakang nuor dah pasang strategi BESAR sebelum berjumpa JK..

lihat perjumpaan rahsia dan persahabatan yg ditunjukkan dgn kubu pak lah kj.. kita juga tau org org sekitar najib dtg dr era pak lah.. lihat apa yg dah berlaku di zaman pemerintahan pak lah..

jika nuor masuk .... dia tau dah ada org dlm umno menunggu dan menyediakan tapak utknya... begitu byk org dr kubu pak lah yg berada dlm barisan atas kepimpinan umno..

bayangkan 2 kubu bergabung.. kubu nuor bergabung kubu kj... sebab tu nuor berusaha berjumpa najib dan membawa surat perjanjian sepihak yg dibuatnya sendiri.. najib ketika itu sebelum pru diasak dr semua arah dan pembangkang membuat seolah olah umno BN akan kalah.. ditambah pulak nasihat punahsihat yg dtg dr era pak lah..

bayangkan lagi.. jika ia terjadi.. nuor jadi tpm.. sedar tak sedar.. mau tak mau.. suka tak suka.. kubu nuor kubu kj dan kubu yg ada kepentingan diri sendiri bergabung jadi satu.. buatlah kecoh buatlah heboh dgn bermcm masalah dr luar dgn bantuan teman teman nuor dr kelompok pembangkang seperti yg kita lihat sebelum pru lepas.. tentu kedudukan najib tergugat..

najib diperlihat tdk berupaya.. lemah.. padahal secara tanpa disedari.. tdk mustahil punahsihat dan barisan kabinet yg ada juga ada yg terlibat dlm komplotan itu.. SEKALI LAGI PAU NAJIB DI LAWAN BERTARUNG ATAU NAJIB AKAN DITURUNKAN MCM PM SEBELUMNYA.. seperti kisah berulang dan dendam lama terbalas..

selanjuutnya.. sape pm??? jika tpm nuor.. dah pasti nuor naik jadi pm.. budaya umno.. tpm naik jadi pm..

sape pulak tpm???..HA HA HA.. dah dpt baca.. dah dpt agak.. tentu dr kubu yg sama.. jika benar yg diperkata org ada pakatan nuor pak lah kj kalimullah dan geng... 2 kubu.. nuor dan pak lah..

jika kubu nuor jadi pm.. dah pasti tpm dr kubu
pak lah.. dah tentu kemungkinan besar calon adalah KJ menantu pak lah... kubu kj dan kj sendiri selalu bercita cita besar.. menjadi pm dlm usia muda... selepas tu???

semua barisan atas umno kabinet glc org org nuor kj.. yg berlawanan arah akan ditendang secara harus... dimatikan karier kepimpinan dlm umno.. dicantas dr awal...

lihatlah sebahagian pemimpin umno dlm pau.. berucap berkobar kobar.. semua itu pendusta.. konon utk bangsa melayu bumiputera dan islam tapi mereka sendiri berpakat dgn org yg liberal dan lebih parah lagi penyokong LGBT.. beri laluan utk murtad...

adakah kita penyokong setia umno.. mau melihat pm dikata seorg penyokong dan dikatakan juga pengamal LGBT... jgn nanti kita yg selama ini dikata kuat berpegang kpd ajaran agama islam tapi mengundi org yg berpakat dgn kelompok LGBT utk dijadi sebagai pemimpin..

tdk takutkah anda semua kpd ALLAH???

Anonymous said...

TERIMA AJELAH TAWARAN ANWAR TU. ANWAR TU PAKAR MAIN BELAKANG DAN NAJIB PULA DAH MULA PANDAI MAIN BELAKANG. YELAH DGN MENDAHULUKAN PENASIHAT DAN MEMBELAKANGKAN RAKYAT DALAM APA2 KEPUTUSAN YG DIAMBIL.