Tuesday, August 6, 2013

Saifuddin Bawak SIAL.....! Lepas Raya Nie Kau Masuk PKR Aje Lah Setan Gondol Wei

dipetik dari mykmu.net 

BANYAK pihak kebelakangan ini menyeru kerajaan agar berhati-hati menggunakan Akta Hasutan kerana dibimbangi akan berlaku salah guna di mana-mana seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu.

Ini setelah berlaku beberapa kejadian dimana ada kelompok tertentu yang cuba menganggu gugat keharmonian negara dengan posting dan gambar yang jelas mencela agama dan kaum tertentu, terutama Islam dan orang Melayu ditahan dibawah Akta tersebut.

Bahkan melihat kepada rancaknya isu berkaitan Akta Hasutan ini, penulis yakin tidak berapa lama lagi akan ada NGO dan kelompok anti Akta Hasutan yang akan muncul bagi menggantikan kumpulan anti ISA.

Tapi dalam masa yang sama, parti perkauman seperti DAP tidak teragak-agak pulak membuat laporan polis supaya pemimpin UMNO disiasat dibawah Akta Hasutan, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin berhubung kenyataannya dalam isu wanita anjing, Maznah Yusuf aka Chetz.

Kenapa laporan polis DAP tidak ada orang mahu persoalkan patut atau tidaknya, orang macam Saifuddin Abdullah contohnya.

Lepas tu cakap merapu - supaya polis menyiasat dulu secara meyeluruh sebelum ambil tindakan, eh, memanglah semua pun polis siasat secara menyeluruh dulu sebelum ambil iindakan, sebab itu dalam kes Chetz ini, dia ditahan, direman dan sebagaina.

Saifudin patut sedar diri, konsep new politicsnya tidak diterima dalam UMNO malah penduduk di kawasannya sendiri, Temerloh dalam PRU13 yang lalu.  Sebab itulah Saifuddin boleh kalah dengan taliban nama Nasrudin Tantawi ni dengan mudah walaupun nak diukur dari pengalaman dan keupayaan, Saifuddin sepatutnya lebih jauh ke depan.

Kekalahan ini patut dijadikan iktibar oleh Saifudin supaya berubah, malangnya dia masih macam itu juga – bercakap atas pentas UMNO (Saifuddin adalah MT UMNO) tapi suara tu berbunyi pembangkang, termasuklah dalam isu Akta Hasutan sekarang.

Penulis tak faham untuk apa Saifudin senada pembangkang menyarankan kerajaan agar berhati-hati dalam menggunakan Akta Hasutan?  Apa yang cuba disampaikan...?  Yang Saifudin sudah sedia terjun kapal....?

Adakah menyiarkan gambar mengajak umat Islam berbuka puasa dengan daging babi itu bukan hasutan pada mata Saifudin...?  Atau, wanita berperawatakan lelaki, duduk dengan teman serumah bukan Islam, menyiarkan klip video membelai anjing dengan berlatar belakangkan takbir hari raya, bukan hasutan pada mata Saifudin?

Kalau bukan, kita nak panggil apa...?

Saifudin lupa, semasa tahun baru Cina 2012, DAP dan beberapa NGO cina membuat laporan polis kerana Perkasa mengedarkan angpau berwarna putih kepada orang cina dalam majlis sambutan perayaan itu yang diadakan pertubuhan tersebut, mana suara Saifudin masa itu?

Antara Angpau putih dengan gambar menghina dari pasangan luar tabie Alvivi ini, mana satu yang lebih menghasut pada mata Saifuddin?  Kalau kita nak persoal remeh kat sini, lagi remeh cerita angpau putih tu pasal ia hanya budaya dan kepercayaan saja, bukan agama pun.

Sedangkan kesalahan yang melibatkan pasangan beruk Alvivi dan Chetz ini memang persoalan agama - satu oleh bukan Islam dan satu lagi oleh orang Islam jahil.

Penulis rasa, ahli politik macam Saifudin ini sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin UMNO – parti orang Melayu yang pro Islam dalam masa yang sama.  Dia lebih banyak bawa keburukan dari kebaikan, malah kerana mulut dan tindakannya yang tak semengah sejak beberapa tahun lepas, UMNO hilang kerusi Temerloh.

ANTARA INSIDEN YANG TERBUKTI KITA PERLUKAN  UNDANG UNDANG LEBIH  TEGAS...!



SAKSIKAN PULA DUA VIDEO KLIP DIBAWAH INI.....








4 comments:

Anonymous said...

Damn the dogs!!

Anonymous said...

Yang umno takde telor nak sack anjing baruah ni apasal

Anonymous said...

Baru2 ini aku ada paparkan senarai unwanted dalam Umno. Tiba2 ada sorang tambahkan nama Saifuddin Abdullah. Aku pun terkejut kerana aku tak berapa kenal mangkuk hayun sekor ni. Tapi bila dah baca posting ini baru lah aku nampak rasional nya nama Saifudin Abdullah di masukkan dalam senarai The Most Unwanted In Umno ....

Tangga Pertama .... Najib
Tangga Kedua ...... Nazri
Tangga Ketiga ..... Hisham
Tangga Keempat .... Kay Jay
Tangga Kelima ..... Saifudin Abdullah

Ahli Umno Titiwangsa

Anak Lenggong said...

Mamat ni tubuh dia je yang maseh bersama UMNO tetapi jasad dia dah lama bertuankan pembangkang..lihat sahaja sokongan beliau terhadap beberapa isu dan perbuatan kurang ajar yang dibangkitkan oleh mahasiswa terhadap kerajaan..tengok laa nanti pabila dia tewas dalam pemilihan UMNO akan dating..dah tentu kelibatnya akan berada dipentas Pakatan Rakyat..

UMNO tak perlu ahli yang sebegini..tiada apa sumbangan beliau terhadap pengundi dikawasan nya serta terhadap negera sewaktu beliau menjadi timbalan menteri..nyahh kan sahaja mamat ni sewaktu pemilihan UMNO nanti..