Thursday, August 1, 2013

Izzah Konfim Anwar Sekarang Sudah Gabra....!

Pendedahan Jasbir Singh Chahl mengenai penipuan pembangkang mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene telah mendedahkan rancangan jahat mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan di mata masyarakat antarabangsa.

Pengakuan beliau sebagai individu yang bertindak sebagai arkitek urusan jual beli Scorpene bahawa wanita Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu tidak terlibat langsung dalam mana-mana aspek perbincangan perniagaan itu apath lagi mengenali beliau, sekaligus meranapkan pembohongan pembangkang selama ini.

Melalui pertubuhan haram, Suaram yang menjadi jurucakap Anwar Ibrahim, pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah dan propaganda di seluruh negara dan juga luar negara untuk meraih keuntungan politik.

Altantuya telah dimangsakan oleh Anwar dan Suaram untuk mendapat simpati rakyat sejak beberapa tahun lalu.

Malah isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.

Ini tidak termasuk sumbangan dana dari organiasi antarabangsa yang pro-Yahudi seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Isu Scorpene telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama kerana pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif dalam perang saraf mereka terhadap kerajaan.

Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang juga pernah menjadi peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama, membuat pendedahan dalam Dewan Rakyat satu ketika dahulu bahawa beliau diarah oleh Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Anwar tidak berani menyaman Zulkifli walaupun beliau telah mengulangi kenyataan di luar parlimen berulang kali kerana tahu apa yang dikatakan adalah benar.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika itu telah memberi penjelasan rasmi panjang lebar di dalam Dewan Rakyat pada tahun 2009 lagi, fakta-fakta mengenai pembelian Scorpene telah diputarbelit oleh pembangkang secara licik.

Antara lain pembangkang menyebarkan tohmah kononnya Perdana Menteri serta isteri akan disapina oleh pihak berkuasa Perancis untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Altantuya.

Suaram juga mendakwa Mahkamah 'Tribunal de Grande Instance' di Paris akan menjalankan perbicaraan mengenai penjualan kapal selam Scorpenen oleh anak syarikat kerajaan Perancis, DCNS.

Hakikatnya tidak ada sebarang usaha mahkamah Perancis menjurus kepada perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Apabila pembohongan ini berjaya didedahkan, pemimpin PKR, Tian Chua dengan cepat menafikan beliau pernah mendakwa akan ada perbicaraan di Perancis.

Begitu juga dengan isu komisyen sebanyak yang kononnya telah dibayar oleh DCNS kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.

Perimekar mempunyai pemilik ekuiti terdiri daripada KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

Pembayaran yang diterima oleh Perimekar adalah bagi perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 kakitangan dan 49 pegawai yang ditempatkan di Perancis dan juga Sepanyol.

Syarikat itu tidak pernah menerima komisyen bagi mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri atau isteri beliau kerana semua fakta di catat secara jelas di dalam laporan audit yang merekodkan jumlah keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu sebanyak RM105,111,191.

Dalam ertikata lain pembayaran yang diterima Perimekar adalah bagi servis yabg disediakan kepada TLDM dan bukannya komisyen seperti yang dicanang oleh pembangkang.

Ini selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

"Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar," kata beliau ketika menjawab isu Scorpene yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen pada tahun 2009.

Selain itu menteri turut menegaskan kementerian tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terarasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia yang didakwa bernilai 36 juta euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terarasi," tegas beliau.

Kenyataan Jasbir baru-baru ini telah membersihkan nama kerajaan Malaysia dalam skandal khayalan ciptaan Suaram dan diangkat oleh pembangkang sebagai satu senjata politik utama mereka.

Jelas Jasbir lagi, pekerjaan Altantuya bukan sebagai seorang penterjemah bahasa Perancis sebagaimana dakwaan pembangkang malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga dipertikaikan.

Syarikat DCNS yang membekal 2 buah kapal selam Scorpene kepada kerajaan adalah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan segala urusan antarabangsanya dengan syarikat termasuk dari Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan dan bukannya bahasa Perancis.

Oleh kerana tidak perlu mengambil khidmat seorang juru bahasa dan sekiranya diperlukan sekali pun apakah alasan untuk menggunakan perantaraan seorang wanita dari Mongolia?

Malah dokumen rasmi dari pihak polis Perancis  mengesahkan wanita itu tidak pernah memasuki negara itu antara tahun 1999 hingga 2006.

Tetapi pembangkang telah memesongkan fakta dengan mengedit gambar-gambar Altantuya untuk menunjukkan beliau berada di bumi Perancis bagi mengguatkan pembohongan mereka.

Individu-individu yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene juga mengaku tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu, jauh sekali terlibat dalam perbincangan mengenai urusniaga tersebut antara tahun 2000 hingga 2002.



Malah Abdul Razak Baginda,  yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri, dikatakan hanya bertemu Altantuya pada tahun 2004.

Altantuya dibunuh pada tahun 2006 setelah cebisan mayatnya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada 7 November tahun itu, 17 hari selepas kehilangannya  dilaporkan kepada pihak polis.

Bagaimana pula pembangkang boleh mendakwa wanita itu mengambil bahagian dalam urusan perbincangan Scorpene awal daripada 2004?

Jelas isu Scorpene telah diwujudkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya menggunakan platform Suaram untuk menggugat kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan tetapi kini tiba giliran pembangkang pula untuk menerima tempias daripada segala fitnah dan onar mereka lakukan selama ini.

14 comments:

Anonymous said...

Jika benar semua telus dan mengikut prosedur kenapa kerajaan tak menyaman suaram demi untuk membersihkan imej malaysia.

Anonymous said...

ada sesuatu yg tak kena .....sampai sekarang SUARA HARAM tak pernah di kenakan saman fitnah oleh kerajaan Najib.....
bertompok tompok taik babi jatuh kat muka....tapi Najib masih tersengih manja, malu malu alah nak saman....
KALAU ANDA YG KENA, BAGAIMANA????

Anonymous said...

relek jangn gelojoh!! kumpul bukti dulu.. suaram terlibat merdekakan timor leste dari indon. so sekarang kita tahu siapa proksi yahudi di malaysia.. dana dari yahudi george soros.. PKR proksi yahudi yang pengikutnya bodoh x sedar diri..

Anonymous said...

ko ni.baca keterang ds zahid hamidi x??
kerajaan xley.nk saman tp lau de org wt report trhadap suaram kerajaan bole ambil tndakan..

Anonymous said...

kia anwar ibrahim telus kenapa x saman je zulkifli nordin??? tu namanya buta perut?

Anonymous said...

Aku benci benor nengok muka betina dua ekor ni...macam bangkai!!! udah macam ikan kering..takde seri lansung!!

Anonymous said...

Fikirlah secara logik, tak kan urusan keselamatan antara dua buah negara iaitu Peranchis dan Malaysia guna penterjemah dari Mongolia. Ramai lagi Mahathir Lokman kat Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia French Institut dah lebih 20 tahun ada kat Malaysia ni. Tak kan lah seorang Peranchis pun tak boleh berbahasa Inggeris. Singapore beli jet Mirage 2000 guna Mongolian sebagai penterjemah kut? Akai ada ka?

ST4Jasin said...

Salam Perjuangan,
Mohon jasa baik tuan blog ini dapat pautkan blog kecil kami di blog anda.
http://st4jasin.blogspot.com/
Terima kasih.

Anonymous said...

MENGGERUNKAN - bila NGO-NGO SAMSENG/PENGGANAS yang ditaja Barat-Zionis boleh bermaharajalela kat M'sia ini? SUARAM yang tidak berdaftar sebagai NGO pun, tetapi berlagak sebagai NGO terutamanya kat Barat(inikan PENIPUAN); boleh mengutip DERMA - apahal ni?!

Bayangkanlah anak-anak muda, terutamanya yang miskin yang TERHASUT di bawah "NGO-NGO" seperti ini! SUARAM ini juga makin aktif di pendalaman S'wak/Sabah, disyaki bersekutu dengan NGO-NGO Barat, kononnya memperjuangkan hak asasi masyarakat miskin-alam sekitar atau menyamar sebagai pelancung/sukarelawan, terutamanya dengan kaum Dayak yang termasuk kaum Penan, Orang Ulu dan Iban - termasuk MENGKRISTIANkan seramai mungkin, dan MENGHASUT mereka membenci Islam/umatnya terutama kaum Melayu/Melanau dan UMNO.

Sepatutnya mana-mana 'NGO'/parti politik kat M'sia ini yang ditaja Barat-Zionis seperti SUARAM ini, mesti ditutup dan diHARAMKAN! Kerana kalau pertubuhan Zionis, bermakna berkait rapat dengan Israel - jadi ini membahayakan KESELAMATAN/KEDAULATAN Islam/umatnya dan bumi tercinta kita ini, warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain!

Sebab itu juga segala pelaburan dari rejim PAP Singapura mesti diHARAMkan, dan setiap tanah kita yang telah dijual kepada rejim ini, terutamanya di P. Pinang, Selangor (makin galak kat Sepang, kwsn amat strategik berdekatan KLIA, Johor dan melaka (Selat Melaka yang amat penting), kena beli balik. Sebab KESELAMATAN/KEDAULATAN Islam/umatnya dan bumi pusaka kita ini amat TERANCAM, apalagi rejim/tentera PAP ditaja terus dan sepenuhnya oleh rejim Israel, yang merupakan DALANG pengganas yang paling TAMAK, di belakang rejim-rejim Barat, yang membunuh umat Islam dan Bumiputera lain, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga yang kaya minyak-gas - lihat di
http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.


Anonymous said...

Tengoklah NGO-NGO ini yang menyokong SUARAM, begitu banyak (amat MERBAHAYA keadaan ini)- http://aliran.com/10218.html; maka NGO Melayu/Islam kena buat BERLAMBAK, NGO-NGO pro-UMNO/BN!

Anonymous said...

Bagi aku dan mungkin setengah orang selagi kerajaan, najib dan rosmah tidak menyaman puak2 ini, aku akan masih percaya apa yang diperkatakan oleh suaram dan pembangkang adalah benar dan sebenarnya.

Anonymous said...

kerajaan bukan mcm anwar, sikit sikit saman. pastu cerita panjang lebar plan saman tu; semata mata nk dpt spotlight.

kerajaan dakwa terus. no play-play.

Anonymous said...

Kalau Suaram rasa Jasbir Singh menipu, saman lah dia kalau berani. Ada berani ka.

Zara Morgana said...

izzah dan anwar sememang sudah gubra dan hilang arah setelah pelbagai cuba yang dilakukkan untuk memfitnah najib dan rosmah menemui kegagalan..pelbagai helah dilakukkan tetapi sesungguhnya ALLAH berada di pihak yang benar...