Friday, August 16, 2013

PANAAASS....! Surat Terbuka Dari Anwar Kepada Najib Merayu Mahu Sertai UMNO Semula

Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.   Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Datuk Sri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat...

 Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Datuk Sri Najib sebelum Pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.  Justeru, Perdana Menteri kita memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO. Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Najib.

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.  Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat...?

Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga...?  

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Datuk Sri Najib cukup maklum akan prinsip ini. 

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau.

Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN.

Semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya.

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah ajib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.  Anwar juga sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya....!

Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan dia jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan YAB Perdana Menteri kita ini adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang melayu, menolak Pembangkang dan Anwar sebagai pemerintah.  Walhal, orang melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.

Namun, orang melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim? 

Bukankah lebih logik jika YAB Perdana Menteri bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir?

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.  Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar yang sebenarnya sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.

Malang bagi Ketua Pembangkang itu kerana orang-orang Melayu sudah serik dengannya mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka.....

Bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah.

7 comments:

kluangman said...

teori siapa agaknya yg tidak berpijak di bumi nyata?

Dalam banyak perkara, najib cuma secara tidak terang2an membelakangkan mahathir kerana najib tidak menggunakan mana2 tingkat untuk membuat arahan. Dan sewajarnyalah najib tidak perlu mengikut arahan mahathir atau paklah, kalau Ada pun najib mungkin lebih suka dengar bisikan rosmah.

Menaik pangkat nazri Dan kj adalah satu petanda jelas najib lebih suka menyediakan tembok yg kukuh untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk serangan mahathir daripada secara membabibuta berbaik dng pro mahathir yg boleh menikamnya semula bila2 masa. Najib sedar org yg paling dekat yg mampu menyanggahnya ialah muhyiddin - seluruh dunia tahu.

Politik ialah sebarang keberangkalian - Dan 'untung' diambilkira untuk perjalanan politik seseorang. Hubungan paklah najib lebih selesa dari hubungan mahathir najib, kj adalah jambatan untuk menghubungi anwar malah najib anwar lebih mudah berjumpa tanpa melalui sesiapa.

Anonymous said...

Better the devil you know...

Anonymous said...

APA LANCAU LU CERITA BODEK AH JIB GOR NI MELAYU MELUAT DGN AH JIB GOR TAPI TAKDE PILIHAN TERPAKSA SOKONG UMNO PRU14 PEGI MAMPOS LAH UMNO KALAU AH JIB GOR N NAZRI MASIH JADI PEMIMPIN UMNO

GO TO HELL AH JIB GOR ROSMAH BADAK NAZRI NAMAWEE FUCK U ALL

Anonymous said...

tam....yg jadi org rasa pelik tu pihak bn yg selalu kena fitnah tu tak mau saman puak2 jubor ni...tu yg buat depa besar kepala...

Anonymous said...

kalauUMNO terima Annuar balik dalam UMNO aku dan gang2 aku akan sokong party lain.

Anonymous said...

Jangan mimpi lah Annuar nak dapat kembali dalam UMNO. Mati celek lah dia.

Anonymous said...

Aku pun!!!!!!