Friday, August 16, 2013

NOSTALGIA 2011 - Blogger MIK Sertai KP1M Ops Pyramid Bawa Pulang 11,300 Pelajar Malaysia Dari MESIR. Pengalaman Ngeri Bersama Wartawan Kami Diculik....

Mengimbau kembali kenangan pahit dan manis Blogger MIK yang pernah bertugas menyertai Ops Pyramid pada tahun 2011.

Tugasan besar membawa pulang dalam tempoh 72 jam seramai 11,300 pelajar pelajar serta warga Malaysia untuk segera keluar dari Mesir. Ketika itu rusuhan rakyat Mesir di Tahrir Square semakin menggila kerana mahu menggulingkan Hosni Mubarak.

Ops Pyramid penuh getir dan cabaran kerana kita semua berkemah, berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo membuat kerja 24 jam membawa keluar seramai mungkin rakyat Malaysia khususnya para pelajar sebelum perusuh perusuh datang menawan dan menutup Lapangan Terbang tersebut....

Bertambah getir lagi apabila juak juak murahan PAS cuba politikkan kerja mulia ini, mereka menerusi kumpulan pelajar didikan PAS iaitu PEMERAM [Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir] menghasut pelajar pelajar jangan sertai Ops Pyramid.

Juak juak ini memenuhi Lapangan Terbang Cairo untuk menggangu segala kerja kami... Mereka membawa fitnah sesiapa yang menaiki pesawat Ops Pyramid yang dibawah kelolaan Kelab Putera 1 Malaysia, MAS, Air Asia dan pejabat Kedutaan Besar Malaysia Cairo ini nanti akan dikenakan bayaran sewaktu tiba di Jeddah.

Padahal yang sebenarnya para pelajar tidak perlu membayar apa apa tambang, semuanya di tanggung oleh kerajaan Malaysia dibawah arahan YAB Datuk Sri Najib.

Ops yang perlu segera membawa rakyat Malaysia keluar segera dari Mesir, seterusnya mereka akan dibawa ke Jeddah untuk ditempatkan di Madinatul Hijjaz milik Tabung Haji buat sementara waktu. Kemudian setelah kesemua rakyat Malaysia sudah dikumpulkan disana, barulah mereka akan diterbangkan pulang ke tanahair.

Sepanjang tempoh tinggal di Madinatul Hijjaz, segala kos makan minum ditanggung oleh kerajaan menerusi Tabung Haji. Begitulah kisahnya.....

Untuk makluman, pada malam ketiga, Blogger MIK bersama sekumpulan wartawan mengalami mimpi NGERI apabila telah diculik..., ikuti kisahnya di SINI.

Untuk bacaan semula beberapa kisah kisah menarik sewaktu kami di Mesir, boleh lusuri pautan link dibawah ini;

PENTING...! Kenali Wajah Wajah Wira Negara Yang Sertai Ops Pyramid Ke Mesir [SINI]

YAB Perdana Menteri Sambut Kepulangan Kumpulan Pertama Dari Jeddah & Cairo [SINI]

Pesawat Pertama Air Asia Dari Cairo - Jeddah Selamat Mendarat Di KLIA Jam 10.15 Pagi [SINI]

Panas Dari Cairo...!! PAS Cuba Hasut Pelajar Pelajar Malaysia Jangan Naik Pesawat Ke Jeddah [SINI]

1 comment:

Anonymous said...

Tak payah la buat ops pyramid2. Puak pas ni bkn reti bersyukur. Siap ada anggota tentera yg terlibat dgn ops tu jadi totok pas dan nak kerajaan Msia diguling mcm Mesir. Giler.