Friday, August 30, 2013

Ramadhan 2013 Tukar Imej Bertudung. Alhamdulillah..., Saida Terkejut Dipilih Mengerjakan HAJI

Kakak kepada Diva terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Norsaida Tarudin mengakui terkejut apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH). 

Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, pernah terpilih sebagai salah seorang pelajar Akedemi Fantasia musim ke 6 [AF 6]. Beliau tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu.

“Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah.

Saya bersyukur kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada usia yang muda dan berharap pemergian saya nanti akan dipermudahkan,” katanya.
Saida selepas menceburkan diri dalam dunia seni dan menjadi artis telah menghadapi dugaan sangat getir yang melibatkan krisis rumahtangganya suatu ketika dahulu.

Sewaktu menyertai AF6 kakak kepada Siti Nurhaliza ini sudah pun bergelar isteri, berumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Setelah tiga tahun bergelar artis, Saida telah diceraikan oleh suaminya, kisah tersebut ada di SINI.

Semoga segala dugaan lampau telah mendewasakan Saida yang kini sungguh bertuah kerana menerima lambaian Ka'abah dan menjadi tetamu Allah swt untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini...

Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan berangkat ke Mekah pada September depan dan hanya akan dapat jadual penerbangannya pada 24 Ogos ini.

“Saya cukup berasa rendah diri dan teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH.

No comments: