MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, August 14, 2013

Pak Lah Masih Berdendam Dengan Tun Dr Mahathir....?

Penulis hampir terlepas pandang isu buku yang menjadi kontroversi iaitu "Awakening", yang dikatakan mampu mengganggu kemeriahan Hari Raya.....

Tetapi, setelah membaca dan "mengorek-ngorek" ceritanya, inilah dimaklumkan bahawa buku itu tidak menjadi gangguan langsung, malah tidak membawa apa-apa makna atau perubahan pun kepada rakyat Malaysia.

Pak Lah berdendam dengan Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang baru kita dengar......

Begitu juga dengan hakikat bahawa Bridget Welsh dan James Chin yang menjadi pengarang buku tersebut, kerana kedua-dua mereka ini memang kerjanya membantai UMNO setiap hari.   

Berita bahawa Nurul Izzah dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum bahawa Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya sememangnya meletakkan sebelah kaki di dalam Pakatan Pembangkang, sementara sebelah lagi di dalam UMNO sebagai "jaminan".

Justeru, apa yang dikatakan "kontroversi" di dalam buku tersebut bukanlah kontroversi pun, tetapi sekadar usaha mencipta publisiti oleh para penulisnya, selain usaha beberapa pihak untuk mengucar-kacirkan UMNO dan mungkin juga usaha beberapa pihak lain untuk memenuhi "keperluan hidup" mereka untuk terus menghentam Tun Mahathir.

Apapun jua motifnya, UMNO wajar bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas satu lagi pengajaran, atau mungkin lebih tepat,"ulangkaji pelajaran".  Dari apa yang penulis lihat, buku 'Awakening' seharusnya membantu menyedarkan UMNO mengenai kewujudan musuh dalam selimut...!

Berapa kali UMNO perlu "diajar" ?

Pembabitan Singapura, hakikat bahawa para penulis buku tersebut punya hubungan dengan SUARAM dan bahawa Pakatan Pembangkang terlebih 'mesra' dengan Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya, dan bahawa kesemua mereka menentang seorang individu iaitu Tun Mahathir - sepatutnya sudah mampu menyedarkan UMNO.

Tun Mahathir telah mengubah Malaysia dari sebuah negara dunia ketiga yang masih baru kepada Harimau Asia yang dihormati dan disegani oleh rakan dan juga musuh.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau hanya membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat termasuk rantau ini dan seluruh dunia.   Malangnya, telah menjadi kelaziman manusia di mana mereka yang disanjungi dan dihormati turut mempunyai musuh yang ramai.

Oleh itu, adalah menjadi tugas kita untuk memilih sama ada untuk mempercayai dan menyokong musuh yang tidak menyumbang apa-apa selain menghentam Tun Mahathir saban hari, ataupun untuk mempercayai dan menyokong Tun Mahathir atas khidmat jasanya yang tidak berbelah bagi yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini.

Pendek kata, kita tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk membuat pendirian dalam isu buku Awakening ini.

Bagaimanapun, hakikat bahawa musuh memilih untuk menyerang di ketika UMNO sedang bersiap untuk Perhimpunan Agong, adalah sesuatu yang amat menarik.

Ini kerana ia mampu membuka gelanggang kepada pertempuran terbuka. Pertempuran terbuka adalah peluang bagi UMNO untuk membuat keputusan yang tepat, iaitu memilih pemimpin yang  benar.

Perlu diingatkan bahawa perhimpunan atau pertempuran ini boleh jadi peluang terakhir bagi UMNO untuk pulih sepenuhnya....!

Untuk itu, Pak Lah mungkin memainkan peranan yang tidak lebih dari sekadar subjek wawancara dalam buku tersebut sepertimana yang didakwanya tetapi beliau jelas telah menyedarkan kita semua.

Terima kasih kepada Pak Lah, kita sekarang dapat melihat dengan lebih jelas di mana kedudukannya di dalam parti termasuklah kedudukan mereka-mereka yang mempertahankannya di dalam UMNO yang senada dengan Pakatan Pembangkang.

Kesimpulannya, kawan kepada musuh, bukanlah kawan.  Semoga UMNO menerima pengajaran ini dengan sebaiknya, untuk kesekian kalinya....

Penulisan - Beruang Biru

9 comments:

Anonymous said...

..kote bengkok aka aljuburi aka munapig sepanjang zaman tgh klentong dollah badwi.. taqbir!..

Anonymous said...

Maaf.. Saya tidak berminat dengan apa2 yang mempunyai HUBUNGKAIT dengan Pak Lah.

Anonymous said...

btw jgn cpt sronok, igt melayu mudah lupa. truskn boikot smpi kiamat cinabeng x mandi wajib ni. igt, cinabeng ni mmg ske mnipo... 4 bloggers kempen harus diperbesarkn dgn skala lg besar... dan jgn lupa boikot kj, nazri & kerismudin dlm PaU akn dtg & seterusnya. kasi depa ddk bwh diam2... ini kalilah!!!

Anonymous said...

SCOMI MASIH LAGI BERDENDAM KER///

Anonymous said...

Bagi kami semua pak lah kami da anggpa meninggal..tak penting..Najib kamimanggap da nazak..tengah di bacakan talkin aja..tak perlu baca surah yassin, tak ada faedahnya..dia pun da tukar nama Cina..Ah Gib Gor..bakar aja..tak. Perlu di kebumikan

Anonymous said...

Ini semua strategi SIL mengunakan Si Lelah untuk kepentingan politik masa depan. Juga kunun nya nak membersihkan kelemahan Si Lelah yang begitu memalukan. Sampai bila-bila pun tak boleh tutup.

Anonymous said...

Ini semua strategi SIL untuk masa depan politik nya. Juga kunun nak membesihkan nama Si Lelah yang memalukan. Sampai bila - bila pun tak boleh tutup.

Anonymous said...

kalu mau cakap itu takbir blakang, itu kote tak usah tarok la depan..... mangkok!

Anonymous said...

Saya sokong Mahathir sejak dari dulu sampai sekarang. He is the BEST.