Monday, August 19, 2013

Kalau Ku Li Bertanding Presiden UMNO Tak Ubah Macam Badul Masuk Maharaja Lawak Mega Nak Kalahkan Johan-Zizan... OUT OF DATE Sudah

Apabila sudah ada sebaran berita begini, Blogger MIK mengambil sikap untuk membuat perbandingan dan persamaan.....

Teringat kisah menyaksikan Otai lawak berdekad-dekad lamanya, AR Badul tiba tiba muncul dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega tahun 2012. Muncul sebagai peserta pertandingan, bukannya sebagai seorang juri. Kesian...

Sewaktu Astro mula mula memperkenalkan program mencari bakat, Raja Lawak Musim Pertama, kita masih ingat bagaimana AR Badul diberikan penghormatan sebagai salah seorang tenaga pengajar. Diakhir program tv realiti itu, muncullah nama nama seperti Yus, Johan, Zizan, Tokei, Angah. Begitulah seterusnya Astro melahirkan nama nama seprti Sepah, Jihan, Nabil, Ajak dan Shahrul Shiro, serta ramai lagi...

Kesian bermaksud simpati melihatkan Badul sanggup dijadikan bahan untuk ditertawakan, penonton ketawa bukan kerana kualiti komedi yang dibawa, tetapi ketawa melihatkan Badul gagal mengeletek penonton dengan lawak old school..!

Zaman beliau sudah berlalu, kenapa harus cari penyakit mahu masuk bertanding Maharaja Lawak dan bersaing dengan Johan dan Zizan yang menguasai resepi kaedah "komedi terkini" selera orang ramai masa kini.

Tewasnya Badul apabila tersingkir tidak pernah menimbulkan sebarang rasa sedih dikalangan penggemar program Maharaja Lawak Mega. Keputusan itu seperti dinanti-nantikan kerana mereka tak terhibur dengan komedi old school dibawa oleh Badul yang berganding tenaga dengan dua lagi rakan yang tidak pernah memiliki bakat lawak.......

Cita rasa serta 'taste' penggemar hiburan dunia komedi kini sudah berbeza!

Komedi zaman ini tak memerlukan wajah wajah comot lucu untuk membuatkan orang ketawa. Tak payah guna slapstick dengan tampar menampar, tolak kepala ala ala Threes Stooges...

Zaman ini mereka yang berjaya dalam industri hiburan komedi ada yang memiliki wajah segak dan tampan. Sudah ada transformasi, tidak lagi perlukan modal modal lawak cara lama yang sukar untuk diterima masa kini... 

Bahan komedi yang dibawa oleh generasi baru seperti Johan, Zizan, Sepahtu, Yus, Tokei menepati citarasa dengan kemahuan hiburan semasa...

Begitulah kisahnya dengan politik tanahair apabila dibuat perbandingan dan persamaan...

Tengku Razaliegh adalah pemimpin UMNO zaman lepas, sudah melepasi tempoh waktu! Tak payahlah mahu menjadikan diri seperti AR Badul yang masuk pertandingan bersaing dengan kekuatan Johan, Zizan dan lain lain yang disebutkan tadi...

Ku Li adalah senarai kepimpinan yang kita tahu seangkatan dengan zaman Allahyarham Tun Razak, Tun Hussein Onn, Ghafar Baba.....

Zaman Ku Li sudah berlalu pergi.....

LU PIKIRLAH SENDIRI!

7 comments:

Anonymous said...

..biaq pi la ku li nak bertanding.. apa pm najib mau takut.. bukan mcm aljuburi sekoq tu.. nak bersumpah pun kecut teloq.. taqbir!..

kluangman said...

Kenapa perlu Ada sekatan? Atau sebenarnya ketakutan?

Kalau kuli sudah tidak berbisa..kenapa risau?e

DB Mall 27 said...

"sudah" means already and "selesai" means done. for informal situation "itu udah kelar". again the speaker should point out to something.

Anonymous said...

Biarlah KU LI mnjadi kuli umno utk slameny..

Anonymous said...

Ku Li adalah bangsawan. Kita tolak pemimpin bangsawan.

Anonymous said...

Antara lawak transformasi Najib..nilai saham MAS hanya 33 sen, murah dr toilet paper...kah,kah,kah

Anonymous said...

che det dah out of date korang dengar..tapi Ku Li yg out of date taknak pulak dgr?.. Mgkn Che Det sama mcm OSBON kot?