Monday, August 5, 2013

PRU 14 BN-UMNO Akan Menang Besar Di Selangor...! UMNO Boleh Menang 30 Kerusi DUN Rampas Selangor Dari Pakatan....!!

Badan Perhubungan Umno Selangor pada Ahad mengumumkan penubuhan empat jabatan baru dalam usaha untuk memantapkan jentera parti bagi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar pada Ahad.

Noh berkata, beliau sendiri akan mengetuai Jabatan Pilihan Raya manakala timbalannya Abdul Shukur Idrus akan mengetuai Jabatan Media Sosial.

Beliau berkata, Jabatan Latihan dan Penyelidikan akan diketuai Ketua BahagianUmno Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz manakala Jabatan Penerangan diketuaiDatuk Amiruddin Setro, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor.

Mesyuarat pada Ahad juga memutuskan pelantikan Johan sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed danAmiruddin dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Negeri menggantikan Abdul Shukur, katanya.

Datuk Fateh Iskandar FD Mansor dikekalkan sebagai Bendahari Umno Negeri, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno negeri, di sini. - BERNAMA

KLIK SINI



8 comments:

Anak Lenggong said...

Tak payah cakap laa..buat je kerja dulu..rakyat akan melihat dan tak perlu nak melalk sana melalak sini...

Anonymous said...

Sepatutnya UMNO dah boleh menang di Selangor sekurang-kurangnya 28 kerusi. Tapi disebabkan pertukaran calon winnable kepada calon kroni yang tak sesuai maka hancurlah impian UMNO.

Lihat saja di Sepang, calon PAS menang tanpa diduga. Bukan lagi baik dari Zin Badak tapi lagi teruk perangainya dok mencacai DAP siang malam.

Anonymous said...

Biasaklah nak tunjuk dia buat kerja kat PM....tapi they are looser. ..tukar semua kempipinan yg ada skrg...sblm kalah lebih teruk lagi...

Anonymous said...

aik.sume datuk2 je.depa ni ada otak ke nk bt keje?bkn depa ni tau mngarah & tau dgar ckp penjilat tegar je ke.hihihi lawak di akhir2 ramadhan yg mjd nmpknya.

skrng aku mood tgh smangat mboikot cinabeng & kj,nazri serta hisyamudin la.

Anonymous said...

Yang lebih penting dari segala2nya adalah tekad perjuang di jalan Allah. Bersemangat mempertahankan agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia. Buat kerja mesti banyak bersabar, jangan jadi pemimpin Umno yang sombong dan bongkak. Kena sentiasa semat di hati akan hari kematian yang akan berkunjung tiba pada bila2 waktu. Supaya diri terasa sentiasa berat dengan amanah dan tanggungjawab anugerah Illahi bukan leka dengan kesenangan duniawi. Umno itu Parti berteras Islam. Wajib terus berjuang mempertahan dan menegakkan syiar Islam.

Daeng Sedeli.

john,johnny,jonhathan said...

Dah takde orang lain ke UMNO Selangor ni?Ini semua merupakan lantikan semula cuma jawatan berubah.Macam ni nak tawan Selangor balik?Alahai...lupakan aje la.Apa salahnya lantik muka-muka baru yang lebih berwibawa dan dari golongan yang berpendidikan tinggi dan mampu melakukan kerja.Malangnya ini lah hakikat UMNO,yang berkelayakan habis di cantas dan di buang.Tinggal la kaki-kaki penjilat yang tak mampu nak buat apa-apa selain dari menjilat.

Anonymous said...

Umno hanya tinggal nama..da nazak da..tunggu mampos aja..

Anonymous said...

Johan????...lawak lagiiii...