Friday, August 16, 2013

Keganasan Rumah Tangga - Wanita UMNO Desak Tindakan Segera Pihak Berkuasa


SIARAN MEDIA
Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA / WANITA:
TINDAKAN TEGAS DAN PENDAKWAAN SEGERA
DARI PIHAK BERKUASA DIDESAK
KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013 – Saya selaku Ketua Pergerakan Wanita Barisan Nasional Malaysia memandang serius terhadap kejadian dua kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan oleh The Star dan Utusan Malaysia pada hari ini serta video mengenai salah satu insiden tersebut yang telah tersebar luas melalui youtube dan facebook.


Saya mendesak agar pihak berkuasa BERTINDAK TEGAS dan SEGERA MENDAKWA pelaku dan pihak mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang berat terhadap pelaku bagi memastikan isu keganasan rumah tangga ini tidak terus berleluasa.

Sebagai wanita dan isteri, saya amat kesal dengan insiden yang membabitkan kedua-dua mangsa yang dipukul dengan kekasaran yang melampau sehingga menimbulkan kemarahan orang awam terutama wanita seluruh negara.

Dengan ini, Wanita BN menuntut dan mendesak pembelaan, perlindungan dan kehormatan daripada pihak berkuasa berdasarkan peruntukan perundangan terhadap wanita/isteri yang sedia ada di Negara ini samada dari sudut sivil, Jenayah atau Syariah.

Saya juga menyeru wanita yang menjadi mangsa keganasan untuk berani tampil ke hadapan untuk melaporkan apa jua kejadian terhadap mereka kepada pihak berkuasa.

SHAHRIZAT JALIL

4 comments:

Anonymous said...

Kalau bini dah main dan curang ngan jantan lain... Jgn kata betina tu aje patut dibelasah... Dgn sharizat sharizat lembu nie pun patut di ganyang.... Jgn terus melompat kesian .... Kita kena lah tau apa kes... Bodoh... Patutlah kau bela lembu mami

Anonymous said...

Kecoh kerana tersiar di youtube. Cammana yang kena belasah tapi tak tersiar di you tube,walau pun report dibuat.
Jangan jadi hero/heroin lah.. Pegi cek kat balai-balai laporan wanita dibelasah dan kaji setakat mana siasatan dijalankan. Jangan harap akbar,tv, you tube tunjuk, baru berdetum detam tunjuk prihatin...
Malysia Boleh....!

Anonymous said...

Bila berjilat.... Kemain lagi... Bila berantakkan semua org nak diamuknye..... Pirahhhhhhhhh...

Anonymous said...

Salam. . .bkn nk sokong mne2 pihak tpi bila ade wanita yg wt hal yg srius. .brape lelaki yg bleh dijmin sabar. . Klau sdah tdak bleh sbar dn tidak mahu msuk papper. . .brpisah jln trbaik wlaupn ade phak yg x stuju. .