Saturday, August 17, 2013

Kesan Pendedahan Blog Rbf Online... Faekah Arahkan Pejabat MB Selangor Buat Siasatan..?

Apabila Blog Rbf Online membuat pendedahan mengenai kisah Anwar yang sebenarnya yang tawarkan Kerajaan Perpaduan dengan YAB Datuk Sri Najib menerusi artikel 'Kisah Sebenar - Anwar Yang Tawarkan Perpaduan Dengan Najib' [SINI], juak juak murahan PKR juga telah menggelabah....

Apa tidaknya... Dalam pendedahan kisah sebenar itu Anwar telah sanggup menjadikan Khalid Gagap sebagai kambing hitam untuk memenuhi mimpi Ketua Umum PKR itu!
Antara yang ditawarkan Anwar untuk membentuk perpaduan dengan Najib seperti berikut,
1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor. 

2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3) Empat orang Ahli Parlimen PKR dilantik sebagai Menteri.
Dalam isu lantikan Menteri Besar Selangor, ianya bukan rahsia lagi telah berlaku perebutan diantara Azmin Ali dengan Khalid Gagap..!

JOM mari kita saksikan bukti dibawah ini.

Video klip Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor mendedahkan bahawa pada tahun 2008 selepas Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar sudah mendesak beliau mengambil alih jawatan MB setelah parti PKR sangat tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid Gagap...

No comments: